Menjadi Rakan Sekerja Dengan Bekas Guru Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejantera buat semua pembaca.

Terlebih dahulu saya nak minta maaf kalau bahasa saya berterabur atau tunggang terbalik, saya pendidik tapi hanya tahu asas-asas bahasa melayu sebagai penutur sahaja (I.C saya warna biru dan tertulis warganegara Malaysia ya). Saya bukanlah level-level sasterawan.

Tujuan saya menulis luahan bukan nak memburukkan pendidik. Saya pun pendidik yang baru mula nak atur tapak.

Saya tiada tempat meluah setelah saya pendam dua tahun lebih.

Saya nak luah tentang ‘cabaran’ bekerja dengan guru yang pernah mengajar saya di bangku sekolah.

Saya tak pukul rata tentang semua guru saya mencabar bagi saya. Ada yang meraikan saya sebagai rakan sekerja dan memberi tunjuk ajar dengan sabar.

Cabaran yang pertama, once you were their student, mereka tetap akan anggap kamu masih student mereka. Dilayan macam kamu masih student.

Kalau ada benda-benda yang tidak kena, kenalah marah tak kira masa dan tempat. Termasuklah di depan pelajar-pelajar atau depan guru-guru lain macam seorang guru marah seorang murid.

Don’t get me wrong. Saya sangat memerlukan bimbingan dan nasihat sebagai pendidik baru yang kadang-kadang ada salah silap.

Tetapi adakah perlu marah dan jatuhkan air muka sampai menghilangkan adab sesama rakan sekerja ketika menegur?

Kedua, membuka kisah silam yang tidak elok kepada pelajar. Contoh ayat:

“Cikgu Bunga tu dulu bukannya rajin sangat, suka lena, kerja sekolah tak buat. Tup tup jadi cikgu dah.”

Kalau saya sebagai guru cuba nak mendisiplinkan pelajar supaya mereka tak ulang silap saya, tetapi mereka telah pun dimomokkan dengan kisah silam saya.

Siap ada pelajar menjawab pada saya, “alah cikgu dulu pun bukan rajin sangat.”

Ketiga, tentunya tiba-tiba diarahkan buat kerja-kerja guru saya walaupun jauh bebenar dari jobscope saya.

Kalau workload saya seringan kapas, dengan senang hati saya akan cuba tolong.

Ini tidak, konon ‘minta tolong’ atas tiket saya menuntut ilmu dan berjaya atas ilmu yang mereka curah.

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Yang keempat, kalau ada salah faham atau konflik, tak kisahlah siapa yang salah, tetap anda yang pernah jadi pelajar kena pegi mengadap minta maaf terlebih dahulu.

Pernah ada suatu ketika saya difitnah oleh guru saya sendiri. Saya confront dan outspoken dengan dia untuk selesaikan perkara ini.

Maruah diri saya adalah tanggungjawab saya untuk saya pertahankan.

Tak semena mena, saya dilabel tak kenang budi, bongkak dan hilang adab.

Bahkan ada segelintir guru lain suruh saya minta maaf kepada pemfitnah atas alasan dia dulu adalah guru saya.

Penat sangat.

Cukuplah saya senaraikan empat saja hanya sekadar meluahkan dan menghilangkan sedikit rasa beban dan burnout di hati.

Banyak kali saya rasa nak berhenti dari jadi guru terutama bila susah pindah sekolah.

Tetapi, mulut cuma zikir nak berhenti jalah, buatnya idokk.

Saya suka mengajar. Tetapi hal-hal luar kelas buat saya sangat letih dan penat.

Walaupun saya bukanlah pelajar terbaik suatu ketika dulu, saya sentiasa ingat jasa semua guru saya yang mencurahkan ilmu.

Saya bukanlah manusia sempurna. Masih perlu diberi tunjuk ajar.

Saya sentiasa pesan pada diri saya, kalau nanti ditakdirkan saya bekerja dengan bekas pelajar saya, jangan sesekali ulangi apa yang pernah saya rasa.

Tak perlu angkat atau sanjung saya.

Cukup hormat saya sebagai rakan sekerja.

Itu saja penulisan saya. Terima kasih membaca. Kalau nak tinggalkan komen, tinggalkan dengan berhemah tanpa perlu hentam sesiapa.

Bahasa anda melambangkan jiwa anda.

Sekian..

– Pendidik baru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bila berdepan dengan situasi yg buat diri rasa hopeless, zikir hasbunallah wanikmal wakil.

    Lagi kuat kena fitnah, lagi kuatkan zikir. Nanti akan rasa sendiri khasiatnya. Sungguh, pertolongan Allah itu sgt dekat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *