Menjaga dan Membalas Jasa Ibubapa

Assalamualaikum saudara-saudari seagama & salam sejahtera kepada bukan muslim sekiranya membaca. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada admin sekiranya post ini disiarkan.

Saya amat terkesan membaca status saudara “Anak Derhaka: Hutang Keluarga” berkenaan ibu yang membuat permintaan yang melampau kepada sang anak dan mengungkit serta mengugut dengan gelaran anak derhaka. (https://www.facebook.com/iiumcbm/posts/1161345927281554) Disini saya ingin menyebut bahawa islam itu mudah dan islam lah pembimbing kehidupan. Ya memang ibu bapa berjasa walhal banyak ayat-ayat Al-Quran yg mengigatkan kita akan kebesaran darjat ibu bapa.

Tapi sekiranya tiada ilmu pasti islam dianggap menyusahkan dan tidak adil. Walhal kita tahu bahawa islam itu mudah dan pedoman terbaik dalam hidup. Bedasarkan cerita saudara, saya telah membuat analisa dan mengaitkan dengan ajaran agama Islam yang mungkin saudara terlepas pandang atau tidak ketahui.

1.    Membalas Jasa Ibu Bapa

Selain dari melahirkan serta menambah umat islam di dunia, peranan paling utama ibu bapa adalah membimbing anak2 mejadi umat islam sejati yang beriman kepada الله swt dan Rasulullah saw. Dunia yang kita duduki adalah bersifat sementara. Harta benda yang kita ada semuanya sementara. Termasuklah anak2 kita. Namun, doa anak2 mampu merubah nasib kita di akhirat kelak.

Apa yang boleh saya simpulkan melalui cerita saudara, ibu saudara terlalu mengejar duniawi. Dalam pada itu, saudara perlulah menasihati ibu saudara dengan kata2 mulia. Walau perit mana pun kesusahan yang dibuat oleh ibu saudara pada saudara jangan sesekali bercakap kasar kepada ibu bapa kita. الله swt telah berfirman dalam surah Al Isra’ayat 23:-

‎۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Ertinya:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sakali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Q.fS. Al Isra’ : 23)

Berdasarkan ayat tersebut, kita WAJIB untuk berbuat baik pada ibu bapa kita dengan sebaik-baiknya. Kita perlulah memberikan nafkah kepada mereka. Memberi Nafkah pada ibu bapa adalah WAJIB kepada anaknya dengan dua syarat. Iya itu:-

a)    Ibu bapa adalah fakir miskin dan memerlukan saraan.

Sekiranya ibu saudara adalah fakir, tiada sumber asasi untuk hidup seperti wang untuk membeli makanan dan sebagainya maka WAJIB untuk saudara menyara ibu saudara. Sekiranya ibu saudara punyai sumber income sendiri, bekerja atau berkemampuan untuk hidup maka ianya adalah tidak wajib untuk saudara memberi nafkah berupa wang. NAMUN saudara ingin memberi wang dalam bentuk ganjaran kerana kerana ingin berbakti pada mereka ianya merupakan satu perbuatan mulia di sisi Allah swt dan digalakkan.

b)    Anak adalah berkemampuan atau berada.

Sekiranya saudara punyai wang yang cukup dan lebih dari mampu untuk memberi kepada ibu bapa maka saudara berkewajipan untuk memberi. NAMUN, ukuran nafkah ini al-kifayah (yakni kadar mencukupi keperluan mereka) seperti merangkumi makanan asasi, lauk, pakaian, tempat tinggal, rawatan ubat-ubatan dan sebagainya yang diperlukan.

‎لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (Surat At-Talaq Ayat 7)

Berdasarkan penerangan di atas, jelas menunjukkan bahawa islam telah menerangkan batasan pemberian nafkah berbentuk ganjaran terhadap ibu bapa adalah mengikut kemampuan. Kita dilarang untuk terlalu mengikut kehendak ibu bapa sekiranya perkara itu membawa kepada maksiat dan kemungkaran Allah SWT. Firman Allah swt dalam surah Al-Ahqaaf: 15:-

‎وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya. Dan jika mereka memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti kedua-duanya. Hanya kepada-Ku tempat kembali kamu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Berbalik kepada sikap ibu saudara yang terlalu mengejar duniawi dan membazir ke arah perniagaan MLM yang merupakan suatu pembaziran harta, adalah haram untuk saudara memenuhi permintaan ibu saudara.

Salah satu Hadits Rasulullah SAW yang menggambarkan keadaan hari kiamat adalah Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu. Dalam Hadits tersebut Rasulullah SAW bersabda:

‎لَا تَزُوْلُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلَاهُ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ.

“Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi RabbNya, hingga dia ditanya tentang lima perkara (yaitu): tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) ia belanjakan serta apa saja yang telah ia amalkan dari ilmu yang dimilikinya.” (HR. at-Tirmidzi no. 2416, ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir jilid 10 hal 8 Hadits no. 9772 dan Hadits ini telah dihasankan oleh Syaikh Albani dalam Silsilah al-AHadits ash-Ashahihah no. 946)

Si ibu tidak boleh memaksa anak2 dalam memenuhi permintaan ibu bapa. Terutamanya sekiranya permintaan itu adalah berbentuk pembaziran dan melanggar perintah الله swt. الله swt telah bersabda:-

‎إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’:27)

Apatah lagi sekiranya si ibu bertindak menipu untuk menyakinkan saudara untuk memberikan wang.

Tindakkan ibu saudara yang mengungkit2 pemberian beliau terhadap saudara adalah tindakkan yang merugikan. Ini adalah kerana الله swt telah pun memberikan darjat tertinggi seorang ibu dan pahala yang banyak kepada si ibu yang melahirkan dan mendidik anak mereka menjadi insan yang baik. Namun tindakkan si ibu itu telah menghilangkan segala pahala terhadap segala pengorbanan yang diberikan kepada saudara. الله swt telah berfirman didalam surah Al-Baqarah ayat 262 & 264:-

‎الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنْفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut(mengungkit-ungkit) pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), maka mereka akan memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”(al-Baqarah, 2: 262).

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” Surah Al-Baqarah Ayat 264.

Jadi saya berharap saudara dan mereka yang ditimpa nasib yang sama jangan lah bersedih dan kembali pada الله swt. Kepada semua bakal ibu bapa atau ibu bapa kepada anak2 janganlah kita menzalimi anak2 kita. Ambil ikhtibar terhadap apa yang berlaku pasa kisah ini.

Ingatlah anak itu pemberian tuhan untuk kesejahteraan masa depan kita diakhirat kelak. Jangan lah salah guna darjat tinggi yang الله swt berikan untuk mendapatkan sesuatu yang sia-sia.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit