Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Harini aku nak share mengenai karier/profesion/kerjaya/kerja atau apa-apa nama yang seangkatan dengannya. Niat aku bercerita sebab aku perlukan pendapat dan semangat dari pembaca IIUM sekalian untuk aku menempuh hidup yang serba mencabar ini.
Aku sekarang ni bekerja sebagai seorang jurutera awam di sebuah syarikat yang terkenal dalam Malaysia ni. Kerjaya yang kukuh dan merupakan wow bagi kebanyakan umat sejagat. Tambah lagi aku ni perempuan, masyarakat sekeliling memang memandang tinggi dan rasa aku ni macam hebat sangat. Aku baru bekerja selama 7 tahun.
Aku bersyukur sebab aku ada kerja dan ada duit bulan-bulan untuk menampung kehidupan. Ada banyak orang lain yang dibuang kerja, atau masih menunggu tawaran kerja, mendapat lay off dan sebagainya. Alhamdulillah untukk rezeki ini. Namun, aku sedang mengalami masalah dalaman di mana aku rasa nak sangat-sangat berhenti jadi engineer ni dan nak bekerja dalam bidang berkaitan pendidikan yang merupakan passion aku. Tak kiralah sama ada sebagai warga pendidik, atau terlibat dalam pengurusan. Juga tidak mengira peringkat sama ada dalam pendidikan awal kanak-kanak, rendah, menengah mahupun pendidikan tinggi.
Namun yang demikian, bukanlah senang untuk aku nak buat peralihan yang sedemikian rupa. Majikan biasanya akan melihat course apa kita study dulu dan pengalaman kerja. Aku ni dah apply merata dah sebenarnya, tapi jawapan yang majikan bagi memang menghampakan. Secara general, majikan akan question kenapa aku nak beralih secara begitu drastik sekali, dan mereka merasakan aku hanya akan bekerja pada masa yang singkat sahaja sebelum cabut kaki dan kembali ke dunia engineering.
Majikan di Malaysia pula, cara evaluation mereka adalah berdasarkan pengalaman kerja terdahulu dan mereka seakan tidak boleh menerima idea bahawa ada manusia yang inginkan peralihan hala tuju karier. Bagi mereka benda itu adalah sangat tipu dan tidak legit. Walaupun telah aku nyatakan aku sanggup bermula dari bawah dengan gaji yang kurang dari apa yang aku dapat sekarang ni. Wang bukan ukuran. Untuk pengetahuan korang, kerja sebagai guru tadika di tadika swasta pun aku tak dapat atas alasan yang sama. Susah sangat ke nak terima bahawa setiap orang ada minat yang terpendam dan ada saja orang yang sanggup bermula dari bawah asalkan dia dapat buat apa yang dia suka dan enjoy.
Aku adalah sangat buntu. Sekarang ni hari-hari pergi kerja rasa tak happy, terbeban, stress dan macam-macam unsur negatif yang lain. Setiap hari aku akan job hunting dan call untuk follow up sana sini. Aku mahukan kedamaian dan keseronokan dalam bekerja, aku mahu buat apa yang aku suka. Tapi mengapa macam susah sangat nak cari jalan keluar. Aku sebenarnya pun tak tahu kenapa aku belajar engineering dulu, nak kata minat tu jauh sekali.
Aku harap entry aku ni tak membawa negative vibes kat orang lain. Semoga korang boleh bantu aku dalam persimpangan dilema ini. I really need your help. Till then, aku akan cuba bertabah dan ikhlaskan hati semasa bekerja. I will still do my best.
Wind of Change
– Wind of Change
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit