Mengigau

Assalamualaikum. Tulisan saya kali ni bukanlah berkisarkan luahan perasaan tetapi lebih kepada mencari jawapan.

Saya Comel, perempuan berumur pertengahan 20-an. Saya ada satu masalah mengigau yang sangat teruk.

Okay saya mulakan dengan kisah semasa saya di bangku sekolah.

Saya mula mengigau bercakap seingat saya sejak sekolah rendah tapi saya anggap perkara tersebut biasa kerana orang lain juga pernah mengalami perkara yang sama.

Apabila meningkat ke sekolah menengah, mengigau saya menjadi semakin teruk.

Bukan setakat bercakap, saya juga menjerit (selalu), marah, menangis (jarang sangat) dan yang paling teruk melibatkan fizikal seperti menendang.

Disebabkan ayah saya meninggal sejak saya masih kecil dan saya anak bongsu saya memang tidur dengan emak saya sampai dewasa tambahan lagi keluarga saya ramai jadi tidak cukup bilik untuk setiap orang.

Ketika saya tengah tidur dengan emak saya pernah beberapa kali mengigau melibatkan fizikal. Saya pernah tendang belakang mak saya.

Macam mana saya tahu? Pertama saya akan tersedar selepas saya membuat tendangan.

Kedua bila saya bangun pagi saya tengok emak saya tiada disebalah saya jadi saya tanya dia “kenapa mak tiba-tiba tidur dekat bawah?”.

Mak cakap “sebab kau tendang mak semalam!”. Perkara ni berlaku beberapa kali dan saya terpaksa minta maaf dengan emak walaupun tidak sengaja dan tidak sedar.

Kisah kedua ketika saya tidur dirumah kawan ketika musim peperiksaan SPM. Ada suatu hari tu saya tidur seorang sebab kawan saya pergi tidur dengan emak dia dia aras bawah.

Saya mengigau dan menjerit dengan sangat kuat sehingga saya sendiri tersedar dengan suara sendiri. Saya tak pasti abang dia di bilik sebelah dengar atau tidak.

Ketiga, apabila mula masuk degree. Saya selalu ada isu dengan kakak saya. Saya memang selalu dipukul dan digigit dia jika ada isu kecil sekali pun.

Jika bergaduh hatta perkara kecil dan saya cuba menjawab atau membetulkan perkara sepatutnya dia akan akhiri pergaduhan kecil tersebut dengan fizikal dan saya tidak pernah membalasnya kerana kesian kepada dia yang agak kerap tidak sihat.

Okay berbalik kepada mengigau, sebelum menyambung pengajian degree di tempat yang jauh (rahsia) saya minta izin kepada emak untuk bawa WiFi pocket,

Yang diberi pinjam abang saya kepada kakak kerana dia mengalami masalah internet(pada zaman 2015 kebawah Internet mahal dan limited) ketika belajar. Abang saya pernah kata selagi dia belajar dia boleh guna.

Bila dah habis kena tinggal dirumah untuk orang lain guna tapi kakak saya masih menggunakannya walaupun sudah habis belajar.

Saya tahu kemungkinan besar kakak akan mengamuk apabila dia tahu. Tapi saya cuba berani kan diri kerana saya tidak tahu keadaan Internet di tempat baru yang saya akan belajar.

Pada minggu kedua saya mula memikirkan amarah kakak sehingga saya bermimpi dia marahkan saya seperti dirasuk dan dia menganiaya saya. Saya menangis dengan sangat kuat hingga tersedar dan housemate saya terkejut.

Biasanya saya mengigau ditempat yang saya sudah biasa. Tapi selepas degree mengigau saya makin teruk. Saya bercakap-cakap, merapu, membebel ketika saya tidur dalam bas.

Sekarang, keadaan tidur saya semakin teruk. Setiap kali tidur saya akan bermimpi tidak henti-henti.

Mimpi saya melibatkan sama ada perkara yang cemas, orang menganiaya saya, bermimpi merasai kehadiran benda yang berniat jahat dan saya berjaya mengahalaunya melalui bacaan quran dan azan (semuanya dalam mimpi),

Mimpi saya cuba membetulkan salah faham orang terhadap saya (situasinya seperti ada sesuatu terjadi dan saya cuba menjelaskan perkara tersebut tetapi orang tersebut memutarbelitkan keadaan sehingga saya yang tidak bersalah dipersalahkan.

Biasanya dalam mimpi tersebut melibatkan ahli keluarga dan jarang-jarang orang yang saya tidak kenal) atau sebarang mimpi mengelirukan dan membuat saya kuat berfikir ketika tidur.

Dalam beberapa siri mimpi tersebut saya akan menjerit atau bercakap. Kadang saya sedar saya bercakap, kadang orang lain yang cakap.

Apabila bangun tidur saya akan rasa badan saya terlalu letih, rasa tidak cukup tidur dan bawah mata saya menjadi gelap. Seharian aktiviti saya menjadi perlahan kerana saya rasa letih dan tidak bermaya.

Sekarang saya tinggal seorang diri rumah kontrak. Mengigau saya semakin menjadi-jadi dan hampir setiap malam saya menjerit atau membebel seorang diri.

Jika ada pakar atau sesiapa yang pernah mengalami perkara yang sama mungkin boleh bantu saya selesaikan masalah ini.

Mungkin perkara ini biasa bagi orang lain tapi bagi saya ia sangat mengganggu kualiti tidur dan hidup saya.

– Comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *