Menjadi Mangsa

Hi readers, Terima kasih sekiranya confession aku ini disiarkan.

As the title suggested, aku seorang mangsa sexual harassment. Tujuan aku menulis ni ialah sebagai pengajaran kepada semua parents dan juga aku ingin meluahkan perasaan aku agar aku tak depress.

Ringkas pasal aku, berumur 30-an, berkeluarga dan kini mempunyai seorang anak.

Kisah ini bermula ketika aku kecil. Rimah parents aku di kawasan kampung, dan di kampung yang sama, terletak juga rumah saudara-maraku.

Nak dijadikan cerita, ketika aku dilahirkan, mak aku sakit. Jadi aku dikeluarkan dulu dari hospital dan mak aku dapatkan rawatan lanjut di hospital.

Aku anak sulung. Ayah aku busy manjaga mak aku, jadi nenek aku telah letakkan aku sementara di rumah makcik aku.

Makcik aku ada beberapa orang lagi anak lain. Aku tak pasti berapa lama aku duduk di rumah makcik aku sebab waktu tuh aku masih baby.

Tapi sebaik sahaja mak aku keluar dari hospital, aku dipulangkan ke pangkuan keluarga kandung aku.

Namun, hubungan aku dengan keluarga makcik aku sangat baik. Aku suka perfi rumah mereka sebab ramai abang dan kakak yang melayan aku. Aku sesuka hati tidur rumah mereka dan ibu bapa aku pun Ok.

Namun, sejarah hitam aku bermula. Apabila ada seorang sepupu aku ni, aku gelarkan dia Syaitan, yang ambil kesempatan ke atasku.

Waktu tuh, mungkin umur aku dalam 4-5 tahun, aku tak pasti sebab aku terlalu kecil. Budak sekecil aku, tak akan faham apa yang berlaku.

Syaitan waktu tuh remaja, beza umur kami mungkin dalam 15 tahun, atau lebih kurang. Yang pasti ketika itu dia dah di sekolah menengah.

Ibu dan ayah aku sangat percayakan dia, sebab dia nampak macam budak baik. Ingatan aku mungkin tak berapa jelas sebab kejadian ni waktu aku terlalu kecil.

Tapi aku ingat, hujung minggu dia akan datang rumah aku, bagitau mak aku nak bawa aku ke rumah dia (naik motor), dan rumah kami sebenarnya dekat.

Tapi dia tak bawa aku ke rumah dia. Dia bawa aku masuk kebun dia. Dia buka seluar aku, dia raba punggung aku, dia bukak seluar dia, dan dia gesel kemaluan dia di kemaluan aku, sampai dia klimaks.

Ketahuilah semasa aku menulis ini, aku sangat marah. Aku sedar semua ini salah hanya bila aku dh besar dan faham apa itu sentuhan selamat dan tak selamat.

Dalam ingatan aku, 3 kali dia buat perkara jijik ini. Bukan itu sahaja, aku ingat dia cakap jangan bagitahu sesiapa. Budak sekecil aku, apalah yang aku faham.

Bila aku di sekolah rendah, dia dah tak buat semua itu, tetapi dia selalu bercerita pasal sex. Aku waktu itu sudah pandai membaca, aku perasan dia suka print cerita2 porno dan baca.

Bila aku dah dewasa, baru aku paham yang semua itu salah. Ibu ayah aku percayakan dia, depan semua orang dia treat aku macam adik dia, semua percaya. Tapi dia sebenarnya Syaitan.

Dan benda ini, tidah habis di situ. Rahsia ini aku dah pendam seorang sendiri terlalu lama. Tak pernah sehari oun aku tidur tanpa mendoakan kecelakaan pada dia. Kerana hati aku terlalu sakit. Walaupun tidak sampai tahap perkosa, tapi aku jijik.

Sekarang Syaitan dan aku masing-masing dah berkeluarga. Oh aku lupa, hubungan aku dan dia dah tak rapat semenjak aku dah start masuk asrama waktu Tingkatan 1.

Aku seakan-akan boleh move on sebab dah tak jumpa dia. Bertahun-tahun aku tak jumpe dia. Namun, sekali lagi aku diuji bila kahwin.

Aku ada masalah dalam melayani suami aku. Aku seakan-akan takut penetration. Suami aku gigih mengkaji dan akhirnya kami jumpa terms vaginismus.

Kami berjumpa O&G dan kami ceritakan masalah kami. Doc sahkan ianya vaginismus, dan suggest aku jumpa therapist.

Suami aku tak tau ape yang berlaku pada aku waktu kecil. Ada masa aku nak ceritakan semuanya, namun aku risau apa penerimaan dia.

Setelah beberapa kali jumpa therapist(kami jumpa bersama), therapist set kami jumpe di masa yang berlainan. Dia cuba cungkil sekiranya aku mangsa sexual harassment/abuse.

Waktu tuh la aku rasa ada connection sejarah hidup aku dengan penyakit aku ini. Namun aku menafikan waktu itu.

Alhamdulilah, setelah beberapa kali jumpa therapist, dan atas nasihat2 beliau, aku dapat lalui penyakit aku dan kami dikurniakan anak perempuan. Aku amat kesian pada suami aku yang secara tak langsung perlu hadapi masalah ini bersama aku.

Aku rasa bersalah sebab tak ceritakan perkara sebenar. Penyakit ini juga memberi tamparan hebat kt perkahwinan aku. Alhamdulillah kami dapat go through bersama biarpun kadang2 ianya datang balik.

Namun, kepercayaan aku kepada orang yang handle anak aku sangatlah rendah sehingga suami aku rimas. Aku tak bagi anak aku masuk bilik sepupu-sepupu dia kat kampung,

Aku pernah tukarkan anak aku dari rumah pengasuh ke taska waktu umur dia setahun sebab aku dapat tau anak lelaki remaja pengasuh anak aku dah balik duduk rumah (sebelum itu belajar di asrama penuh).

Aku paranoid bila ada pakcik2 anak aku nak dukung anak aku. Aku serba serbi takut kejadian hitam aku terjadi kat anak aku.

Berbalik kepada cerita Syaitan, aku memang menjauhkan diri. Kalau aku balik kampung, aku memang duduk rumah, tak pergi ke rumah dia walaupun aku sebenarnya rindu mak cik pakcik aku sebab mereka baik pada aku. Aku memang cuba menjauhkan diri.

Tapi bila ada majlis kawen saudara mara, aku akan terjumpa jugak Syaitan. Aku jijik tengok muka dia. Aku bertambah jijik bila dia buat macam tak pernah bersalah dengan aku.

Pernah sekali dia dukung anak aku yang masih baby waktu tuh (dia amik anak aku dari makcik aku), cepat2 aku cuit laki aku suruh amik anak aku balik dari dia.

Pernah juga waktu anak aku umur 3 tahun, dia minta nak dukung anak aku. Aku cakap tak boleh anak aku takut dengan orang nanti dia nangis. Sejauh mungkin aku larikan anak aku dari Syaitan. Nasib baik sebab kerja aku jauh dari kampung jadi tak akan jumpa Syaitan.

Dua tahun lepas, aku balik kampung. keluarga Syaitan buat makan2, nak tak nak ayah aku suruh aku pergi. Aku benci bila dia buat2 “Eh lama tak jumpa” pastuh peluk bahu aku.

Cepat2 aku pegi tempat lain. Aku memang menyirap waktu tuh. Aku benci dan jijik gila dengan Syaitan tuh. Aku jadi trauma balik.

Pengajaran kepada semua parents, janganlah percaya sangat pada orang lain. Pantau lah anak-anak. Biarpun dah besar, pantau apa dia tengok, pantau ape dia baca. Dan sekarang pornografi di hujung jari.

Tolonglah juga pesan pada anak2, jaga batas, apa safe touch, ape non safe touch. Parents aku dulu tak pernah ajar aku, mungkin mereka pun tak sangka ada Syaitan dalam keluarga kami.

Aku masih depress sebab tak ada tempat luahkan kisah aku ini. Kadang2 aku terjaga malam dan kisah waktu kecil aku seolah2 replay dalam kepala aku. Aku jadi rasa jijik dan benci sangat kat Syaitan. Aku tak akan boleh maafkan dia.

Kalo pembaca ada suggestion macam mana aku nak overcome perasaan benci dan jijik aku, dan macam mana nak lupakan, aku sangat2 berterima kasih.

Aku doakan anak2 pembaca semua selamat dari Syaitan macam ni.

Maaf kalo tulisan aku berterabur, aku menulis pukul 5 pagi sebab aku teejaga dan terus teringat peristiwa ini biarpun dah 30 tahun berlalu.

Kepada Syaitan, sekarang ko dah ada anak perempuan. Aku tak nak doa bukan2, tapi aku percaya ko pun takut perkara yang sama berlaku kat anak ko.

Semoga ko dapat balasan setimpal dengan kelakuan ko. Kalo tak di dunia, pasti di akhirat.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *