Menjadi Surirumah Sewaktu PKP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Ini kali pertama aku menulis di laman ini. Maaf kalau gaya penyampaian kurang best.

Sekarang ini PKP yang bermula pada 18 Mac dah pun masuk ke fasa PKPP hingga 31 Ogos nanti. Di sini aku nak ceritakan pasal pengalaman aku yang bertukar menjadi suri rumah sewaktu PKP pada bulan Mac yang lepas.

Banyak posting yang dipublish sebelum ini aku lihat kerap pembaca berkongsi kisah tentang lelaki (suami, adik beradik) yang menjadi raja di rumah. Malas dan tak mahu bantu kerja-kerja dirumah. Sedih dan geram bila baca kisah-kisah macam tu.

Namun begitu, aku pasti ramai je lelaki yang rajin dalam buat kerja rumah bahkan ada yang suka menghias rumah tapi sejenis yang malas itu masih ramai. Mungkin masih menganggap kerja2 itu tugas hakiki wanita semata-mata.

Namaku R. Berumur 35 tahun. Beristeri serta ada 2 orang anak. Yang sulung perempuan umur 4 tahun dan adiknya lelaki umur 1 tahun. Kami telah berkahwin selama 7 tahun. Kami suami isteri yang bekerja dan tinggal di negeri Johor.

Apabila PKP diumumkan oleh PM maka aku yang bekerja dalam bidang pembinaan tak bolehlah bekerja sebab di kira sebagai non-essential service.

Wife aku kerja di hospital sebagai staff pentadbiran. Dia sepatutnya kena bekerja tapi sebab dia masih dalam cuti sakit jadi waktu PKP kami semua ada dirumah.

Seronok bila sama2 ada dirumah. Mana taknya sebelum ni aku cuti ahad, wife pulak cuti jumaat dan sabtu. Jadi weekend kami tak dapat bersama. Tapi kali ni kami dapat bersama berhari-hari.

Aku sejenis yang bangun awal. Biasanya aku bangun pukul 6 pagi. Mandi, solat subuh dan bersiap pergi kerja.Kalau cuti pun aku bangun paling lewat pukul 6.30 pagi. Jadi waktu PKP ni pun sama juga, aku bangun awal dan buat apa yang patut.

Rutin setiap pagi aku akan masak air untuk susu anak. (Aku takde mesin penapis air sejuk panas tu). Sambil tunggu air mendidih aku akan susun pinggan mangkuk yang dah dibasuh malam tadi. Sapu dalam dapur dan bahagian luar dapur. Kumpul baju kotor dan basuh dalam mesin basuh.

Bila dah siap aku terus jemur. Benda2 ni dalam 1 jam setengah dah siap. Kalau kain baju tu kering waktu petang, aku angkat darj ampaian dan terus lipat.

Sambil tunggu baju siap boleh la lap meja, cuci singki, siram pokok bunga dan kalau anak dah bangun aku mandikan terus. Bini aku buat apa? Dia sediakan sarapan dan makan tengahari. Dia boleh fokus pada hal2 masakan sebab hal2 lain aku dah setelkan.

Alhamdulillah tiap2 pagi dapat sarapan sama2. Kadang2 sekadar makan roti bakar, kadang2 mee goreng. Ikut lah pada tahap kerajinan. hehehe

Sepanjang PKP ni macam2 perkara yang dapat kami buat bersama. Pada aku kiranya ni macam masa untuk aku tebus semula masa untuk keluarga yang hilang. Yelah cuti hujung minggu kami tak sama, tambahan pulak kerja construction ni kadang-kadang waktu balik rumah pun tak menentu.

Aku dapat siapkan cat dinding kat bilik anak. Aku bersihkan habuk kat kipas, aircond dan sawang2 kat siling, polish kereta, susun dan cantikkan semula pasu-pasu bunga. 3 hari sekali aku vacum 1 rumah. Pendek kata sepanjang tempoh PKP 1 dan 2 tu macam2 la kerja rumah yang aku buat.

Cuma iron baju dan masak je aku tak buat. Sebab itu keistimewaan wife aku. Hahaha..Wife aku pulak ada juga masak2 benda yang viral. Asal bukak FB atau IG ada jelah idea dia. Kopi dalgona je yang dia tak buat. Aku dapat nampak wife aku memang happy.

1 sebab aku ada je depan mata dia, 1 lagi sebab aku tolong buat macam2 kerja. Bila wife happy semua orang happy, rumah kita tu rasa tenang je. Serious. Kami pun kerap juga bersama. Pantang anak2 tidur kami pun ehem2 la.. hahaha.

Tapi itulah, panas tak berpanjangan, hujan turun di tengahari. Awal bulan 4 sewaktu PKP2 sedang berlangsung aku dapat pesanan whatsapp dari bos aku. Dia kata syarikat ada masalah dengan cashflow sewaktu PKP ni. Dia nasihatkan aku cari kerja lain.

Aku terkejut. Kerja dengan dia dah lama dekat 6 tahun, tak kan dengan sebab PKP yang baru 2,3 minggu ni terus nak kecikkan operasi.

Sebelum PKP ni pun ada sorang manager dan senior supervisor dah resign, aku pun pelik kenapa bos aku lepaskan diaorang tu, sapa nak take over kerja2 dia, takkan aku pulak. Sekarang dia pulak nak lepaskan aku.. pelik. Bos cakap sebab dia tak puas hati dengan prestasi aku.

Masalah keluarga sebabkan prestasi aku menurun. Pada bulan Januari dan Februari memang aku ada cuti untuk uruskan hal isteri aku di hospital. Dia kata sebab aku kerap cuti. Entahlah. Kalau memang dia nak kurangkan staff ada aje 1001 alasan dia nak bagi.

Selepas berbincang dengan bos aku pun setuju tawaran dia. Bulan April aku last kerja dengan dia. Jadi bermula bulan Mei aku secara rasminya dah menjadi penganggur.

Wife aku dah mula bekerja pada bulan Mei. Cuti sakit dia dah tamat. Jadi aku pun terus la jadi suri rumah buat sementara ni. Aku teruskan rutin sewaktu PKP dulu. Basuh baju dan pinggan, vacum rumah, jaga anak, mandikan, bagi makan dan susu, basuh berak kencing.

Wife balik dari kerja dia akan masak. Bab jaga anak tu mula2 kekok juga dan wife pun selalu call. Tapi sebenarnya senang je. Lama2 rasa seronok sebab anak tu nak melekat je dengan kita. Jimat duit pengasuh.

Tapi jauh disudut hati ni aku terasa juga. Aku lelaki tak kan aku tak bekerja. Aku kena bekerja untuk dapat pendapatan.

Sebelum ni gaji aku lebih tinggi dari dari gaji wife. Bayaran rumah, kereta, bil api air astro, bayaran pengasuh, belanja dapur semua aku yang settle.

Alhamdulillah wife banyak membantu. Dia pun selalu tolong beli barang basah dan settlekan hal takaful anak2. Tapi sampai bila kan. Moratorium pun sampai bulan September je.

Emak aku pun risau sebab aku takde kerja. Dia pesan kat aku orang lelaki kena bekerja, sara anak dan isteri. Aku dah mula hantar permohonan kerja kat beberapa syarikat. Namun belum ada panggilan untuk temuduga. Mungkin market masih belum stabil.

Jadi apa yang aku nak sampaikan ni ialah sebagai lelaki kita harus tahu dan buat kerja2 rumah. Tak kira la dah kahwin atau belum. Perkara simple macam basuh pinggan lepas makan atau letak baju kotor dalam bakul laundary itu boleh je buat.

Kalau kau dah kahwin dan buat perkara2 ni isteri akan suka, percayalah. Dan mak ayah juga perlu bertegas, jangan stereotype kan kerja2 rumah itu pada anak perempuan sahaja. Anak lelaki juga perlu diberi tugasan membersih dan membasuh. Didikan awal ini yang paling penting.

Ok, setakat ni sajalah luahan pengalaman aku sepanjang PKP ni. Doakan aku dapat kerja semula. Terima kasih

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *