Menjaga Maruah Diri Bermula Dengan Niat di Hati

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin jika post ini tersiar. Nama samaran aku Ra’i. Aku pembaca tegar dan sekali sekala menulis sedikit cerita kehidupan disini atas pelbagai nama.

Kali ini, aku tertarik untuk menulis kerana rasa jelik dengan confession yang bangga dengan dosa.

Sejujurnya aku sangat takut untuk menghukum dosa orang lain kerna belum tentu aku satu masa kelak mampu mengharungi ujian yang mungkin tertimpa dek kerana kata-kataku sendiri.

Semoga tulisan ringkas ku disini dapat memberi manfaat untuk ramai gadis-gadis diluar sana.

Aku berusia penghujung 20an, cukup semua luarannya. Pendek kata aku boleh memilih jalan kehidupan yang mudah untuk mencari duit dengan cara menjual diri-cari sugar daddy, jadi model atau influencer.

Aku maksudkan dari segi yang negatif lah yer. Tapi, aku dari awal berniat untuk elak semua jalan mudah itu dan semoga aku konsisten.

Seawal remaja lagi aku rajin membaca artikel ala-ala confession dalam majalah remaja. Pasti ramai seusia ku tahu majalah ini.

Aku ketika itu sangat rajin membaca tentang kisah gelap orang lain yang memberikan banyak ped0man dalam hidup aku. Pattern kehidupan yang sama, dari suka, cinta, sayang dan akhirnya terlanjur.

Takpun mangsa r0g0l. Ataupun mangsa tipu daya rakan. Ketika itu, di usia 11 tahun itu, aku mula risau akan masa depan aku. Adakah jika suatu masa depan kelak, aku akan jatuh di jurang kasih buta yang sama?

Diusia itulah aku berniat untuk menjaga diri aku sebaik mungkin. Bukan sekadar berniat, malah hingga kini aku berdoa agar dijagakan maruah diriku, agar dididik hatiku untuk mengawal nafsu perasaan aku.

Aku pernah bercinta, pernah dipancing untuk ke kancah dosa, tapi berkat niat tulusku, usahaku dan semestinya kerana rahmat Allah, aku dilindungi dari menjatuhkan diri sendiri.

Hatta kini aku dalam perhubungan percintaan, aku selitkan doa perlindungan maruah diri untuk aku dan juga si dia. Sungguh aku takut dengan jiwa mudaku yang dambakan kasih kekasihnya.

Lagi sungguh aku paksa jiwaku agar takut akan murka-Nya. Aku ingatkan diriku akan kesan-kesan jika aku mencemari maruahku sendiri. Akan kesan-kesan terhadap susur-galur keturunanku.

Kita semua insan yang tidak lari dari melakukan dosa termasuklah aku jua.

Namun demikian, aku berasa sangat… Benci dengan orang yang bangga akan dosanya. Bangga buat dosa, bangga dapat suami yang baik, bangga rezeki mencurah dalam dosa-dosa.

Ramai lelaki dan perempuan baik di luar sana sedikit sebanyak rasa terhina dan jelik dengan confession bangga buat dosa ni. Taubat yang diterima Allah bukankah aib yang telah ditutupkan sehabisnya?

Janganlah fitnah orang-orang lain yang suci dirinya. Jangan romanticised, normalised atau justified setiap dosa hitam itu okay dalam masyarakat.

Tapi itulah, mungkin disebabkan nature confession itu sendiri perlu berbaur dirty confession maka barulah ianya satu confession?

Aku rindukan clean confession. Tolonglah orang-orang yang banyak pengalaman hidup yang wajar dikongsi pada anak muda sila kongsikan pengalaman hidup anda.

Pastinya tulisan aku ni ada yang menusuk jiwa-jiwa. Maafkanlah aku ye.

– Ra’i (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *