Menjaga Salasilah Keluarga

Assalamualaikum semua, terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya ini.

Nama saya Siti Sumayyah, adik kepada seorang lelaki yang suka menyebarkan aura positif dalam IIUMC ini. Saya dilahirkan dalam kalangan abang – abang yang baik dan bertanggungjawab terhadap adik perempuan mereka. Saya juga sudah ketiadaan kedua – kedua orang tua sejak dari usia 7 tahun lagi.

Tujuan saya confess ini untuk berkongsi bagaimana cara keluarga kami dulu dalam usaha mencari imam – imam buat kami anak perempuan. Apa yang kami usahakan ini mengikut apa yang diwariskan oleh kedua – dua arwah abi dan arwah ummi dulu. Kerana sebelum mereka meninggal, mereka ada meninggalkan pesanan buat diri anak – anak mereka.

Pertama, kata arwah abi dulu. Jika kamu semua mengimpikan sebuah kejayaan di dunia dan juga akhirat. Mohon tinggalkan dunya sebelum meninggal dunya. Kedua,kata arwah ummi dulu. wahai anak-anak ummi, ketika hidup di dunya ini. Jadilah apa sekalipun yang kamu nak jadi tapi jadilah sepertimana yang Allah mahu.

Kami cari lelaki yang dahulukan akhlak yang baik sekalipun mempunyai kefahaman dalam agama walaupun kurang.

Ada agama tapi kurang ini kami boleh kompromi. Kami juga bagi peluang supaya mereka tambahkannya dengan menuntut ilmu. Dalam waktu yang sama kami juga tidak meletakkan bebanan nilai mahar yang tinggi pada mereka kerana adik dan akak perempuan kami nilai mereka hanya bawah 2k iaitu dari 300 – 1.7k sahaja serta tanpa hantaran. Jadi bila mereka pulang tak perlu nak pikirkan bagaimana nak cari duit yang banyak tapi hanya usahakan supaya pergi menuntut ilmu ugama

Suami dan abang ipar saya dulu semuanya kena lalui 2 fasa sebelum diijab kabulkan.

1. Fasa imtihan ini kena jawab soalan feqah sebanyak 20 soalan.

Antaranya :

♡ Batasan aurat

– aurat lelaki
– aurat perempuan
– aurat dengan adik beradik lelaki
– aurat dengan adik beradik perempuan
– aurat dengan ibu bapa

♡ Batas Ikhtilat

– ini hanya pertanyaan hukum wajib, harus atau haram mengikut persekitaran.

♡ Tabarruj

♡ Wangian

♡ Solat

– Syarat sah solat
– Rukun solat
– Kesempurnaan solat

♡ Hukum Tajwid

♡ Taharah

– Najis
– Mandi wajib
– Darah haid
– Darah nifas
– Darah istihadah

♡ Tanggungjawab suami terhadap isteri

– Nafkah zahir
– Nafkah batin

Sebagaimana dinyatakan diatas jika tidak mampu jawab dengan semua soalan. Akan diberikan kompromi supaya bila pulang dari majlis meminang itu hendaklah pergi menuntut ilmu agama. Juga akan dibekalkan dengan 3 buah kitab iaitu tajwid, taharah dan fiqh wanita. Ya memang kami suka keluarkan duit untuk diri kami. Sebab kami memilih lelaki bukan semata – mata untuk berkahwin tapi lebih kepada menjaga dan membimbing kami untuk ke syurga.

Dalam fasa imtihan ini hanya 2 individu sahaja dapat keputusan mumtaz. Seorang lagi diberi peluang supaya tambahkan ilmu agama selepas proses meminang.

2. Fasa kajian ini abang saya yang akan turun ke kampung mereka untuk kaji diri mereka berdasarkan adik – adik mereka, kawan – kawan mereka dan orang kampung mereka. Sebelum kami tetapkan tarikh pernikahan. Kami akan kaji diri mereka dalam beberapa bulan .Kajian ini menekankan nilai akhlak dalam diri. Jika keputusan kajian tidak memuaskan tali pertunangan yang terbina akan terputus. Perkara ini telah kami terangkan ketika majlis pertunangan.

Lelaki yang kami pilih hanya berdasarkan 2 perkara sahaja. Pertama diri mereka mempunyai nilai akhlak dan nilai agama yang tinggi. Berharta, poket tebal dan berjawatan itu kami tolak tepi kerana semua itu bukan penentu kebahagiaan dalam rumahtangga. Apatah lagi kekayaan dan kemewahan ini datangnya dari Allah melalui RahmatNYA.

Contoh abang ipar pertama kami. Ketika dia masuk meminang akak kami dulu hanya bekerja sebagai kitchen assistant. Kami menerima dia kerana dia seorang yang rajin bekerja, rajin menelaah kitab agama di masjid dan seorang yang peramah. Selepas 4 tahun mereka berkahwin dia telah dapat tawaran bekerja sebagai chef dekat hotel. Abang ipar kedua kami, selepas 2 tahun dia grad master in engineering terus dia masuk meminang akak kami. Walaupun ketika itu dia hanya bekerja sebagai coolie dekat petronas pump station. Tetap kami menerima dia kerana dirinya itu seorang yang baik dengan adik – adiknya, berjaya menyokong dan mendorong adiknya yang autism untuk mengapai degree seni rekabentuk ( animasi ) kelas kedua serta berjaya untuk dapatkan keputusan mumtaz dalam imtihan.

Selepas 3 bulan mereka berkahwin dia pun telah dapat tawaran bekerja sebagai process engineer dekat petrochemical plantation. Suami saya, ketika dia masuk meminang saya dulu. Dia hanya bekerja sebagai seorang peniaga buah tamar dekat pasar dan seorang guru al quran dekat rumah. Selepas kami berkahwin tahun lepas. Pada awal bulan 1 hari itu dia telah dapat tawaran bekerja sebagai al quran teacher dekat sebuah sekolah menengah agama. Kami terima dia disebabkan dia seorang yang peramah, rajin bekerja, dan seorang yang faqih dalam agama.

Apa yang kami usahakan ini juga berpandukan hadith Nabi akhir zaman.

إذا خطبَ إليكم مَن ترضَونَ دينَه وخلقَه ، فزوِّجوهُ إلَّا تفعلوا تَكن فتنةٌ في الأرضِ وفسادٌ عريضٌ
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر:صحيح الترمذي – الصفحة أو الرقم: 1084
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح

Maksudnya: Jika masuk meminang seorang lelaki yang kalian reda keagamaannya dan akhlaknya, maka hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kalian tidak lakukan, pasti akan berlaku fitnah di dunia dan kerosakan besar.

Hadis riwayat Al-Imam Al-Tirmizi, No. 1085. Dinilai Hasan Sahih oleh Al-Albani.

Ertinya, wanita mesti pilih 2 sifat utama pada bakal suaminya. 2 sifat ini adalah beragama dan berakhlak.

Kenapa 2 sifat ini? Kerana suamilah yang wajar mengepalai keluarganya. Justeru, di samping keagamaan yang baik, suami amat-amat memerlukan akhlak yang mulia.

Sebagai pemimpin, suamilah yang kena melayan karenah isteri dan anak-anak. Jika suami kurang berakhlak maka rosaklah keluarganya. Kemungkinan besar si suami ini akan mengabaikan tanggungjawabnya. Kemungkinan besar juga dia akan menzalimi isteri dan anak-anaknya. Kemungkinan besar lagi dia akan jadi dayus.

Ingatlah! Nabi salalahu alaihi wasallam menjelaskan baiknya seorang lelaki itu adalah bila dia baik kepada isteri dan keluarganya:

خيرُكم خيرُكم لأهلِه وأنا خيرُكم لأهلِي
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: الألباني – المصدر:صحيح ابن ماجه – الصفحة أو الرقم: 1621
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang baik kepada ‘ahli’nya (isteri dan keluarganya).”

Hadis rwayat Al-Imam Ibnu Majah, No. 1621. Dinilai sahih oleh Al-Albani.

Tuntasnya, lelaki akan menjadi baik bila dia baik dengan Tuhannya. Ini tidak mencukupi, kerana sebagai manusia, lelaki mesti juga berbuat baik kepada manusia lain. Dan manusia yang paling perlu dilayan dengan baik oleh lelaki, selepas ibu dan bapanya; adalah isteri dan keluarganya.

– Anok Arwoh Pak Lebai

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *