Mengira Atau Berkira?

Ini sekadar coretan untuk menghilangkan pedih di hulu hati.. Huk.. Huk…

Okey, aku merupakan anak sulung dalam keluarga.. Bukanlah orang yang senang.. Namun aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Alhamdulillah. 

Cuma perangai mengira aku ni.. Masih menjadi-jadi. Kalau bercerita atau sembang dengan family hal budget ni boleh jadi salah faham.. Lagilah if tersalah cakap.

Niat kita hanya nak berkongsi perihal perbelanjaan tapi boleh disalah ertikan sampai dilabel seolah aku kedekut, berkira. 

Gaji aku yang bersih, aku akan kira secara kasar perbelanjaan tu.. Tolak apa yang perlu sebab tu je yang aku ada..

Patutlah ahli dalam parlimen kemain lagi gaduh bentang bajet. Aku ni baru level dalam rumah kampung . 

Dulu:

Masa duk asrama duit bekal RM10 seminggu.. Aku tak makan nasi di kantin.. Kalau lapar sangat aku beli keropok pastu tnggu makanan dewan makan asrama lepas sekolah.

Duit tu kalau berjimat boleh beli alat tulis macam pen dan foolscap paper. Duit raya ada aku guna buat bayar keperluan seperti yuran atau fotostes kerja khusus. 

Masuk diploma, aku masih mengira.. Untuk belanja peribadi, buku dan alat tulis… Buku aku usaha beli dari senior atau pinjam di library.. Duit aku boleh jimat.

If cuti midsem, aku akan spent sekitar RM400 termasuk tiket bas pergi balik u dan aku beli keperluan rumah sebab dulu tak selalu boleh makan sedap-sedap kat rumah. 

Masuk degree, aku banyak makan mee sedaap.. Aku cuba asingkan duit ptptn utk guna masa praktikal dekat govt.

Masa habis sem pun aku cuba asingkan duit untuk makanan family dan minyak. Masa convo pun aku asing duit untuk penginapan, makanan, duit gambar

Kenapa aku sentiasa standby duit? Kenapa aku mengira? Sebab aku tak letakkan harapan ada orang konsisten nak tolong.

Family aku? Ibu aku yang banyak nasihat untuk berjimat dan kami adik beradik masing2 saling topup keperluan..

Ayah aku? Masa ni dia ada setakat tu je… Tak plan panjang apa2 kalau duit dia habis, dia bising. Dan dia tak pernah prihatin nak tanya apa2 yang kena guna duit.

Tapi tu lah, family ni bukan boleh pilih2. Ramai je yang ada ayah macam ni kat luar.. Keh keh.. 

Cuma perangai aku ni teruk lah asyik mengira. Ni alam kerja, aku banyak bawa bekal je..

Kalau kawan kerja ajak makan memana aku sendiri tak perasan kalau diorang tak tegur, yang muka aku menung panjang sampai ke alam semesta, asal diorang ajak.

Sori teman, terima kasih sebab sudi ajak. Tapi aku masih setia dengan bekal. 

Aku teringin nak rasa have2, nak beli barang kemas…. Bukan lah sampai ke level kayangan..

Tapi kalau boleh aku nak senang sampai tak perlu mengira-ngira.. Beli tak perlu fikir sampai kena buat research.. Hahaha… 

Nasib single lagi.. Kalau tak kesian yang jadi pakwe aku.. Ajak dating mesti aku suggest buat piknik2 je.. Hahahaha.

Aku bukan kedekut.. Duit aku almost aku beli brg dapur dan keperluan family.

So doakan aku agar berubah gaiss. Tak pun anyone yang ada knowledge tentang psychology boleh tak sugest tips..

Sedih tau bila orang tak faham keadaan aku… Dan apa dalam otak ni..

Kadang2 rasa jugak diri ni macam tak guna. Kalau boleh tukar beli kat vending machine dah lama aku tukar otak ni.. 

Sekian,

– Miss Calculate (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. sy rasa ape yg awk berkira sebab dah jadi kebiasaan, tp selagi awk ade duit lebihan dan cukup utk awk, boleh je nk bahagia kan diri.
    ckup dgn aiskrim perisa green tea dkt family mart🤭

  2. Tak salah pun berkira untuk simpanan dan gunakan untuk keperluan keluarga. But if you can splurge your money for your own happiness why not. Contoh guna untuk pergi travel atau hobi. Kalau saya, saya simpan 1 tahun gaji je. Yang lain EPF. I gunakan duit untuk pergi travel. Cipta kenangan and pengalaman. Because for me hidup ini singkat. Saya simpan duit banyak-banyak nanti tak sempat guna for what saya simpan. Nak kata saya boros or tak pandai urus kewangan tak juga, I dah beli rumah. Cuma kereta je tak ada sebab I naik LRT. Ini for me la. Lain orang lain kasut. Hehe :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *