Menjaga Mulut

Assalamulaikum w.b.t.

Andai kata luahan ini disiarkan, semoga ianya membawa manfaat untuk kita di dunia dan di akhirat kelak. Amin. InsyaAllah.

Tajuk aku menjaga mulut. Menjaga mulut daripada bercakap yang sia sia baik di alam nyata mahupun socmed (social media). Buat yang terasa, maaf. Andai kata teguran ni membuat diri diri terasa, ambil lah sudut positif.

Two days ago, aku ternampak satu post yang agak sensitif. Aku tak mahu cakap tajuk apa. Kerana amat sensitif. Aku baca article tersebut. Seperti biasa, aku akan membaca comments netizen juga. Aku rasa terkaku. 80% comments tersebut ibarat orang yang tiada iman, tidak waras. Komennya sangat menghina. Mungkin aku perlu tunjukkan contoh ayat so korang akan faham.

“Perempuan macam ni an*****! Dah kena teb** pun masih tak mahu mengaku before kahwin”

“Perempuan murahan! B***”

dan banyak lagi. Istighfar aku membaca.

Sebenarnya benda ni sudah lali kan? Setiap kali post, akan ada comment2 yang sangat menjijikkan. Bagi aku mencarut sudah jijik. Bagi akulah.

Actually, bila kita nak bercakap, pastikan kita tahu hal sebenar 100%. Jangan hanya dengan membaca article, dia terus lincah menaip. Menaip yang positive tak apa, kalau menghina? Sebab itu ada kata kata “diam itu lebih baik daripada berkata” sebab inilah. Takut kita menjadi over. Walhal, kita tidak tahu hal sebenar. Kita kena menjadi adil. Kita tak boleh percaya satu pihak (socmed), kita kena tanya tuan punya badan juga. Adilkah kalau ditakdirkan suatu hari nanti, cerita kita disebarkan dan orang terus menghakimi? Renungkan.

Kadangkala orang yang terlibat dalam sesuatu hal tu, baca comment2 kita. Boleh jadi dia trauma dengan masyarakat sehingga membunuh diri sedangkan dia telahpun taubat dan insaf dari perbuatan tersebut. Fikirkah kita? Simpanlah kata kata negative. Mendoakan lebih baik.

Oh ya, aku ada baca ayat Quran yang menunjukkan kita tak boleh mencemuh orang lain walaubagaimana sekalipun;

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat, 11.

Jelaslah di sini, di mana pun kita berada, sama ada sedang berbual di hadapan shopping mall bersama kawan, atau semasa ingin comment sesuatu di instagram, kita dilarang mencemuh dan menghina orang lain. Jika ingin menegur, menegurlah dengan penuh hikmah. Sebaiknya kalau nak tegur, kita direct message je. Percayalah, boleh jadi orang yang kita hina, menjadi lebih baik daripada kita.

Bahkan Saidina Umar Al Khattab berkata, sometimes people with the worst past, create the best future.

Bercakaplah yang baik baik. Mendoakan jika perlu. Elakkan diri dari mengumpat juga kerana,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat, 12.

Semoga penulisan aku kalini memberi manfaat. Sama samalah kita menjaga mulut yang Allah hadiahkan, sama samalah kita menjaga diri daripada menghina dan mencemuh insan lain. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita. Amin.

Assalamualaikum!

– D.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit