Assalammualaikum pembaca sekalian, saya Kamariah Abidin. Nukilan ini adalah yang kedua saya hantarkan kepada IIUM Confession.
Kalau dulu saya menulis tentang kebangkitan kerjaya saya setelah rumahtangga saya musnah, kali ini saya nak mengalihkan fokus tulisan saya kepada topik yang lebih produktif iaitu bagaimana menjadi pekerja yang irreplaceable dan menjadi dambaan majikan.
Untuk pengetahuan semua, kerjaya saya setelah rumahtangga musnah, bermula dalam bidang pendidikan. Guru Bahasa di sebuah pusat Bahasa.
Untuk makluman, saya tiada pendidikan formal dalam bidang pendidikan, tapi saya memang berminat, ada bakat dan ada skill Bahasa yang baik.
Jadi bermulalah kerjaya saya dengan gaji seorang fresh grad dengan 4 orang anak yang hendak ditanggung.
Kuasa Allah tak tercapai akal manusia, saya pun selalu wonder macam manalah boleh besarkan 4 orang anak sendirian, dengan gaji RM2k di bandar besar. Sungguh Allah SWT memanglah maha pengasih dan menyayang.
Alhamdullillah, berkat minat, tekun, komitmen penuh sewaktu bekerja, saya dinaikkan pangkat ke bahagian pengurusan hanya selepas 3 bulan bekerja.
Untuk makluman, syarikat tempat saya bekerja ini adalah sebuah SME (Small Medium Enterprise), usianya masih muda tapi pemiliknya sangat komited dan determined untuk mengembangkan perniagaannya. Produk dan servis yang ditawarkan pun bagus.
Bila kita bekerja dengan SME, banyak cabaran yang kita hadapi sebab syarikat baru mula nak berkembang.
Alhamdulillah tiada masalah ketepatan pembayaran gaji, tapi cabaran terbesarnya ialah workload dan working cross department.
Kerja memang banyak dan saya terpaksa buat pelbagai kerja di luar skop saya. Di bahagian pengurusan saya ialah seorang Trainer.
Tugas saya mengenalpasti keperluan latihan untuk staff, merangka latihan dan menjalankan evaluation serta analysis latihan. Saya juga melatih guru-guru baru untuk mengenalkan mereka kepada produk-produk pembelajaran kami.
Berbalik kepada pelbagai kerja di luar skop. Selain bahagian training, saya juga kena handle event-event promosi syarikat, daripada perancangan, mencari sponsor dan tempat, menjalankan aktiviti extra untuk pelajar seperti excursion, camp dan sebagainya.
Membantu department pemasaran untuk buat copywriting dan proof read pelbagai dokumen!
Saya ada juga disuruh membantu department sales untuk menaikkan sales. Padahal saya tiada formal education untuk skill-skill ini, hanya berbekalkan keyakinan diri, skill Bahasa yang baik kerana saya suka membaca, dan minat.
Selain tu, saya masih juga mengajar, bergerak dari satu cawangan ke cawangan lain dalam masa sehari (syarikat ada beberapa cawangan), kerana kekurangan tenaga pengajar pada masa itu.
Penat? Memang sangat penat. The tasks were all overlapping and endless! Berbaloi ke? Kalau ditanya dari segi monetary, memang tidak berbaloi.
Gaji yang ditawarkan tidak standing dengan kerja yang dibuat. Kalau ditanya dari segi VALUE atau NILAI, ianya sangat berbaloi jerih dan penat.
Mengapa? Biar saya terangkan.
Saya belajar terlalu banyak perkara dan pembelajaran skill-skill baru ini menaikkan value saya sebagai seorang pekerja.
Banyak skill yang saya boleh letakkan di dalam portfolio saya sebagai seorang pekerja. Saya menjadi irreplaceable dan menjadi dambaan majikan. Buktinya?
Selepas beberapa tahun bekerja dengan syarikat itu, saya beralih angin bekerja di sebuah sekolah international sebagai guru. Malangnya selepas setahun sekolah tu ditutup kerana business terjejas disebabkan COVID19.
Alhamdulillah, tak lama selepas itu, saya dipanggil bekerja dengan sebuah public listed company sebagai Trainer juga, meneraju Training Department, tanpa saya memohon pun. Company call dan tawarkan pekerjaan, di musim COVID 19 semasa semua orang sedang terjejas.
Saya kerap update profile saya di laman Jobstreet dan Linkedin dan saya telah di ”head hunt” dan ditawarkan bekerja di situ, atas pengalaman dan skill yang saya ada dengan gaji yang selesa, sesuai dengan apa yang saya boleh tawarkan kepada syarikat.
Pengajaran positif yang boleh diambil di sini, apa pun perkara yang kita nak buat, betulkan niat. Niat saya mencari rezeki yang makmur untuk besarkan anak-anak.
Niat saya juga apabila meletakkan komitmen pada sesebuah syarikat, ialah menyumbangkan kepakaran untuk membantu perkembangan syarikat, mempermudah urusan orang sekeliling dan sentiasa membantu sekiranya diperlukan.
Jangan berkira soal kerja, because at the end of the day, you will gain skills yang memang tak ternilai dengan Ringgit Malaysia, yang berguna untuk perkembangan kareer anda. Namun begitu, kalau anda rasa ditindas, bercakaplah dengan majikan.
Tidak dinafikan, ada majikan yang melakukan penindasan. Anda bediri di kasut sendiri, nilailah dan buatlah tindakan sewajarnya. Tapi ingatlah, sedikit sebanyak ditindas, you still gain something, pengalaman bekerja dan kemahiran yang boleh dibawa seumur hidup.
Pembaca sekalian, mohon titipkan doa untuk saya terus berjuang mencari rezeki untuk anak-anak saya. Saya juga mendoakan semoga Allah memudahkan segala urusan rezeki dunia dan akhirat pembaca sekalian.
Sekian nukilan Kamariah Abidin untuk kali ini.
– Kamariah Abidin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit