Berat perasaan aku untuk mula menulis kerana aku sendiri tidak tahu nak mula dari mana. Aku K, seorang gadis 20 an yang masih hidup dengan kisah silam. Aku pendekkan cerita ya. 2 bulan lagi aku akan kahwin tapi hati aku bukanlah untuk lelaki yang bergelar tunang itu.
Sejak tingkatan 2 aku mempunyai kawan baik (perempuan). Aku gelarkan dia Izzah (bukan nama sebenar). Semenjak aku patah hati dengan ex bf aku mase aku form 5, aku terus benci dengan lelaki. Since tu aku dengan Izzah makin rapat. Sedar tak sedar kami terlibat dalam hubungan songsang. Aku yang start dulu. Semua salah aku.
Kami rahsiakan perhubungan songsang kami. Izzah ni berasal dari family broken dan keluarga aku agak berada. Memang aku selalu habis beratus duit untuk dia. Aku hanya bagi dia duit untk puaskan nafsu aku. Benda ni jadi ketagih macam hisap dadah. Dari asasi sampai la degree hubungan kami sehingga suatu hari dia beritahu nak berubah sebab kami dah tersasar jauh (3 tahun lepas).
Mase tu aku nangis gila. Sebab aku sayang dia sangat sangat. Aku rase lebih sakit dari putus dengan ex bf aku. Sejak tu aku makin liar, aku buat macam macam untuk puaskan amarah dan nafsu aku dan aku maki dia macam takde agama. Aku solat tp aku still tak boleh nak lawan nafsu songsang tu. Aku nampak alim je dengan kawan kawan bila aku join usrah time asasi tapi sebaliknya hanya tuhan yang tahu.
Si Izzah ni dia serba salah dengan aku sebab hanya dia tahu luar dan dalam aku macam mana. Dia tahu betapa munafiknya aku. Dia percaya aku boleh berubah. So kami buat deal. Aku tak boleh la anggap dia gf aku, aku boleh ws or call dia semnggu skli je. Tahap ketagih aku kat dia sampai aku kena dengar suara dia at least semggu sekali. Kalau tak aku jadi tak tentu hala.
Benda ni okey sampai la tahun lepas dia betul betul tinggalkan aku sebab perangai aku yang tak berubah untuk nafsu songsang. Dia tinggalkan aku sebab dia yakin aku tak pernah berubah. Dia cakap aku hanya pandang dia dengan nafsu. Mase tu aku rase nak ambik dadah untuk move on. Susah sangat.
Dia block num aku, dia block semua kat sosial media. Dia kata dia jijik dengan perempuan macam aku. Hanya pandang dia dengan nafsu. Aku sayang kan dia tapi at the same time aku kalah dengan nafsu bila jumpa dia. Aku nak berubah. Aku penat ada perasaan macam ni. Aku menyesal terlibat dalam lesbian. Kalau la aku boleh undur masa balik. Aku taknak pun berkawan baik dengan dia. Aku takkan rosakkan dia. Sebab Izzah sebenarnya baik tapi aku yang salah.
Since tu aku depress. Aku cuba dekatkan diri dengan ilmu agama. Aku gagal untk kawal nafsu tapi aku cuba solat jugak. Rasanya dah beribu kali aku solat taubat. Tapi aku buat dosa balik. Sampai la akhir tahun lepas, aku berkenalan dengan tunang aku yang sekarang.
Dia kenal aku pun sebab kawan kawan aku. Dan memang kawan kawan aku tak pernah pun tahu tentang perasaan sonsang aku sebab nampak aku macam normal dan muslimah sejati. Sebenarnya tak. Aku sengsara dan aku benci hidup dengan perasaan cintakan seorg perempuan even aku ni seorg perempuan. Aku memang trauma berkawan baik dengan perempuan sebab aku takut aku terjatuh cinta plak.
Tunang aku tu seorang ustaz yang bekerja di KL. Aku jumpa dia pun mase usrah kat uni. Dia datang jumpa parents aku cuti akhr tahun lepas dan ckp nk kahwin. Mase tu aku happy sangat at the same time aku risau. Layakkah aku bergelar isteri kepada seorg ustaz?
Sebab sampai sekarang aku masih tak boleh lupakan Izzah. Aku taktau Izzah ni hidup ke mati. Memang aku set dalam kepala aku memang kena lupakan dia dan keluar dari lembah dosa. Tapi at the same time aku rindu dia sangat2.
Aku kuatkan hati untuk lupakan dia dan tak contact dia. Aku berjaya tapi aku menangis setiap malam bila ingatkan dia sampai sekarang. Perasaan tu kan macam kematian suami dan aku rasa bodoh menangis sebab perempuan. Semakin dekat pernikahan aku dengan tunang aku, aku rase taknak kahwin. Sebab perasaan cinta aku kat tunang aku tak sebesar cinta aku pada si Izzah.
Aku pendam je perasaan ini sorang2. Macam2 cara aku cuba untuk buang perasaan songsang. Tapi sampai sekarang tak mampu sehingga aku rase taknak kawin dengan sesiapa. Tunang aku tu terlalu baik. Dia tak tau disebalik perempuan bertudung labuh berjubah ini sebenarnya perempuan paling jijik. Aku nak citer dekat dia atau pun dekat sesiapa, tapi aku takut mereka tu judge masa silam aku dan aibkan aku.. Jadi pendam je sendiri.
Aku tau dosa besar bila kita menyerupai kaum Lut. Aku belajar semua tu sampai sekarang. Aku mintak doakan aku kuat untuk lawan perasaan songsang. Aku tak pernah pun terniat untuk menjadi lesbian. Tapi aku dah tersasar dengan tercinta sesama jantina yang teramat sangat. Aku tak mampu halang perasaan cinta sesama jantina ini. Tapi aku mampu kawal. Aku yakin aku mampu cuma sekarang belum waktunya. :’)
Tak salah jika mencintai seorang perempuan. Tapi salah bila kamu pun perempuan. Aku harap korang yang berkawan baik sesama jantina jangan sampai berlesbian/ gay. Ingatlah dosa pahal sikit.
Kalau artikel ni disiarkan aku harap korang boleh jawab soalan aku di ruangan komen.
1. Adakah aku perlu beritahu sesiapa tentang masa silam aku sebab makin pendam aku makin terseksa.
2. Adakah aku perlu teruskan majlis kahwin dengan harapan aku dapat lupakan Izzah bila bergelar isteri nanti.
3. Adakah Izzah tinggal aku sebab dia benci dan jijik dengan aku? Atau dia percaya aku boleh berubah kalau dia tiada disamping aku.
Sekian dari aku. Mohon pembaca doakan aku dipermudahkan segala urusan.
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saudari, amalkan Yasin 41, hajat minta Allah buang perasan itu. InsyaAllah, makbul , saudari