Menjadi Lesbian Bukan Pilihan Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/menjadi-lesbian-bukan-pilihan-aku/).

Terima kasih admin kerana siarkan confession aku last month. Aku rase macam cerita kat semua orang masalah aku dan mereka bagi penyelesaian.

Buat pertama kali aku rase dah takde benda aku nak simpan. Semua dah aku mengadu apa yang aku rase. Moga platform ini menjadi berguna untuk golongan yang tak mampu luahkan pada orang sekeliling. Aku sendiri tenang bila mampu luahkan dekat orang yang aku tak kenal benda yang tak mampu diluahkan pada mereka yang aku kenal.

Berbalik kepada sambungan haritu. Alhamdulillah aku baca semua komen. Ada yang positif dan ada yang negatif. Aku terima semua tu dengan seikhlas hati. Aku tekankan kat mereka yang rasa “Pasal ni pun bangga nak cerita?Bangga cakap kau lesbian?” Ayat tu akan kau telan balik dik bila orang terdekat/ diri sendiri kau yang terlibat dalam dunia songsang ni.

Berhati hatilah apabila bercakap. Berkata baik-baik sahaja. Kekadang reaksi netizen sebegini la buat golongan pendosa rasa nak bunuh diri sebab tak layak hidup dikeliling malaikat yang sempurna macam korang. Tegur mereka bukan hukum mereka.

Dua hari lepas confession aku disiarkan, Izzah unblock aku,mungkin dia baca confession sebab dia pembaca tegar iiiumc. Dia mesej yang dia maafkan aku dan menyatakan asbab kenapa dia block aku. Alhamdulillah dia kata ini je cara untuk kami sama-sama berubah. Dia pun dah jumpa jodoh dan akan berkahwin.

Dia kata anggaplah masa silam aku dengan dia ni sebagai pengajaran supaya kami berdua tahu di mana silap kami. Lepas dia mesej macam tu, barulah hilang perasaan sayang terlebih kat Izzah. Aku baru sedar tanpa sedar aku cuma nak dengar jawapan kenapa dia buang aku. Aku masih istikarah sama ada ingin meneruskan tak majlis perkahwinan.

Sampai la minggu lepas, tunang aku ajak berjumpa dan hanya kami berdua sahaja. Aku agak pelik kerana tidak pernah dia ajak keluar berdua. Katanya penting. Jadi kami pun berjumpa di sebuah restoran pada hari Isnin lepas. isyak. Masa tu dia kata hati dia tak tenang dan perlukan jawapan yang jujur dari mulut aku. Katanya seolah ada masalah dalam perhubungan kami tapi kami tak pernah bergaduh.

Dia bertanya apakah aku tidak ingin menikah dengannya kerana dia merasakan seolah olah hanya dia yang ingin berkahwin bukan aku. Hampir seminggu dia fikirkan tentang ini dan ingin mengetahui kebenarannya daripada mulut aku sendiri. Dia taknak dibelenggu bisikan daripada syaitan yang taknak tengok kami nak halalkan hubungan dengan pernikahan.

Aku terdiam. Tapi dia tetap tenang dan menunggu jawapan daripada aku. Dengan lafaz Bismillah aku menghantar satu link confession kepadanya. Termasuklah dua lagi link confession jawapan mereka yang membalas confession aku.

“Ini kisah silam saya, saya bercerita kepada semua yang saya tak kenali. Tapi saya perlu bagitahu hal sebenar pada orang yang saya nak hidup sampai hari tua. Kalau awak taknak terima saya dan rasa jijik dengan saya lepas ni sy redha. Apapun keputusan awak lepas ni, saya cuma minta tolong jaga aib saya daripada orang lain. Kerana awak orang pertama yang tahu dan akan menjadi orang terakhir yang tahu siapa saya”

Aku melihat sendiri dia asyik membaca confession tu. Masa tu hanya Allah yang tahu perasaan aku. Jantung rase nak keluar kerna berdebar. Aku risau dia benci aku tapi aku ikhlas jika dia memilih untuk tinggalkan aku. Dia lebih layak untuk mendapat isteri yang jauh lebih baik daripada aku.

Dalam 30 minit macam tu dia membaca dan masih diam. Tapi wajahnya sangat tenang. Hatiku tidak lekang istighfar mengingati Allah. Wajahnya tidak berubah sama sekali. Marah/benci tiada di wajahnya. Dia membuka kopiah. Dan memandangku.

“Sebulan lagi kita nak kahwin. In Shaa Allah kita akan kahwin.”

Masa tu aku rasa nak sujud syukur sahaja mendengar jawapan tunang. “Kalau awak ni memilih untuk jadi lesbian, awak takkan terima saya dalam hidup awak. Saya tahu Allah masih sayangkan awak sebab tu dia hadirkan rasa cinta dalam diri saya untuk awak. Aib ini biarlah menjadi rahsia antara kita berdua. Kita kawin okey?”

Aku ingat dia betul-betul terima aku seadanya malam tu. Tapi aku lupa dia bukanlah sesempurna lelaki yang mampu menerima masa silam bakal isteri. Dia menghukum aku. Meninggalkan aku dengan diam seribu bahasa.

Lepas kejadian jumpa tu, 3 hari dia menghilang. Telefon dia off, aku tak tanya family dia sebab aku taknak nampak kami berdua ada masalah. Dia buat aku tertanya dia ni terima aku atau dia dah mula rasa jijik dengan aku.

Aku nangis sekali lagi dan cuba redha jika dia betul-betul dah tinggalkan aku. At least kalau tak jadi kawin bagitahu awal- awal supaya dapat cancel semua majlis kahwin. Family kami kalut siapkan apa yang patut, perhubungan kami berdua plak gantung tak bertali. Sape tak kecewa? Rasa macam pelamin anganku musnah pun ada.

Hari keempat tu dia telefon aku. Dia minta maaf sebab tak contact aku 3 hari. Rupanya dia ambil masa untuk sendiri. Dia cuba untuk redha dengan masa silam aku. Katanya susah untuk menerima pada mulanya kerana jawapan dia malam tu bertentangan dengan apa yang dia rasa.

Ingin saja dia meninggalkan aku waktu dia tahu hal sebenar tapi dia cuba bagi jawapan sebaik mungkin supaya tak dikuasai amarah. Dia mengaku dia silap pada aku. Dia bukan malaikat walaupun dia ustaz. Dia menginap di hotel tanpa gangguan selama 3 hari untuk mendapat ketenangan.

Dia meminta maaf bersungguh sungguh kerana judge aku dalam diam. Katanya dia lebih hina daripada aku kerana merasa dia lebih baik,mulia dan layak jodoh yang baik seperti dirinya. Al maklumlah dia al hafiz dan aku ex lesbian. Mana sama taraf. Aku terdiam dan menangis kerana dia terlalu jujur pada aku. Aku tahu sangat sukar menerima kenyataan bakal isteri bekas lesbian. Tapi dia berjanji akan berubah dan menjadi suami yang baik untuk aku.

Dia kata Allah nak uji keikhlasan kami berdua. Keikhlasan aku untuk berhijrah dan keikhlasannya untuk menerima baij buruk seseorang dalam hidup. Jika aku memilih untuk berhijrah mengapa dia tidak? Maka lepas sesi heart to heart, kami dah sepakat nak teruskan perkahwinan, aku gembira dan dapat hidup normal balik.

Entah bagaiman perasaan rindu/sayang kat Izzah dah hilang sejak Izzah mesej maafkan aku tu. Lebih 5 tahun aku hidup dalam dosa tapi Allah masih bagi aku peluang. 5 tahun aku gagal, aku takkan biarkan 5 tahun seterusnya hidup dalam kegagalan. Tipsnya berdoalah pada Allah. Doakan juga perkahwinan aku bulan depan dengan tunang dipermudahkan.

Terima kasih netizen yang bagi komen haritu! Kalian penyelamat kami. Moga dipermudahkan urusan kalian.

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *