Hari di mana aku tak sangka dipertemukan oleh seseorang yang pada saat itu aku sedang tidak mencari sesiapa untuk mengenali hati budi.
Orang inilah yang paling susah sekali untuk aku lupakan. Orangnya baik, tinggi lampai, menjaga solat dan datang dari keluarga yang baik, memang tepat dengan ciri-ciri yang aku cari.
Pada mulanya, aku meragui tentang keinginannya untuk mengenali aku, adakah tujuannya baik atau tidak, maklumlah aku terlalu susah untuk mempercayai seseorang. Tetapi, kelembutannya dalam melayan aku sungguh baik dan sempurna seperti apa yang aku impikan.
Kami terus berkenalan, dia mula luahkan perasaannya padaku, aku pun pelik padahal kami tidak pernah berjumpa. Dan bila aku tanya kenapa dia suka aku walaupun tak berjumpa, dia kata cara aku layan dia baik dan aku nampak macam seseorang yang ‘greenflag’.
Aku pun mula perlahan-lahan suka kat dia. Tapi aku pernah cakap kat dia yang tak dosa ke macam ni, lepas tu dia kata dia pun takut tapi dia nak aku (haih, teruknya aku boleh terjebak dalam dosa).
Dia baik sangat. Waktu birthday aku, aku tak sangka yang dia nak bagi hadiah, itulah pertama kali lelaki bagi sesuatu kat aku waktu birthday. Aku happy sangat dengan dia, rasa macam dunia ni ada kita orang berdua je.
Tapi, kami berdua sebenarnya plan untuk berkenalan dulu dalam sebulan dan kami kena fokus lagi dua bulan itu untuk pelajaran, so memang tak boleh chat la.
Tapi nak buat macam mana, dah masing-masing rindu dan tak boleh tanpa each other jadi kami pun kerap la jugak chat dalam dua bulan tu. Boleh dikatakan kami ni hari-hari la jugak call, yela first time bercinta, haih. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.
Tetapi adalah jugak kadang-kadang berlaku konflik antara kami berdua, biasalah tak gaduh tak bahagia lah kan. Tapi nanti berbaik balik, haih masing-masing pulak tak nak mengalah, mana maunya.
Dia sangat clingy dan suka jugak menyakat aku ni, aku pulak jenis cepat terasa, asyik nak kena pujuk je, mengada betul. Kami pulak LDR, lagilah aku ni overthinking bukan main ya, hari-hari tuduh dia lah perlu lah, ish ish ish teruknya. Nasiblah dia ni seorang yang penyabar, haih rindu pulak kat dia.
Tapi dalam bahagia-bahagia tu aku tak pernah terfikir yang dia akan tinggalkan aku tiba-tiba. Betul terjadi. Dia tinggalkan aku sebab dia kata kami terlalu muda untuk bercinta dan dia tak nak rosakkan aku.
Aku tiba-tiba jadi marah, yela aku pernah cakap kat dia sebelum ni pasal dosa tapi tengoklah, dia pilih nak teruskan, sudahnya aku ni yang susah nak lupakan dia.
Aku ada terbaca yang kalau seseorang tinggalkan sesuatu kerana Allah, pasti Allah akan beri yang lebih terbaik untuknya. Ayat ni buat aku sebak. Aku tak terbaik ke buat dia atau dia dah tak boleh terima aku ke?
Hari-hari aku menangis fikirkan dia. Aku selalu doa supaya kami dijodohkan, dan aku selalu cari dia tapi dia layan aku nak tak nak je.
Aku kecewa gila, setiap kali nak solat mesti teringat yang dia cakap dia tak nak ada apa-apa dengan aku. Berkecai weh hati aku. Tu ke orang sama pernah cakap yang dia takkan tinggalkan aku, tergamaknya.
Aku faham dia tak nak ada hubungan haram tapi dia tak sayang aku ke? Islam pun benarkan kita suka pada seseorang tapi cara layanan dia macam hati dia dah takde untuk aku.
Aku yang tak pernah beria kat lelaki ni sanggup beria kat dia, tapi apa aku dapat? Aku cuba bersabar and tenangkan diri aku, mungkin ada sebab dia buat macam tu tapi hari makin hari aku jadi penat nak hadap semua perasaan ni.
Dia pun menjauhkan diri dari aku. Aku jadi macam, sampainya hati dia buat aku macam tu, padahal aku jadi macam ni semua sebab kesilapan dia.
Aku yang kena tanggung sakit ni, aku yang kena hadap perasaan ni hari-hari tapi dia? Macam tak pernah ada rasa sayang kat aku sebelum ni. Aku ni dibuatnya musuh. Apa salah aku?
Walaupun dia dah buat aku macam tu, aku masih lagi sayang kat dia. Hari-hari tak pernah putus doa untuk dia. Sampai lama-lama aku jadi penat sangat, aku buat tahajjud supaya Allah palingkan hati aku dari dia and lupakan dia, tapi hati aku masih lagi rasa sayang kat dia.
Lama-lama aku sedar yang mungkin Allah hadirkan dia untuk ubah aku. Lepas aku kenal dengan dia je aku makin rasa semangat nak solat. Bila nak tinggal solat rasa tak tenang, sebab aku tengok dia selalu solat kat masjid jadi aku rasa macam nak berubah ke arah kebaikan.
Mungkin ada hikmahnya Allah tarik dia balik, aku redha ya Allah dengan ujianMu ini. Aku hari-hari mengadu kat Allah pasal dia tapi aku rasa macam semua doa aku tu macam kosong je. Mungkin Allah tak bagi lagi sebab Dia nak aku selalu menangis, merayu kat Dia. Allah suka kalau kita cari Dia.
Sekarang pun aku mula cuba nak ikhlaskan dia. Aku doa Allah hilangkan perasaan untuk dia buat sementara dan lupakan apa yang pernah terjadi :)
Untuk awak, saya tetap maafkan awak sampai bila-bila. Maafkan saya kalau saya ada buat awak terasa sebelum ni. Saya akan selalu doakan awak tak kira di mana awak berada. Semoga awak tepati janji awak pada saya. Saya harap Allah permudahkan segala urusan kita berdua.
Saya masih lagi sayang kat awak, jangan risau ya. Awak jangan cari perempuan lain tau, ingatlah kat saya selalu ya. Saya kat sini sentiasa ada kat sisi awak, walaupun awak mungkin benci kat saya, saya tetap doakan awak hari-hari, tak pernah tinggal pun nama awak dalam doa saya.
Terima kasih awak, saya sayang awak. Jaga diri baik-baik ya..
Fi Amanillah.
– Seorang Wanita Yang Cuba Memperbaiki Akhlak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit