Menjaga Kesempurnaan Solat

Assalamualaikum semua. Saya cuma mahu berkongsi cara saya menjaga dan khusyuk dalam solat. Benda ni pun saya baru start and harap tips ni dapat la membantu and dipraktikkan walaupun saya pun tengah struggle untuk istiqamah sebab kita selalu dirikan solat hanya memastikan solat itu sah ataupun sebab dah jadi kebiasaan. Ambil wuduk, tutup aurat, tak de najis melekat tapi jarang kita add value dekat solat tu untuk jadi lebih baik termasuk la saya sendiri yang kadang2 leka.

1) Sebelum solat subuh, mandi dengan air sejuk. Mandi sebelum subuh ni bagus sebab badan kita akan rasa segar and ada jugak saya baca dapat menguruskan badan. Yang ini, saya rasa tak menjadi masalah kot sebab ramai pembaca confession ni yang berkerja. Kalau hari minggu tu, cuba paksa diri. Nanti lama2 akan terbiasa. Kalau tak boleh buat, rasa susah. Takpa, slow2.

2) Ketika berwuduk, kita baca la doa untuk setiap anggota wuduk. Baca melayu pun takpa dalam hati. Kat sini saya kongsikan link untuk kita manfaatkan sama2. (http://bacabaca-doa.blogspot.com/2018/04/bacaan-doa-doa-membasuh-anggota-wudhu.html?m=1)

3) Setiap hari kita mesti akan basuh baju tapi kenapa kita tak boleh basuh sejadah kan. Saya pun tak pernah basuh sejadah semenjak start solat. Kalau sejadah ada 1 helai je kat bilik, memang yang itu je la saya pakai sampai la ada yang terburai benang. 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun tak berbasuh. Allah, bayangkan la. So, lepas ni rajin2 la kita tukar sejadah tu. Basuh sebulan skali ke. Ni cuma nak bagi rasa semangat untuk solat.

4) Dekat permukaan sejadah tempat kita sujud tu, cuba semburkan perfume atau minyak atar kita calit2 kan. Kalau pewangi yang mengandungi alcohol, saya baca ada pendapat kata tidak mengapa sebab alcohol yang dalam perfume itu bukan dalam arak yakni tidak memabukkan. Ini untuk bagi rasa selesa bila kita solat. Rasa seronok tau bila nk sujud sebab wangi je. Saya dapat idea ni dari seorang vlogger yang suka beri kata motivasi. Tak ingat episod yang mana satu. Tapi tips ni memang useful. Lagipun, perfume kat rumah banyak tapi tak luak pun. Buat apa nak sayang perfume tu sebab kalau 2, 3 sembur tu tak terus habis pun.

5) Yang ni saya khususkan untuk wanita, kalau boleh basuh la telekung setiap bulan. Kita dah diberi kelebihan dapat cuti, basuh la telekung tu dan semburkan la pefume jugak dekat anak tudung dan telekung tu. Kadang2 bau telekung masam sebab rambut basah memang buat kita rasa tak selesa nak solat. Cuba bayangkan kalau tetamu datang rumah dan kita bagi dia pinjam telekung, tak ke segan kalau dia bau telekung kita bau masam? Yang lelaki pun sama, calit la wangian sebelum nak solat.

6) Setiap wanita mesti ada masalah keputihan. Dalam hal ini, saya sarankan pakai panty liner sebab senang kita nk buangkan and pastikan yang pakaian kita tu suci daripada najis.

7) Solatlah di awal waktu. Cuba lah sehabis baik jaga waktu solat itu ibarat anda nak pergi meeting dengan bos atau client. Kalau terlewat nanti kena marah. Kalau lambat datang kelas, kena marah pastu dah ter lepas point2 yang penting dlm kelas. Percayalah, kalau solat di awal waktu, memang kita rasa macam lama je masa berjalan.

8) Seterusnya, fahamkan bacaan dalam setiap solat. Yang ini jugak membantu sbb bila kita faham maksud bacaan, secara tak langsung kita akan lebih fokus dan tak akan sembahyang dengan gopoh macam roket. kita pun akan lebih menghayati solat kita. In Shaa Allah, ini dapat elakkan diri dari khusyuk kita terganggu sebab time solat la baru kita teringat mana kita letak brg yang kita cari tu la, lupa rakaat ke berapa dah. Jadi, cuba lapangkan masa baca maksud bacaan tu berulang2 supaya kita pun mudah ingat.

9) Lepas solat, cuba ambil masa untuk berwirid dan berzikir. Seeloknya kita amalkan dan jgn la terus berdoa. Lagipun, kita jarang2 nk berzikir waktu free time. So, why not setiap kali lepas solat kita berwirid dan berzikir. Dapat jugak pahala. Takde la nmpk mcm kita sombong dengan Allah.

10) Cuba displinkan diri untuk baca Al-Quran setiap kali lepas solat. Satu muka pun jadi la kalau malas sangat. Baca confession, gosip2 rajin plak kan walaupun bersambung, hahha. Then, pagi lepas subuh dan selepas asar, baca al-mathurat. Baca al-mathurat ni pun merupakan salah satu zikir.

So, setakat ni sahaja perkongsian saya. Harap dapat la beri manfaat kepada anda semua. Ini cuma sekadar usaha saya untuk nampak elok bila nk menghadap Allah. Nak mendapat kesempurnaan solat bukan la mudah tapi In Shaa Allah usaha kita tu Allah nilai. Wallahualam…

– Cik Solo

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *