Menjaga Nenek, Tanggungjawab Cucu Ke?

Salam, nama saya Fara berumur 35 tahun. Saya ada 6 orang adik beradik, dan diantaranya masih bersekolah rendah.

Saya nak meluahkan pasal makcik dan pakcik saya yang selalu anggap kitorang ni (adik beradik saya) untuk jaga nenek yang bedridden.

Bapak ada ada 4 orang adik beradik. Bapak saya yang sulung. Dan yang paling muda adalah lelaki berumur 37 tahun (lebih kurang umur saya je).

Saya tinggal di ibukota, bersama sama mak, bapak, dan adik beradik yang masih bersekolah. Itu adalah rumah saya. Mak bapak saya tak ada rumah.

Semasa kami semua kecil, kami hidup menyewa sehingga saya dah bekerja dan mampu untuk beli rumah, saya bawa mak, bapak dan adik adik tinggal bersama saya. Saya pun belum berkahwin.

Bapak saya pernah duduk berasingan dengan kami sekeluarga demi jaga ibunya iaitu nenek saya di kampung selama dua tahun.

Tapi lama lama saya minta untuk bapak saya pulang ke rumah sebab adik saya masa tu masih kecil. Masih berumur 4 tahun yang saya rasa sangat sangat perlukan kasih bapa.

Mak saya tak ikut bapak saya ke kampung kerana keluarga bapak saya ni jenis mulut longkang. Asyik tuduh mak saya mengikis bapak saya. Bapak saya tu apa pun tak ada. Nak kikis apa. Hahahahaha. Rumah pun tak ada, kereta pun tak ada, simpanan pun tak ada.

Mereka asyik cakap mak saya ni gemuk, bapak saya kurus sebab kena kikis. Cakap yang keluarga kami ni tak reti berjimat. Cakap keluarga kami ni duduk kl tapi tak kaya kaya. Macam macam lah lagi. So mak saya memang tak nak duduk kat kampung.

To cut it short, satu hari tu bila bapak saya decide nak duduk kl semula nak jaga anak dan bini sendiri, nenek terpaksa duduk dekat rumah makcik saya di rawang. So makcik saya jaga nenek.

Lama lama tu diorang macam tak puas hati cakap bapak saya lepas tangan taknak jaga nenek, cakap itu ini, cakap macam macam.

Cuma nya pada tahun ni, umur bapak saya dah 60. Makcik saya suruh juga bapak saya jaga nenek. Saya jadi bengang sebab bapak saya pun dah tak larat. Mak saya pun sakit yang perlukan operasi dialisis.

Saya bengang sebab saya ada pakcik yang berumur sebaya saya. Kenapa bukan dia yang jaga kalau makcik saya tak larat nak jaga?

Bila bapak saya cakap minta tolong pakcik saya yang itu, semua mengamuk sebab kononnya jangan kacau adik yang itu sebab masih muda, masih nak mula hidup. Aiiikkk dah 36 37 nak mula hidup apa???

Mereka suruh bapak saya ambik nenek, tinggal di rumah saya. Saya ok nenek nak tinggal sini, tapi saya rasa terbeban sebab mak saya pun saya perlu jaga.

Saya belum berkahwin, tapi saya kena jaga adik yang sekolah, mak yang sakit, lepas tu nak tambah nenek yang bedridden.

Saya umur 34. Tak fikir pula saya nak mula hidup ke apa ke. Pakcik saya yang 36 tahun tu boleh pula fikir nak mula hidup, dia masih bujang, dia susah nak jaga. Habis tu saya ni????

Saya serabut sangat sebab saya rasa makcik pakcik saya cuma nak lepaskan tanggungjawab mereka. Segala simpanan nenek beratus ribu semua dah habis dah mereka guna. Sampaikan saya terfikir, oh duit dah habis baru nak hantar sana sini nenek tu.

Bapak saya setuju nak ambik nenek duduk dengan kami. Saya tak setuju. Macam mana saya nak cakap dengan bapak saya ya. Ni rumah saya, saya rasa saya ada hak. Cuma saya taknak nampak macam saya ni teruk, taknak jaga nenek.

Masalahnya saya penat sangat. Saya balik kerja nak kena uruskan rumah, masak, itu ini. Mak saya memang bukan bedridden tapi dia tak larat, nak jalan pun kadang kadang perlu orang pimpin.

Saya memang tak suruh mama saya masak. Biar saya uruskan semua tu. Tapi bila tambah lagi sorang, saya lagi bertambah penat. Nak angkat, nak uruskan mandi setiap pagi. Nak tukar lampin. Saya serabut lah fikir.

Macam mana ni ya. Apa saya perlu buat?

– Fara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. byk cekadak makcik pakcik ko…mentang2 duit org tua tue da hbis ..mula la nk lps tgn….ko berkeras je la,nnti ko yg stress…mmg nmpk mcm kejam…tp ada ke org fkir ttg ko…

  2. berkeras awak..byk cantik dh kikis duit nenek xmau jaga nenek plak..awak ckp tu rumah awak..awak x izinkan..makcik gn pakcik umur 37 la kena jaga..dia x kawen lagi suh dia la jaga. nk start hidup apa umor mcm tu..klo makcik pakcik xnk jaga awak ckp je hntr rumah org tua,,makcik pakcik nti tua pon korg nk hntr makcik & pakcik ke rumah org tua juga

  3. Gaduh depan2 sis. Diorg berani pijak kepala sebab ayah kau senyap. Kau ajak ayah panggil semua pak cik mak cik kau yg bebal tu sit sama2.

    Kau dgr dulu je diorg nak mengelat apa. Lepas tu kau counter la cara bijak dgn fakta. Diorg nak ungkit terpaling jaga nenek. Kau ungkit balik ayah kau pun pernah jaga masa dia sihat dulu. Diorg ckp pak cik kau yg dah tua bangka umo 36 tu baru nak hidup. Kau ckp balik celah mana umo 36 baru nak mula hidup. Kecuali biawak menyusahkan.

    Kau terpelajar… counter je balik dgn logik akal sampai diorg senyap. Tunjuk komitmen kau. Nak jaga ayah, mak, adik2 lagi ni nak tambah nenek lagi. Tambah kau tu perempuan. Yg pak cik kau tu dah kenapa? Lelaki ke pondan nak berkira sgt tenaga. Ye ayah kau pun lelaki tapi dah ayah kau sendiri pun sakit.. mcm mana dia nak jaga nenek kau pulak. Cakap direct dgn pak cik tu. Tak payah cover dah. Cucu yg lain mana? Ke semua baya adik2 kau jgk.

    Dah kalau semua tak nak jaga.. mintak tong2 nak hantar nenek rumah kebajikan. Situ ada org tolong jaga. Tinggal sedia duit je. Buat auto debit. Tak ada duit gilir2 la jaga. Time ada duit tak ingat dunia.

    Make sure discussion semua tu kau record. Dealing with org bebal ni mmg kau kena pakai cara kuku besi. Sebab diorg bukan paham bahasa pun.

  4. Berkeras sis. Cakap straight to the point terus. Sbb sy pernah alami. Jaga nenek sy 3 mggu kat hospital, just gilir2 dgn mak sy je. Yg lain byk alasan sakit la itu la ini la. Nak x nak sy terpaksa jaga sbb kesiankan mak sy kene jaga sensorg. Tp bila meninggal masing2 ewah2 mulut bercerita dgn org kg mcm dorg yg jaga. So better je ckp xnak terus dri sakit hati sakit badan…

  5. Cakap boleh nak bawa nenek tinggal sekali tapi… setiap makcik-pakcik tu kena menyumbang RM sekian setiap bulan selama hayat nenek melalui bank transfer. Create 1 WA group untuk tujuan pelaporan. Tujuan RM tersebut adalah untuk menggajikan pembantu rumah khas untuk jaga nenek. Cthnya minimum RM1500 bahagi 3 = RM500 je untuk setiap makcik-pakcik. Puan rumah kira menyumbang dari segi tempat tinggal dan makan minum. Klu nak berkira, meh kita senaraikan sewa bilik berapa, adult diapers & bed liners berapa, makan katalah RM30 sehari utk 3 meals (ni pakej dihidang)… cer sebut kepada makcik-pakcik tersebut. Eh, jgn lupa minta advance payment utk 4 bulan sekurang2nya sebagai deposit dan tanda setuju agar tiada siapa yang boleh lepas tangan!

  6. Percayalah, spesies manusia macam makcik pakcik awak tu…bila nenek dah tiada, diaoranglah terpaling overclaim menjaga nenek awak.
    Memang penat nak jaga orang sakit ni, dah pernah lalui waktu jaga MIL. Dah 2 tahun MIL saya meninggal, sampai sekarang hidup saya tak dapat kembali ke asal. Masih tak dapat tidur malam sebab dulu selalu terjaga malam asbab MIL. Stres masa jaga tu tak dapat nak cerita macamana. So, awak have right untuk katakan ‘tidak’.

  7. Bapak anak sulung lelaki jadi memang tanggungjawab dia ya untuk jaga nenek. Tapi itu rumah ko dan ko pon ada mak sendiri yang perlu dijaga, jadi seeloknya bapa jaga nenek di rumah nenek di kampung. Jadi win win situation. Sepatutnya mak dan adik kecil kena ikut suami balik kampung. Tapi mak pon tak sihat jadi ujian berat untuk ayah ko. Terpulang pada ko pulak macam mana nak ringankan beban ayah ko dengan tolong jaga emak dan adik, sama ada nak benarkan ayah jaga nenek kat rumah ko atau ayah kena jaga nenek kat kampung.

    • Mak dia pun x sihat..nak kena buat dialisis. Kalau duduk kampung dah 1 hal pulak bapak dia nak jaga diri sendiri yang tak berapa sihat, mak dia yg tak sihat, pastu nak jaga pulak bini tak sihat dengan anak2 lagi

  8. Tanggungjawab jaga mak bapak bukan khusus utk anak sulung je. Masalah org kita selalu ingat anak sulung yg utama kena jaga. Walhal tanggung jawab tu terletak samarata pada semua anak2 samada laki2 atau perempuan

  9. teringat kes arwah tokwan sy sakit , adik beradik abah sy ada 10 orang , semua pakat lepas tangan bagi mak sy jaga , dengan alasan rumah kami plg dekat dgn rumah arwah tokwan , so tokwan lg selesa..masa pkp brp tahun, semua full mak abah sy jaga , lepas pkp sorg pun taknak ambik..

    sy up status ceramah”psal jaga ibu bapa ketika tua” , semua pakat terasa dan gaduh cakap kami berkira , masa tu mmg lantak lah gaduh masam muka semua , abah sampai marah sbb buat mak2 sedara terasa hati..sy tak kisah , sebab mak sy yg jaga lebih dari abah jaga tokwan.

    start dari situ baru dorg pakat2 ambil jaga..skrg kami dah berbaik , tokwan pun dah meninggal.

    kesimpulan dia , tak puas hati cakap je , jgn pendam..end up kita jadi mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *