Menilai Seseorang Secara Luaran

Assalamualaikum. Saya Khadijah, saya ni level makcik dah. Saya rasa bersalah nak kongsi kisah ni sebab ni kisah benar.

Bagi saya ni bukan benda biasa atau sekadar gurauan harian. Ini berkenaaan dengan penilaian diri sesetengah individu terhadap orang lain. Dan ini adalah kisah tentang anak saudara saya sendiri, Nazrul.

Anak saudara saya tu usianya dah layaklah nak bernikah, bina kehidupan sendiri walaupun kerja dia swasta sahaja.

Saya sedih bila baru2 ni dia cerita, dia ajak dah keluarga dia merisik & nak kenal keluarga perempuan yang dia suka tu. Perempuan tu kawan dia. Dah belah lelaki nak, belah perempuan bersungguh-sungguh menolak.

Belah perempuan kata anak sedara saya, Nazrul kerja biasa tak kerja kerajaan, chubby, hitam, hodoh, takdak rupa langsung, takdak rumah, pendiam, nampak bodoh, bercakap pun macam slow je.

“Tak reti sembang payah jugak” Mak Syakirah tu kata. Saya kan makcik dia ja. Masa merisik tu saya tak ikutlah, biarlah ayah & ibu dia ja yang ada.

Sejujurnya saya terkilan bila dia dihina sampai tahap tu. Geram ada, marah ada. Selalu saya baca kat confession kan orang lain dihina, dicaci. Kali ni anak saudara saya pulak kena hina.

Berbaloikah hina lelaki yang serius nak menyunting bunga di taman? Kalau penjaga bunga di taman tak setuju, tolak secara baik. Berkomunikasi secara baik bukannya menghina depan-depan. Perbuatan ni sangat tak bermoral. Lepas menghina tu auto jadi kaya-raya ka?

Mustahil belah perempuan tak nampak & tak tahu yang anak saudara saya dah bercinta dengan anak perempuan depa. Macamlah hampa dulu masa muda tak bercinta tak berkenalan langsung.

Ni awat mulut tu jahat sangat sampai nak menghina orang teruk-teruk? Ikutkan hati nak jaa buh nama keluarga hampa kat confession ni, alamat kat mana. Amboi dia menghina orang lain sampai tak ingat mati!

Kita kalau tak suka orang tu sekali pun, abaikan ja orang tu. Jangan nak acah stres sangat, hampa dapat apa tunjuk stres ni?! Jangan ajak orang lain benci sama na!!!

Ni dah penghujung 2024 dah ni nak masuk 2025 dah, masih lagi nak menghina fizikal, pekerjaan orang lain. Awat perasan baguih ni ?!

Anak sedara kata belah perempuan macam perli yang dia gaji basic harapkan ot semata. Nak bagi anak orang makan apa kalau takat2 tu ja duit yang ada? Nak cekau duit mana untuk beli rumah.

Kalau kerja kerajaan takpa, boleh buat loan ratus ribu depa kata. Malu depa nanti bila orang tau Syakirah tak menikah orang kerja kerajaan. Nak sembang apa bila orang tanya?

Syakirah pun kerja susun barang ja kat kedai eco tu. Saya pun tak faham awat keluarga Syakirah ni macam berlagak pastu macam nak menentukan segalanya.

Bila ada lelaki serius nak menikah dengan anak kita, bagi dia peluang dulu untuk menyatakan hasrat hati tu bukannya kita menghakimi pekerjaan & fizikal lelaki tu.

Kita ni orang Islam, tak patut rasanya kita hina orang lain tak kira di depan atau pun belakang orang. Hampa hina ciptaan Allah serupa hampa hina Allah sama.

Kenal2 dulu hati budi seseorang tu sebelum nak sembang pasal keburukan dia. Buka hati kita untuk terima orang lain masuk dalam keluarga kita.

Kita tau mana orang tu serba-serbi semuanya buruk? Kita siapa nak menilai orang ni? Awat kalau tak menikah dengan orang kerja kerajaan, tak boleh makan nasi? Ni macam bukan anak yang gila tapi orang lain yang tiba2 gila ni!

Tak perlu tanya lagi awat zaman la makin banyak kes pergaulan bebas, mengandung luar nikah, buang/bunuh bayi. Dah kalau hampa larang anak hampa menikah hampa cerewet dengan pilihan anak, anak nak menikah gena? Pastu buat teruk kata anak tak jumpa jodoh lagi.

Hampa pikiaq sikit anak tu manusia ada nafsu dalam diri dia. Hampa yang dah tua pun ada nafsu. Hampa pikiaq sama na maruah orang yang serius nak anak hampa tu. Hampa pijak2 dah maruah dia.

Takdak dalam Islam tu kalau kita tak suka orang tu kita boleh hina dia sampai kita puas hati. Takyah nak jadi orang tua yang terpaling tak merestui pilihan anak. Sebab hampa dulu nak menikah lelaki mai rumah jugak tanya.

Ni lelaki mai dan2 kata hitamlah, chubbylah. Tak tau la hampa belajaq dari mana pandang luaran orang ni. Biaq pi lelaki tak segak mana, selagi mana dia tak rogol dulu anak hampa & dia betul2 nak terima ja.

Lebih baik kita lepas anak kita dengan lelaki yang nampak biasa ja berbanding yang luarannya serba mewah kononnya hanya dia ja lelaki terpaling berharta tapi rupanya semua hutang gaji pulak negatif.

Hampa nak bela anak hampa sampai hampa masuk dalam tanah ka? Hampa larang anak menikah serupa hampa sokong setan tau yang tak suka pernikahan mana2 cucu Adam.

Tak relevan dah halang2 anak menikah ni. Bukan hampa pun yang nak menikah. Boleh dak rileks sat?! Ahli keluarga yang lain pun kalau ada lelaki mai merisik salah satu ahli keluarga hampa, jangan nak stres sangat boleh dak? Geramlah dengan hampa ni!

Sekian luahan makcik Khadijah.

– Khadijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *