Salam semua buat pembaca IIUMC yang budiman sekalian.. Sejujurnya aku semakin meluat dan menyampah dengan sikap dan kekasaran adik beradik aku ni..
Memanglah kita dianjurkan menjaga ukhwah lebih2 lagi sesama saudara sedarah sedaging.. Tapi mereka semua umpama memusuhi aku dan seolah2 terpaksa melayani aku.. Semuanya gara2 aku pernah terlajur dan mempunyai anak tidak sah taraf..
Sekarang aku dah kawin.. Jodoh kami bertemu sewaktu aku berada dipusat pemulihan akhlak..
Suami aku datang berjumpa dan meminta izin dengan penjaga dipusat tersebut untuk mencari bakal isteri.. Dan penjaga tersebut pun pernah memaklumkan hal ini kepada kakakku dan kakakku telah memaklumkan kepada ibubapaku..
Jujurku katakan.. Kalau bukan kerana suami yang setia menerima kekurangan diri disaat yang lain melantarkan aku, mungkin aku pun tiada arah tempat untuk dituju.. Sakit, perit nak terima..
Adik beradik yang membesar bersama2 sanggup menghamburkan kata2 makian dan cacian pada aku dan anakku..
Aku tak kisah jika hanya aku yang dihina dan dikutuk, tapi janganlah anakku.. Dia tak bersalah.. Memang pada mulanya aku ingin menggugurkan nyawa yang ada dirahimku, tapi ada sesuatu seolah2 menghalang aku untuk meneruskan semua itu..
Mungkin takut mati dalam keadaan hina mungkin.. Aku juga terfikir, kalau aku mati sewaktu menggugurkan janinku berbaloikah??
Usai aku melahirkan begitu senang mereka meminta aku serahkan anak itu pada keluarga angkat.. Mana mungkin seorang ibu yang telah mengandung dan melahirkan itu sanggup berpisah dengan anaknya.. Bahkan mungkin aku akan gila jika aku membiarkan perkara itu berlaku..
Selepas aku berkahwin dan keluar dari pusat itu, boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja mereka datang melawat aku dan anak2.. Ibu dan bapaku pula hanya datang sekali sahaja itupun ingin melawat aku dan cucunya setelah melahirkan anak kedua aku dan suamiku..
Aku pernah hampir meroyan ketika dalam pantang emosi ku sangat berkecamuk dek berbagai2 kata2 yang kononnya bagi mereka mungkin berbentuk nasihat, tapi begitu menghiris hati dan perasaan bagi yang menerima..
Mujurlah aku didatangi mentua dan ipar serta biras yang penyayang dan memahami.. Mereka menatang anak2 aku dengan penuh kasih sayang..
Katakan saja apa anakku mahu, baju, botol susu, mainan, makanan pun mereka pernah beri padaku.. Aku pun jarang belikan baju pada anak2ku kerana mereka sangat2 suka melayani anak2ku..
Alangkah seronoknya jika keluarga dan adik beradikku tidak melihat masa silamku itu sebagai suatu titik permusuhan.. Sedangkan orang luar pun boleh sayangkan anak sedara dan cucu mereka seikhlas hati tanpa berbelah bagi, mengapa tidak mereka??
Yaa, memang waktu penyembuh segala duka, tapi masa juga adalah sebuah perjalanan kedukaan itu sendiri.. Sakit tu hanya tuhan yang tahu..
Suamiku pernah berkata “Adik beradik hanya tempat kita untuk membesar, bila dah besar, mereka bukan milik kita lagi.. Haluan kita berbeza lagi2 bila berumahtangga..”
Itu tidak dinafikan.. Tapi sekarang sedaya upaya aku cuba untuk mengambil hati mereka.. Beri mainan buat anak sedaraku yang seusia anak keduaku.. Ditolaknya mentah2 atas alasan katanya membazir.. Sumpah, aku buntu.. Apa aku harus bagaimana lagi untuk jernihkan kembali hubungan ini??
Mau kakak aku ke, adik aku ke, semua bicaranya kasar sama aku.. Sehina itukah aku dimata mereka?? Sampai bila harus begitu?? Waktu itu tidak sentiasa menunggu kita.. Mungkin suatu saat aku yang pergi dahulu.. Jadi, apa salahnya jika aku diberi peluang untuk tebus kesilapan lalu??
Tiada pendosa yang tiada masa depan, dan tiada pula pengamal yang tiada masa silam.. Bezanya, aib ku Allah perlihatkan didunia dek kerana dosa aku yang lalu.
Andainya aib itu boleh tercium seribu batu, aku yakin, bumi ini tiada lagi keharumannya.. Kerana disirami busuknya keaiban.. Dan aku percaya, balasan aku dapat didunia ini ada asbab keringanan hukuman aku disana nanti.. Inshallah..
Buat ibuku, aku tidak sesekali membencimu.. Melihat ibu lebih menyenangi cucunda yang lain, melayani “Craving” anak2 lain yang mengandung, meski waktu itu juga ada cucumu dirahimku..
Tidak juga aku menbencimu meskipun tidak anakku dijemput pulang ke kampung halaman sedang cucunda yang lain diajak pulang ke kampung halaman tercinta..
Meski hati ini tersangatlah rindu ingin menatap wajahmu dan berbicara denganmu, merasai air tanganmu, merindui bebelanmu, ku tahan jua demi hormatnya permintaanmu agar tidak pulang ke kampung halaman demi menjaga aib keluarga..
3 tahun, suatu tempoh yang amat sukar dalam hidupku.. Buat yang sudi membaca luahan ini sehingga habis, terima kasih ku ucapkan.. Doakanlah agar kekusutan antara keluargaku segera terlerai, sebelum ada diantara kami dijemput ilahi..
Sungguh, perpisahan yang menyakitkan adalah perpisahan dengan kematian, yang tidak akan ditemui lagi saudara kita, melainkan memori2 yang menjerumuskan kita kepada mereka sewaktu pernah bersama..
Aku tidak benci, aku bukan tidak suka, cuma hati terlalu sakit untuk terima kenyataan, aku dimusuhi, dipinggirkan, dipulaukan, dilantarkan tanpa bertanyakan khabar berita..
Diperli2 itu biasa, dihina2 itu biasa, dimaki2 itu juga sudah biasa.. Namun, disayang2 itu sekarang umpama suatu medan mimpi buatku..
Jadi persoalanku sekarang, adakah harus aku terus menjaga ukhwah ini selaras dengan nasihat ayahku “Kalau bukan kita adik beradik nak tolong sesama adik beradik, takkan ada orang luar nak tolong kita.. Lagi orang pandang kita ni lekeh..”
Ataupun menjaga hati sendiri yang sememangnya sekarang sedang menunggu waktu untuk berkecai, dan berderai rentaknya seribu?? Sungguh aku sedang kebuntuan..
– Sya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit