Assalamualaikum semua. Terima kasih admin benarkan saya menulis dalam ni. Semoga admin dimurahkan rezeki selalu.
Masuk tahun 2020 ni saya tak tahu kenapa saya asyik teringat tentang kematian je. Orang lain berazam gah gah semuanya tapi saya tak tahu nak azam macam mana. Saya dapat rasakan hati saya tak berapa nak tenang sangat. Hati ni macam tak aman. Macam ajal saya dah dekat sangat. Alhamdulillah, buat masa ni saya memang tak ada sebarang penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Tapi hati saya selalu dijentik2 untuk ingat betapa takutnya mati.
Saya tahu ajal seseorang memang sudah ditentukan tidak kira muda mahupun lanjut usia. Memang tak nafi. Cuma saya hanya takut bila terbayang azab kubur, balasan api neraka semua tu. Pernah juga baru2 ni saya mimpi seolah2 saya yang berada dalam kain kafan. Adakah ini tanda kematian? Sungguh ya Allah, saya memang takut sangat.
Saya baru umur 30 tapi tak mustahil Allah nak tarik nyawa saya sekarang. Saya ada anak yang masih kecil, ada ibu yang semakin menua. Saya nak jaga mereka2 ni sebelum saya menutup mata. Saya nak berbakti pada ibu saya di hari tuanya. Sekarang ni ibu masih sihat, jadi dia tak mahu duduk rumah anak2. Dia rela tinggal sorang di kampung. Saya tak boleh nak paksa dia takut ibu tak bahagia.
Saya nak berikan sumbangan duit setiap bulan macam adik beradik lain saya tak berkemampuan sebab saya surirumah je. Ada juga berniaga kecil kecilan, kalau ada rezeki lebih baru saya dapat menghulur pada ibu. Berdosakah saya kalau tak mampu bagi ibu duit bulan2? Risaunya saya kalau saya meninggal tanpa sempat nak bahagiakan ibu saya. Sedihnya saya.
Saya nak buat macam2 untuk ibu saya, saya nak bahagiakan dia. Tapi kehendak saya terbatas sebab saya tak mahu susahkan suami. Suami pun besar tanggungjawabnya lebih2 lagi dia anak sulung. Saya tak mahu buat suami rasa tersepit. Saya kerap telefon ibu dan ibu pun kerap telefon saya. Cuma hati saya masih bimbang kalau saya ni belum cukup lagi nak bahagiakan ibu. Saya tak tahu perasaan ibu terhadap saya macam mana. Tapi saya sangat2 sayangkannya.
Allahu, bantulah hambamu ini ya Allah. Saya sangat sedih sekarang ni. Terlalu takut. Kalau saya meninggal dulu, tak sanggup rasanya nak tengok kesedihan ibu. Kehilangan adik bongsu pun dah cukup kuat buat jiwa kami semua tercarik2 lebih2 lagi ibu saya, apa lagi kalau saya pergi meninggalkan semua dalam masa terdekat ni.
Beratnya ibu saya nak tanggung kesedihan dia. Berbulan2 lamanya untuk hilangkan rasa pilu dihati kami semenjak kehilangan adik. Ujian ibu saya dah cukup berat. Saya tak mahu ibu saya diuji dengan kehilangan lagi. Ya Allah, benarkanlah aku berbakti pada ibuku ya allah. Ampunilah segala dosanya. Ampunilah dosa2 kami ya Allah.
Sungguh saya takut. Azab. Saya tidaklah takut sepanjang masa. Cuma bila sesekali teringat, buat saya termenung, bersedih hati seperti sekarang ni. Allahuakbar, tenangkanlah hatiku ni ya Allah. Selalu saya cakap pada suami, kalau saya meninggal dulu, carilah ibu yang baik untuk ganti saya. Saya taknak anak saya membesar tanpa rasa nikmat kasih ibu.
Saya juga berdoa supaya kami sama2 panjang umur. Dapat besarkan anak2, dapat tua bersama2, dapat tengok kejayaan anak. Tapi saya tak pasti benda tu semua akan berlaku ke tak. Dalam rumah ni kadang2 saya terperanjat sorang2. Jangan cakap unsur mistik ya sebab saya pasti itu bukan hal mistik. Bukan saya tak percaya, tapi saya pasti itu bukan. Macam ada bayang2. Tapi bila tengok baju tergantung je, tuala, kalendar yang berkibar ditiup angin kipas.
Bila terperanjat macam tu buat hati saya terdetik, malaikat nak datang ambil nyawa aku ke? Astagfirullahalazim.. Memang buat saya berdebar dan takut sangat kalau2 ajal saya dijemput tanpa sempat saya bersedia. Saya perlukan bantuan untuk bertaubat. Tapi saya malu sangat nak minta tolong orang ajarkan macam mana nak buat. Saya nak belajar agama tapi saya malu. Malu sangat.
Saya nak bersedia untuk akhirat, saya takut dengan Allah, saya malu dengan Allah. Dosa saya banyak. Dosa dengan keluarga, dengan kawan2, dengan cikgu. Semua dosa2 saya tu terlayang dalam fikiran macam tv je. Saya malu tapi saya benar2 nak minta maaf pada mereka semua. Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Permudahkanlah urusan aku ya Allah.
Bercakap memang mudah, tapi bila nak hadapi tu beratnya kaki ni nak melangkah. Saya benar2 ingin berubah. Boleh tak saya minta pada allah supaya ampunkan dosa2 saya sebab saya tak mahu minta maaf pada mereka semua, sebab terlalu malu nak jumpa, malu nak buka buku dosa lama pada mereka. Walaupun dosa hilangkan barang kawan pun saya terasa berdosa sangat2 apa lagi kalau dosa saya yang lain2.
Saya memang banyak sangat dosa. Kejamnya saya ni. Kenapalah dari dulu lagi saya tak menyesal macam sekarang ni. Umur 30 buat saya rasa saya dah terlalu tua untuk bertaubat. Saya harap saya masih sempat. Hati saya selalu memohon ampun pada Allah, berdebar, resah betapa risaunya kalau mati dalam keaadaan yang tidak khusnul khotimah. Takutnya ya Allah.
Sejak akhir2 ni saya sukar tidur malam. Takut esok pagi saya dah tak ada kat dunia ni. Takut esok tak sempat nak tengok muka anak, muka suami. Semuanya takut. Nak bangun malam tunaikan solat sunat saya takut pulak pada kegelapan. Saya kalau boleh tak mahu menunjuk2 saya nak bertaubat. Cukuplah saya seorang je nampak apa saya buat. Suami pun kalau saya tiada di sebelah, dia akan cari saya. Cepat aje dia tersedar.
Pada yang anggap semua ni hanya alasan saya je, saya minta maaf. Kalau ada cara yang boleh memudahkan urusan saya, saya cuba terima baik cadangan anda semua. Kongsilah dengan saya bagaimana anda semua jaga hubungan anda dengan Allah, dengan manusia. Saya sangat memerlukannya. Saya tak mahu terlalu menyerlah sampai ada yang perasan perubahan saya dan saya juga taknak orang tahu betapa hati saya resah fikirkan akhirat. Bantulah saya. Bantulah aku ya Allah. Saya benar2 ingin bertaubat.
Permulaan pertama saya ubah dengan pakaian. Saya tinggalkan semua pakaian yang tidak menutup aurat, ketat dan tak ikut syariat. Tapi tidak pula saya berfesyen seperti para ustazah. Pernah dulu saya cuba bertudung labuh macam ustazah, tapi orang keliling pula ingat saya ni ustazah betul, tinggi ilmu agama padahal saya langsung zero! Saya rasa lost, rasa malu pada orang. Tudung je labuh tapi ilmu tak ada. Mereka nilai saya dari pakaian saya pakai.
Saya minta maaf jika sepanjang saya bertudung labuh dulu, para ustazah2 semua terpalit dengan tingkah laku saya yang tidak seperti ustazah. Sekarang saya pakai tudung bawal biasa cuma bidangnya lebih besar dari kebiasaan dulu2. Tapi itu tak patahkan semangat saya untuk berubah. Cuma rasa berdosa sebab rasa diri ni masih dedahkan aurat. Allahuakbar, dosanya saya. Setiap apa saya buat saya rasa berdosa.
Saya kurangkan berkawan, sebab saya takut tersalah kata2. Kadang2 saya bermulut pedas juga. Saya cuba kawal tapi kalau jumpa kawan2 lama selalu sangat terbabas kata2. Memang masing2 sama2 bergurau tapi hati saya tidak. Bila 2 3 hari mulalah saya rasa berdosa dan menyesal sangat gurau lebih2. Bila saya cuba minta maaf, kawan ketawakan saya. Cakap saya kalut, kelam kabut. Sedih bila dikata begitu tapi saya puas hati sebab tidak terbeban dengan kesilapan saya. Allahuakbar.
Cukuplah sampai disini sahaja. Malu untuk bercerita lebih lagi. Bantulah saya kawan2. Saya tak mahu jadi penghuni neraka. Saya takut nak hadap seksa kubur. Saya takut mati tapi saya berdoa sangat supaya masa saya mati nanti saya tak susahkan orang, harap saya mati nanti saya tak aibkan keluarga, saya harap aib saya tak terbuka masa saya tak ada nanti. Saya harap orang yang mandikan jenazah saya dimudahkan urusan, yang angkat jenazah saya nanti tak terbeban. Banyak lagi saya nak minta tapi saya malu pada semua.
Yang terasa seolah2 mengenali saya dalam ni, ampunkanlah dosa2 saya. Saya malu nak cakap depan2, saya malu nak berterus terang tapi allah tahu semuanya tentang saya. Saya harap apa saya buat pada anda sebelum ni dapat dimaafkan. Sekiranya kalian tidak dapat memaafkan, hanya Allah sahajalah tempat saya berserah.
Doakan saya,
Aku ingin bertaubat,
– Aku pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit