Mengimbau Kenangan

Hi readers semua, terima kasih admin IIUM Confession kalau postingku ini terpilih untuk dipublish.

Sambil boring2 hadap pc dan berpura-pura busy sebab semua kerja dah siap awal dari sepatutnya (typical me), aku pon pasang la earphone dan lagu Mimpi-Aisyah Aziz bermain kat telinga. Sambil2 tu jugak aku scroll gambar-gambar lama dekat gallery phone ni.

Dan aku pon kembali semula ke zaman 2011-2015, zaman kegemilangan, zaman jatuh bangun dan semua bittersweet memories yang aku boleh recall.

Aku seorang pelajar dari sekolah berasrama penuh dari Tingkatan 1 hinggalah 5. Jadi, korang dah boleh agak la aku sekarang dah mid 20s menghampiri 30s dah pon.

Jujur aku katakan walaupon dah nak dekat seabad aku tinggalkan sekolah, rasa macam baru je semalam I sat for my PMR, dapat result, sambung lagi dan sampailah SPM tamat. Makin aku dewasa ni, makin kerap aku revisit memori-memori lama.

Tipulah kalau semuanya cerita-cerita indah je kat sekolah tu, jujurnya bukan sekolah yang aku rindu, bukan jugak cikgu, tapi aku rindu kehidupan aku sebagai seorang pelajar asrama. Sentimental value tu sampai sekarang masih utuh dalam ingatan.

Oh, btw sekolah yang aku study masa F1-F3 ni ialah SMK biasa yang ada asrama (optional) & sekolah daerah situ akan panggil kami as SEKOLAH SUKAN. Semua pingat kejohanan MSSD memang akan disapu rata oleh sekolah aku. Aku gelarkan sekolah ni SMK Z.

Pengalaman aku sepanjang aku di SMK Z, aku boleh katakan 80% indah. Alhamdulillah, walaupon aku bersekolah asrama tapi takdelah sampai kena buli. Kena denda tu perkara biasa la bagi aku, siapa suruh buat salah kan?

Apa yang buatkan aku rasa zaman itu antara era yang aku takkan lupakan sampai bila-bila ialah moments dan memories membesar dengan rakan-rakan sebaya.

Disebabkan asrama aku tu kecik je boleh menempatkan dalam 100 pelajar sahaja (20 orang setiap batch), jadi kami memang hafal semua muka dan nama yang ada di dalam aspuri tersebut. Hubungan junior dan senior pon aku rasakan sangat okay.

Tetap ada je segelintir yang kita memang tak berkenan perangainya, jadi jangan la associate dengan diorang, semudah itu hidup aku dulu. Dah nama pon duduk asrama kan, so tetap tak terkecuali dari experiencing pengalaman seram dan sebagainya.

Masa tahun 2011-2013 ni smartphone belum famous lagi, paling canggih pakai Samsung Corby tu je la, itu pon dah rasa cukup kaya betul la. Kalau nak telefon parents pon beraturlah tunggu turn kat public phone tu. Penuh syiling dalam dompet.

& disebabkan zaman ni internet access tak semudah sekarang (masih pakai broadband data 3GB), tiktok pon tak wujud lagi. Yang ada Cuma Facebook dan Twitter. Jadi, human interaction tu memang fully utilized.

Bonding dengan kawan-kawan pon sangat utuh sebab diorang la kawan gossip, kawan gaduh, kawan teman ke tandas, kawan kena denda dan macam2 lagi.

Masa ni memang best, sebab ada ramai kawan. Satu batch tu kawan kita. Walaupon jadual kita dari start bangun tidur sampai nak tidur balik sudah disusun rapi oleh pihak sekolah, dan tipu la kalau aku cakap tak penat, memang penat sebab seawal 5.30pagi siren dah berbunyi dan lights out pukul 11 malam.

Tapi, bila aku dah dewasa ni, aku bersyukur pernah lalui semua tu. Hidup terasa ada tujuan dan tak lost sebab kita ada guidance dan tinggal nak follow je. Kalau bertanya pasal sekolah, aku rasa biasa-biasa je pengalaman aku, sebab aku pon bukan jenis rapat dengan cikgu atau suka bertanya.

Aku hanya absorb je apa yang diajar dalam kelas, nanti nak dekat exam aku study la hahaha. Antara rakan-rakanku, aku dikenali sebagai orang yang kuat tidur tapi perform. Kuat tidur tu bukan maksudnya tidur dalam kelas la.

Aku memang focus dalam kelas, tapi bila dah balik je dorm, katil tu memanggil-manggil dan aku rasa macam itu la syurga dunia aku. Walaupon tilam dan bantal tu tak empuk pon tapi takde yang boleh beat perasaan tu bila dah seharian penat focus dalam kelas.

Aku pon bukanlah jenis yang stay up pon. Waktu prep habis pukul 10 malam, memang lepas 10 malam aku dah takkan ada dah dalam Bilik Study tu. Lagi suka duduk atas katil dari study. Mungkin sebab aku rasa takde tekanan dari parents, cikgu or rasa competing with anyone, aku enjoy sekolah dekat sini.

Fast forward 3 years later, aku dapat result PMR. Sejujurnya aku target 8A1B je sebab dari form 1 KHB-ERT aku tu mesti cukup2 makan je hahahaha betul2 takde ciri2 isteri mithali.

Pernah kena panggil dengan Pengetua sebab dia pon pening kenapa Keputusan peperiksaan Ujian Pertengahan Tahun aku 8A1D dan iya 1D tu KHB. Kena panggil la aku mengadap dia, termasuk la cikgu subject tu jugak, sebab bagi pengetua result aku agak nonsense untuk diterima akal.

Last minute tu aku buat la pecutan terakhir untuk subject tu. Macam mana aku buat? Iya aku hafal je semua komposisi tanah, jenis paip, jenis jahitan, cara memasak etc walaupon aku tak faham.

Luckily, KHB hanyalah objective questions bukan essays/subjective macam subject Science. Praise to Allah, I did it. I was one of the few yang score straight As.

Next target, SBP/MRSM. Ini target aku dari mula aku jejak kaki kat SMK Z. Nak tebus balik kegagalan UPSR 4A tu, yang tak A Bahasa Melayu. Sebab apa? Speaking ke? Nope. Sebab overconfident. Lesson learnt.

Januari 2014, satu-persatu rakan-rakan sebatch aku tinggalkan aku, kebanyakannya menerima tawaran ke SM Teknik atau Kolej Vokesional. Aku pon turut menerima tawaran dari sebuah sekolah sekolah Teknik no.1 (secara rankingnya) di ibu kota. Tapi selepas fikir punya fikir, aku decide untuk decline the offer sebab aku nak sambung Sains Tulen.

Keputusan SBP/MRSM pon masih belum keluar. Few weeks lepas tu result intake SBP pon keluar, dan aku berhuhuhu la sebab ‘’Dukacita dimaklumkan ……..’’ dan proceed je la dengan butang rayuan. Masa tu aku dah terfikir yang takpe la aku nak stay je dekat SMK Z ni, belajar mana-mana pon berjaya je kalau kita betul nak belajar.

Tapi, deep down aku memang teringin nak rasa environment SBP ni disebabkan dulu sekolah aku pernah buat joint-camp dengan salah sebuah SBP dekat daerah aku tu. Seminggu lepas tu, MRSM punya 1st intake result pon keluar, lah rupanya ‘’Sukacita dimaklumkan’’ tu dari MRSM bukan dari SBP hahahaha.

Aku taktahu la theory ni betul ke tidak, tapi dulu ada rumors yang cakap MRSM akan select students dia dulu, lepastu baru selection dari SBP, sebab tu yang tak dapat SBP semuanya majority ada namanya di MRSM. Tapi disebabkan KPM keluarkan result dulu so mostly akan ingat tak dapat je la tu kot.

Aku asal Selangor, bersekolah dekat Utara dan sekarang dicampak pulak ke Pantai Timur. Sebab nak sangat rasa kan vibe sekolah mcm ni, aku pon accept. Di saat semua orang ingat aku akan stay dgn SMK Z rupanya aku la yang last keluar.

Bermulalah perjalanan baru di sebuah sekolah yang aku namakan MRSM X. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku agak struggle nak adapt dengan sekolah ni for the first few months aku dekat sini. Aku tak homesick pon, cuma rasa macam sekolah ni tak sesuai dengan expectation.

Dulu aku macam tak faham kenapa orang sceptical dengan Kelantanese (especially), tapi bila aku dah jejak sekolah ni, baru aku faham kenapa. Untuk geng-geng Pantai Barat macam aku ni diorang panggil aku Orang KL/orang luar sebab takde dialect and cakap Bahasa Melayu standard kan.

So, memang rasa la gap tu dan truth be told, memang assobiyyah geng-geng ni kuat. Dahnya half sekolah tu memang puak dia. Nak pindah balik sekolah lama is no longer an option la, parents aku dah spend beribu nak hantar aku kat sini. Yuran Pengajian per semester + yuran makan dia je dah 1k per semester. Lama-kelamaan aku okay je la adapt dengan hidup kat sini.

Dulu aku dah biasa dgn batch unity, tapi kat sini gap student baru-lama tu memang ada, seniority dalam batch sendiri pon kuat sangat. Tapi takpe aku teruskan je 2 tahun kat sini. Aku memang balik waktu cuti panjang je. Setahun beberapa kali je la jumpa family. Apa yang membezakan SMK Z dgn MRSM X ni ialah culture dan lifestyle diorang.

Disebabkan aku sekarang ialah pelajar sekolah berasrama penuh, jadi jadual dia lagi padat. Quite stressful. Weekend pon tak rasa macam weekend. Seboleh-bolehnya cikgu nak sumbat dengan semua Seminar dan sebagainya.

Bila orang cakap sekolah macam ni dapat SPOT questions, aku tak setuju sangat. Sebab takde satu pon dari beribu2 kertas aku dah jawab tu exactly or seakan-akan soalan SPM. Sebab guru2 MRSM bukan pembuat soalan. Maybe boleh tanya budak SBP la kot sebab mostly cikgu cemerlang ada di SBP.

Masa aku di menengah atas ni, kadang aku macam terfikir jugak betul ke jalan hidup yang aku pilih ni? Masa ni addmaths tu memang musuh tradisi aku. Sekadar lulus atas pagar.

Straight As dah bukan tujuan aku. Lulus pon syukur la orang kata. Dalam batch pon, aku dikira average je. Senang cerita, macam tak berapa nak ada la motivasi tu dengan jadual yang padat, competition dgn batch lama, isu kenegerian etc.

Oh iya, jangan risau walaupon aku rant macam-macam disebabkan study dalam environment macam tu, alhamdulillah SPM aku 7A la jugak, takdelah cemerlang tapi boleh la dari takde. Cukup merit la nak masuk uni orang kata. B+ aku Addmaths dan Physics. Betul tau senior-senior dulu kata kalau kau power physics mesti boleh buat Addmaths and vice versa.

Aku pulak memang tak minat 2 ketul subjects tu. Walaupon bunyi cam tak indah je apa aku cerita ni, tapi kt MRSM X ni aku belajar banyak benda. Aku dewasa sebelum usianya. Aku jadi orang yang independent, fast pace dan firm. Sebabnya itu je cara nak survive dekat sekolah budak bijak macam ni.

Aku bersyukur sangat classmate aku memang one in a million. Bonding kitorang memang awesome, even until now. Masing-masing pon mostly dah berjaya. Diorang macam siblings from another parents bagi aku, even though not bloodly related but I did treat them like my own brothers and sisters. Yang ni aku tak rasa masa aku di SMK Z.

Looking back im glad I didn’t quit. Both experience aku rasa from both schools ni made me who I am today. Aku dapat rasa semangat budak asrama tu dekat SMK Z dan aku pon diberi kesempatan rasa jatuh bangun dengan classmates di MRSM X. Ini adalah core memories yang aku tetap simpan walaupon dah sedekad lamanya.

Mungkin gen sekarang tak faham sangat sebab diorang membesar dgn gadjet dan internet, tapi untuk para 90s-born mcm aku ni, sekolah antara memori terindah yang takkan boleh repeat sampai bila-bila. Even buat reunion sekalipun tetap rasa tak sama because people change but memories don’t.

Baru- baru ni adik-adik SPM2023 baru je terima result SPM diorang. Yang cemerlang aku ucapkan tahniah, yang tak mencapai target turut aku ucapkan tahniah, yang gagal tapi sudah mencuba sebaiknya pon tetap tahniah dan syabas.

Aku tak setuju bila orang kata SPM tak penting. Memang la SPM bukan segalanya, but SPM is indeed a starting point for you to get to somewhere in life. Pernah kau dengar 9G fly overseas dapat masuk Harvard? Bagi aku takde orang bodoh kat dunia ni, yang ada cuma orang yang tak berusaha dan salahkan takdir. At least usaha.

Takpe tak dapat A pon, tapi kalau straight G’s dekat mana usahanya tu? Ibarat datang exam tulis nama dan sambung tidur, cukup 30 minit hantar paper dekat pengawas. Masih belum terlambat pon nak ubah jalan hidup kita, yang penting usaha je dan tawakkal.

Tak semestinya sambung Uni pon, masuk kolej Kemahiran, buat sijil kompetensi pon dikira usaha sesuai dengan kemampuan kita. Goodluck adik-adik SPM leavers.

– Apple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *