Meninggi Diri

Assalamualaikum guys, tulisan ni hanyalah luahan dari pada hati aku. Semua ni hanyalah permerhatian aku selama ini yang telah berkerja selama hampir 11 tahun.

Dari kecil dulu, aku selalu diajar oleh ibu bapaku untuk menjadi orang yang merendah diri. Konsep asasnya adalah untuk tidak pernah meninggi diri, lebih2 lagi bila kita mempunyai sesuatu yang lebih dari orang lain.

Aku juga selalu diajar, hormati orang yang lebih tua. Kerana mereka mempunyai pengalaman dan pandangan yang lebih luas dalam hidup ini. Pendapat mereka perlu diambil kira, walaupun awalnya kita rasa seperti kurang tepat tetapi mungkin pengalaman akan memberikan hasil yang lain.

Dalam hidup aku, aku telah berkerja sebagai seorang jurutera dan juga bberapa jawatan lain dalam bidang teknikal. Senang cerita industri kilang dan pembinaan. Jadi aku akan sering bertemu dengan orang yang datang dari pelbagai latar belakang.

Kisah yang aku akan ceritakan ini, berkaitan dengan beberapa orang manusia yang “naik dari bawah” yang aku temui dalam kehidupan kerja aku.

Aku sering diajar dari kecik, “selalunya orang yang naik dari bawah ni, akan lebih memahami keadaan orang apabila mereka telah berada di atas”. Kepercayaan itu aku faham rapat dalam jiwaku.

Tapi setelah beberapa tahun aku di industri, sejujurnya pada aku perkataan ini kurang tepat.

Aku ditemukan dengan beberapa orang yang telah memegang jawatan tinggi, walaupun mereka bukan golongan berpendidikan. Mereka naik dengan pengalaman kerja dan juga networking yang telah dibina dalam hidup.

Dalam ramai itu ada 2 orang yang terpahat dalam ingatan aku. Pertama adalah seorang pengurus production di kilang batu dan kedua seorang senior technician di kilang eletronik.

Aku dimana pon berada, akan cuba menghormati orang yang lebih berusia. Setiap pandangan aku terima, dan pendapat mereka aku dengar.

Aku bukanlah seperti sesetengah orang muda yang akan memandang rendah atas kebolehan orang lama hanya kerana mereka kadangkala kurang arif dalam teknologi.

Tapi setelah beberapa tahun aku meninggalkan mereka, aku mula faham kenapa mereka bersifat lain dan agak jahat di tempat kerja.

Persamaanya, mereka berdua naik ke pangkat mereka dengan pengalaman yang sedia ada. Mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Dan itu tidak menjadi masalah apa pon sebenarnya.

Tetapi dalam jiwa mereka tersimpan satu kerisauan bahawa jawatan mereka pegang ini boleh hilang dirampas orang lain.

Aku lihat, mereka sentiasa berasa terancam jika hasil kerja mereka ditegur atau dinilai orang lain. Pantang ditegur akan keluarlah kata2 “aku lebih tahu” “berpuluh tahun aku buat okey je”.

Sejujurnya aku lihat ramai orang muda sekarang hanya ingin berkerja dengan tenang dan baik. Cukuplah kita maju bersama, kekal di tempat kau dan jalankan kerja dengan baik, aku disini juga berfungsi dengan baik.

Bukan semua orang datang untuk menandingi orang lain di tempat kerja. Tenang, hujung bulan kita dapat gaji sama-sama.

Seterusnya, mereka memandang rendah dengan pendidikan. Aku pernah dikatakan, “apa guna sijil besar-besar bas kau”. Pada masa itu aku pelik, kenapa kata2 ni kerap keluar ye. Kami hanya diam dari awal, tapi kata2 merendahkan orang lain terus keluar dari mulut seorang pengurus.

Aku pada masa yang sama melihat dia, dapat melihat seorang yang kecewa dengan tahap pendidikan diri sendiri dan merasa merendahkan diri orang lain itu akan membuat mereka kekal di atas dari orang lain.

Pengalaman terburuk aku dengan mereka ini, adalah keduanya sanggup memburukkan nama orang lain untuk terus menyelamatkan diri mereka.

Aku faham sebenarnya, kau mungkin tidak seperti orang lain yang boleh pindah ke syarikat lain. Atas faktor “sijil” yang kau rendahkan itu, kau sedar kau hanya boleh cari makan di tempat yang telah kau bina reputasi ini. Mungkin kalau pergi ke tempat lain, kau tahu akan ada yang lebih hebat dari kau.

Zaman sekarang orang berpengalaman dan mempunyai latar belakang pendidikan juga semakin ramai. Ada yang sanggup berkerja sambil belajar. Pengalaman di atas mulut sahaja bukan menjadi ukurang yang penting sekarang ini.

Aku pernah difitnah di dalam group whatsapp, dan juga di pejabat. Pernah aku dan kawan sejawatan dituduh menyebabkan kelewatan dalam pembuatan barang kerana tidak membuat kerja dengan betul.

Di dalam group ada bos besar, jadi untuk menyelamatkan muka dia, dia menuduh kami yang melakukan kesilapan. Sedangkan kami hanga mendengar arahan dari dia sendiri. Kami cuba melawan, akhirnya mulut manis juga yang didengari pihak lebih atas.

Aku juga pernah difitnah oleh seorang technician. Dia mengatakan aku telah membantu dalam memasang sesuatu benda. Dan bantuan aku itu dilakukan dengan tidak betul akhirnya menyebabkan sesuatu kebocoran, tetapi tidak menganggu dalam proses, hanya menyebabkan kekotoran.

Fitnah itu aku dapat tahu selepas 2 minggu perkara itu terjadi. Sedangkan aku tidak pernah melakukan perkara tersebut.

Mulanya aku pelik, tetapi mendengar kisah dari rakan lain, mereka katakan orang ini akan buat apa saja utk burukkan orang lain. Sedangkan hakikatnya dialah yang memasang benda itu.

Pada ketika kejadian ini, aku sebenarnya dalam proses membina keyakinan diri yang hilang. Aku telah disahkan kemurungan oleh doktor ketika itu. Aku yakin ini berpunca dari menghadap manusia2 toksik seperti mereka.

Ketika itu aku agak lemah untuk berlawan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk letak jawatan kerana pada aku agak buang masa untuk melawan manusia seperti ini.

Akhirnya majikan akan terus memilih orang yang sanggup menghabiskan masa dan diri di tempat kerja, berbanding orang yang datang hanya untuk berkerja dengan baik sahaja.

Jilat akan tetap menang. Yelah majikan mana yang tak nak orang yang gila berkerja, akan memudahkan urusan kita kan?

Jadi akhir sekali, aku hanya ingin beritahu pada orang lain yang merasa diri mereka seangkatan dengan orang yang aku ceritakan.

Bukan semua orang datang ke tempat kerja untuk berebut jawatan. Aku yakin, ramai yang datang hanya untuk mencari rezeki dan kekal tenang dan cukup dalam kehidupan.

Jangan risau dengan jawatan yang ada, kerja yang baik takkan dapat disorok. Sama dengan kerja yang buruk juga takkan dapat disorok.

Sudah cukuplah memakan diri orang lain, tidak akan maju kita dengan merendahkan orang lain.

– Sambadi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *