Mengimbau Kenangan Hitam Sedekad Lepas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengimbau kenangan sedekad lalu yang tak pernah terpadam sedikit pun dari benak ingatan. Kalau ikutkan hati nak sahaja aku doakan moga-moga takdir mereka paling buruk kejadianya. Apa sahaja sakit yang tak pernah aku rasa, mental dan fizikal dua-dua dalam zon paling neraka.

Semuanya bermula sejak aku budak kampung (tapi tak kampung sangat lah hahah) menjejakkan kaki demi ilmu di sebuah sekolah beasrama penuh yang agak terkemuka di daerahku.

Fasa peralihan dari sekolah biasa ke sekolah beasrama penuh sangat kritikal ya, kalau budak biasa macam aku memang terasa kesusahan nak mengadaptasi jadual hidup yang baharu.

Nak dijadikan cerita, aku berkali-kali minta ditukarkan Kembali ke sekolah biasa namun mungkin kerana aku hanya tinggal dengan nenek jadi susah sikit sebab nenek aku pun tak tahu sangat prosedur yang diperlukan.

Jadi sekolah yang kuharap menjadi Gudang ilmu tak ubah seperti kandang neraka kerana aku menjadi mangsa buli rakan sealiranku.

Ya selalu junior kena buli dengan senior kan? Tapi kisah aku ni terbalik sikit. Fuh Panjang betul mukadimah, sorry lah saya budak sastera walaupun sekolah berasrama penuh wajib ambil sains ( ini saya tak puas hati ye).

Sebelum kita teruskan dengan kejadian-kejadian yang masih segar di ingatan, mari kita mengenal diriku ini. Jadi, aku hanyalah seorang remaja hingusan yang agak gempal dan mempunyai masalah jerawat yang sangat teruk.

Jerawat yang tumbuh pula jenis beranak-anak dan bernanah-nanah dan pastinya meninggalkan parut yang sangat teruk. Tak tipu kadang-kadang jerawat pecah. Hmm bayangkan lah macam Bepop dalam lawak kampus tu.

Jadi kat sekolah aku ni, kami batch pertama yang masuk tingkatan 4 jadi tiada senior satu batch lah. Tak pernah terdetik jugak nak jadi mangsa sebab I bukan lah jenis pendiam, ramai kot kawan hahaha sampai sekarang pun ramai.

Jadi, kat sekolah kalau pagi-pagi masuk kelas ada sampah atas meja tu dah jadi perkara biasa. Dah mangli sampai aku sendiri asyik kutip letak dalam tong sampah balik lah. Aku tahu je siapa yang buat tapi kudratku dan ditambah pula fizikal yang -40%/100% memang tak mampu nak lawan balik.

Ini yang paling ringan lah kot. Kemudian, kalau kat dalam kelas tu suara aku diharamkan bunyi, entahlah alergik kot dengar suara aku nanti sakit perut, jadi diorang selalu lah mengata macam- macam. Tak tengang hidup aku aduhai.

Antaranya yang aku ingat, panggil aku Fiona, hmm betul lah si bini Shrek tu. Murung hidup aku. Lepastu selalu ejek nama Facebook aku. Aku tahu lah nama facebook tu pelik tapi zaman tu rasanya majoriti remaja memang guna nama samaran yang bila diingat kembali rasa nak muntah kan.

Kemudian, kejadian seterusnya paling tragis dalam hidup aku ni, aku pergi kelas dengan semangat membara tiba-tiba ada sepucuk kertas atas meja aku. Ya, surat layang dari pembuli.

Jadi pembulinya ramai, tapi aku tahu juga tulisan siapa tu. Bunyinya “ Hang… ( eh malas lah nak tulis nanti dia tahu pulak aku cakap pasal dia) yang pasti dia menejek aku hodoh nak mamp** lah.

Bayangkan aku rasa semua orang dah baca surat tu sebab dia letak kat tengah-tengah meja kau. Lama aku simpan surat tu sebab aku tahu suatu hari nanti aku akan buktikan kata-kata dia tak benar.

Itu lah salah satu punca aku bersungguh-sungguh mencari ubat paling sesuai untuk kulit aku. Ya, kalau nak kira entahlah berapa ribu dah habis. Hahah Beauty is pain.

Ada lagi kejadian yang menyayat hati tapi aku tak tahu lah kenapa confession ni macam humor, mungkin sebab aku berdamai dengan keadaan kot. Sebab aku tahu yang layak memberi balasan bukan aku tapi tuhan dan tuhan tak pernah tidur. Jadi jaga lah kata-kata atau tingkah laku.

Bimbang menjadi duri dan dendam untuk orang lain. Jadi, malam itu sewaktu prep malam untuk persediaan peperiksaan percubaan SPM, pembuli mengejek-ejek aku, tapi aku tak ingat lah ejekannya. Yang aku ingat tiba-tiba “Sapp!” Sakit b*** tengah belakang aku. Dayus betul lah sepak perempuan.

Sumpah sakit dan malu sebab kejadiannya dalam kelas yang tengah sunyi sebab masing-masing sibuk mentelaah dan mengulang kaji pelajaran. Aku bingkas bangun dan berlari ke asrama. Jap benda ni aku tak pernah bagitau orang tapi dalam perjalanan tu aku harus melalui bengkel ke bilik apa entah.

Sebab aku tengah geram dengan si pembuli-pembuli aku hempas lah pintu bengkel tersebut yang berkunci.

Tiba-tiba kedengaran suara Cikgu dari dalam memarahi siapa yang menghempas pintu belakang bengkel tersebut. Lari tak cukup tanah jugak lah aku sebab dia keluar dari kelas dan cari siapa punya angkara. Sorry cikgu, tak sengaja mana lah tahu ada kelas tambahan kat situ.

Berbalik kepada kes sepak tersebut aku dan pembuli-pembuli dipanggil menghadap PK Hem tapi entahlah aku bodoh masa tu mana lah aku pandai fight lagipun penjaga aku hanya lah nenek aku.

Geram juga lah sebab aku tahu mak ayah pembuli-pembuli dari kalangan yang agak terpelajar dan memegang jawatan yang agak bagus jadi tiadalah Tindakan yang teruk ke atas mereka.

Yang aku ingat, atas budi bicara pihak sekolah, hukuman yang diberi hanya gantung sekolah kot. Hukuman yang tidak akan pernah memberi keinsafan kepada mereka. Dan sekembalinya dari hukuman, mereka masih seperti dulu.

Yang paling aku geram, sewaktu menjelang peperiksaan SPM, kalkulator aku hilang. Aku yakin dan pasti kalkulator aku disembunyikan atau dicuri oleh salah seorang daripada mereka. Ingat aku kaya ke tak pasal-pasal kena beli kalkulator baru.

Nasib SPM matematik A. tulah bila diingat Kembali, kadang-kadang aku fikir kalau bukan dek kerana buli, mungkin aku mampu mendapat keputusan yang lebih cemerlang dan aku lebih berkeyakinan untuk aktiviti kokurikulum.

Disebabkan rasa rendah diri yang aku pupuk dek kerana buli, banyak peluang yang aku tidak berani mencuba walaupun aku tahu aku berbakat. (Aku selalu wakil sekolah semasa di sekolah rendah).

Diam tak diam, dah sepuluh tahun kejadian ini berlalu. Kadang-kadang rasa macam baru semalam. Kadang termimpi-mimpi. Jangan ada yang suggest gaya hidup sihat atau ubat jerawat pula hahaha sebab alhamdulillah, aku dah tak gemuk pun.

Dan alhamdulillah aku tak pasti ubat mana satu yang mujarab tapi fasa jerawat tu sudah berlalu bertahun-tahun dahulu. Dan aku pun selalu membuat rawatan wajah terutamanya selepas mula bekerja.

Cakap pasal keyakinan, Ini yang paling susah, ada hari aku terasa yakin gila, ada hari rasa macam terburuk di dunia. Aku tahu kadang-kadang aku terbawa-bawa dengan masa lalu. Bertahun juga lah nak bina balik diri sendiri.

Jadi, please lah jangan jadikan budaya buli ini sesuatu yang normal di peringkat remaja. Tak semestinya kita pernah melalui perkara tersebut, generasi akan datang harus mengulangi nya. Aku bersyukur baik dengan masa lalu ataupun hari ini.

Nak cakap cantik gila tu tak lah tapi dah tak buruk dan berjerawat lah hahaha. Lagipun bidang kerja aku memerlukan aku sentiasa menjaga penampilan diri.

Oh,, pembuli-pembuli? Maaf aku kurang tahu perkembangan diri mereka sebab aku mengamalkan prinsip orang tak suka, aku tak hingin ambil tahu hahaha.

Aku sekat mereka di media sosial dan tak pernah bertemu lagi di mana-mana. Aku selalu berdoa supaya jangan lah terserempak dengan mereka. Yang aku tahu ada yang sudah bekerluarga.

Jadi, ini sahaja kot yang aku nak kongsikan dengan pembaca tegar group ini. Aku terfikir nak tulis ni sebab nak buat kerja tapi internet lambat so aku menulis lah sebab menulis tak perlukan internet.

Selama ni aku asyik jadi top fans sebab aku memang suka membaca hahaha, surat khabar alas makan nasi pun aku rajin belek. Aku tak harapkan apa-apa harap confession ni always top juga lah hahaha.

Sekian, terima kasih. Pesanan ikhlas untuk yang tengah jatuh, ingatlah kita sendiri yang sepenuhnya control diri kita, arah tujuan kita, bukan orang lain, bukan keluarga atau sahabat, bukan musuh atau musibat. You are worth than what you think. <3.

Sekian.

– Yang tahu please diam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *