Assalamualaikum. Berkeadaan topik “lelaki dan menjaga pandangan”
Semua orang tengok benda ni secara simple sebab cara hidup kita bukan bersandarkan pada agama betul-betul. Sedangkan islam not just a religion,it is a way of life. Betapa pentingnya agama islam sebenar-benarnya dalam hidup seseorang. Kerana kita hamba Allah bukan hamba dunia. Remember that! Jadi, apa yang Allah wajibkan, kita haruslah patuh. Ingat, sokongan minoriti dan majoriti tidak akan sesekali dapat menentukan ia sebagai dosa atau pahala.
Okay berbalik pada tajuk. Saya bukan nak point satu pihak sahaja iaitu lelaki tetapi dua-dua sekali lelaki dan perempuan. Lelaki sangat popular dengan istilah “menjaga pandangan” manakala wanita popular dengan istilah “menutup aurat”. Ye, dua-dua pihak patut tutup aurat dan menahan pandangan sebenar-benarnya bukan satu pihak sahaja.
Firman Allah S.W.T:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(Surah An-nur ayat 30)
Firman Allah S.W.T:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-nur ayat 31)
Tapi, harini saya nak bahas tentang topik menjaga pandangan. Ramai orang tutup aurat sebab takut dirinya dapat dosa.Ya,itu betul dah. Tetapi, tak ramai tutup aurat sebab fikir “taknak bagi orang yang tengok aurat kita dapat dosa,kesian dia sebab saya dosa dia bertambah”. Memandangkan, kita langsung tak fikir pasal orang. Sebab kita mungkin kurang rasa cinta sesama insan beragama islam. Kita hanya mementingkan diri kita sendiri. Hampir semua orang ada instagram termasuklah baby yang baru lahir sehari. Esok lahir, lusa dah ada instagram. Begitu media sosial telah menguasai hidup kita semua tanpa kita sedar. Berkenaan apa yang kita post. Ada yang post gambar orang lain sesuka hati yang menampakkan aurat sebab fikir “takpelah, dia memang tak tutup aurat pun dekat luar, apa keutamaan aku untuk jaga”.
Ya, memang dia tak tutup. Tapi,tidakkah awak terfikir apa yang awak post, awak akan tanggung. Kalau aurat dia ternampak walau sedikit, awaklah yang akan tanggung dosa dia walaupun awak “tutup aurat dengan begitu sempurna”. Bukan sama sahaja yang awak sedang lakukan iaitu menggundang dosa. Astaghfirullahaladzim. Memanglah dunia akhir zaman, jarang jumpa lelaki yang betul-betul beriman. Jadi, bantulah para lelaki untuk mengurangkan dosa mereka. Bantulah mereka untuk menundukkan pandangan. Memang sukar untuk seseorang lelaki menjaga pandangan disaat akhir zaman ini. Jika saya dilahirkan sebagai seorang lelaki, entah saya mampu atau tak. Allahu. Sebab jarang jumpa perempuan yang betul-betul menitik beratkan soal aurat di luar sana. Ya, memang ada tetapi 1 dalam 1000. Sebab tak betul-betul faham soal aurat. Tetapi, hanya tahu semata-mata. Sebab tu, wujudnya golongan naqibah zaman sekarang pakai purdah dah elok dah tetapi aurat lengannya fail dan siap pakej tabarruj lagi. Astaghfirullahaladzim.
Jangan hanya fikirkan diri kita sahaja. Sebelum post, tengok dengan betul-betul terlebih dahulu. Bantulah para lelaki dalam mengurangkan dosa. Dan jangan kerana bisnes semata-mata, awak sanggup post gambar orang yang auratnya terbuka. Niat tidak menghalalkan cara. Kelak merana di akhirat. Astaghfirullahaladzim. Janganlah pentingkan diri sendiri, fikirlah juga pasal orang lain.
Dan terima kasih sebab sudi publish. Terima kasih sangat. Moga Allah dapat membalasnya. AllahuAkbar.
– Ingat Allah sentiasa.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit