Menjawab Cerita “Kisah Setahun Lalu”

Menjawab cerita,

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-setahun-lalu/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kisah-setahun-lalu-ii/).

Assalamulaikum, terima kasih kepada admin sekiranya menyiarkan kisah saya. Saya Puan Azura, (bukan nama sebenar) berusia 55 tahun, bekerja di sektor kerajaan, dan punya jawatan yang tinggi.

Mempunyai seorang suami yang muda setahun dari saya, dan suami juga bekerja dalam sektor yang sama, tetapi berbeza jabatan. Juga punya jawatan yang tinggi.

Salam puan Nasha. Kisah kita begitu banyak persamaan. Saya diuji dengan kehadiran orang ketiga ketika usia kami di akhir 40an.

Sedikit perjalanan cerita saya. Saya pernah dikurniakan anak namun, akibat kemalangan anak kami meninggal pada usia 2 tahun dan semenjak itu saya tidak dapat lagi melahirkan zuriat. Dikurniakan seorang suami yang begitu penyayang, yang bertanggungjawab.

Dalam tempoh saya mengalami kecacatan akibat kemalangan, suamilah yang menjaga saya, yang menghantar saya ke hospital.

Berulang alik dari Tapah ke Kuala Lumpur setiap minggu, berlanjutan sehingga 5-6 tahun kerana saya perlukan rawatan susulan. Semuanya suami yang uruskan.

Puan Nasha, kita diuji apabila kita merasakan hidup kita sudah sempurna dan inilah milik kita. Saya pernah berbincang dengan suami berkenaan zuriat, suami mengatakan tidak apa, ada hikmah hidup berdua bersama.

Saya pula ketika itu sakit, begitu sayangkan suami tidak sanggup melepaskannya kepada sesiapa. Tapi sekarang, saya sudah sihat. Boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak, bersesuaian dengan usia saya.

Kisah bermula apabila saya mengetahui suami mempunyai hubungan di belakang saya bersama gadis yang pernah saya kenali. Saya kenalkan gadis itu sebagai Sara.

Hati saya sangat sakit Puan Nasha. Kemarahan saya memuncak apabila Sara meminta untuk menjadi yang kedua. Keadaan tidak terkawal, saya bertindak terburu-buru dengan memburukkan suami di hadapan keluarga saya & adik beradik suami. (Ibubapa kami berdua sudah meninggal).

Saya kesal kerana saya kenal gadis itu. Gadis yang saya kenal itu baik, berpewatakan menarik, bijak & punya kerjaya sendiri. Itu yang membuatkan saya lagi marah.

Apa yang diharapkan pada suami saya yang sudah meningkat usia? Saya keji Sara. Saya jadi hilang pendirian saya. Seperti juga Puan Nasha, tindakan saya drastik kepada suami. Saya mendesak dia buang Sara.

Jangan berani contact Sara, block di semua media sosial. Saya jadi paranoid. Tidak boleh tengok suami pegang hp. Gila. Saya hampir gila.

Saya malu. Saya malu dengan tindakan suami, tua tidak sedar diri mahukan anak dara, dan Sara, seperti perempuan terdesak tergila-gilakan suami saya.

Perasaan emosi saya berlanjutan hampir satu tahun. Saya dan suami dingin. Walaupun suami berjanji tidak hubungi Sara, dan tidak memilih Sara membuatkan saya rasa suami hanya ingin meredakan keadaan.

Jadi kesimpulannya kisah kita sama Puan. Tapi apa akhirnya yang saya dapat.

1. Petunjuk Allah. Saya sedar Allah jentik saya dengan ujian ini untuk saya mencari ALLAH. Saya berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH.

Suami katakan dia akan mengahwini Sara sekiranya saya izinkan. Allah, 20 tahun saya hidup bersamanya, akhirnya saya perlu berkongsi kasih sayang.

Saya banyak muhasabah diri, saya dengar ceramah, pelbagai sumber saya dapatkan pandangan, lama tempoh saya untuk menerima hakikat ini, saya mendiamkan diri- akhirnya petunjuk ALLAH ada mengizinkan suami saya mengahwini Sara. Kini usia perkahwinan sudah 4 tahun.

Hampir setahun lamanya saya membuat keputusan Puan Nasha, kerana ini melibatkan hati saya. kisah Puan sudah menjangkau setahun, namun belum dapat keputusan, tapi fikirlah.

Ke mana akhirnya nanti hidup kita sebenarnya Puan Nasha. Saya ketika itu pun sudah akhir 40-an. Saya fikir ALLAH jentik ujian ini untuk saya kembali kepada Dia. Puan Nasha, banyakkan istikharah.

Itulah yang saya buat. Selebihnya saya berserah. Saya juga tidak mahu suami tertekan, dan hidup saya tertekan. Saya nak cari bahagia. Dan cari bahagia adalah dengan cari pentunjuk dari ALLAH. Akhirnya hati menerima Sara.

2. Lebih bahagia- Puan Nasha, kali pertama saya melihat Sara, sungguh robek hati saya dilukakan oleh gadis muda. Seolah-olah dia inilah perosak rumahtangga saya. Saya benci. Namun, sikap Sara.

Sikap dia yang merendah diri dan pandai bawah diri bahawa dia akan menjadi nombor dua menyenangkan saya.

Puan Nasha, Sara mengandung selepas setahun suami berkahwin. Allah. Saya menangis, menangis saya rupa-rupanya kerana saya gembira suami saya dikurniakan zuriat dari darah dagingnya sendiri.

Kerana saya tidak lagi mampu berikan dia zuriat. Saya bahagia menumpang kebahagiaan si cilik, Aiman. Biarpun orang kata seperti cucu, namun kehadiran Aiman dalam rumah kami merubah segalanya. Aiman juga panggil saya ibu, Sara mummy. Kini Aiman sudah 3 tahun.

Bagaimana hidup poligami? Berat pada mulanya, tapi senang kerana sikap Sara yang banyak mengalah & suami yang bertanggungjawab. Sara tinggal jauh. Atas persetujuan untuk berkahwin, suami akan tinggal dengan saya, dan suami akan jumpa Sara apabila cuti sahaja.

Tapi, bila orang banyak mengalah dengan kita, saya juga jadi banyak mengalah dengan Sara, terutamanya ketika dia mengandungkan Aiman.

Lagipun bila giliran di sana, saya lebih santai di rumah, dan kuranglah tanggjawab untuk sediakan makanan dan sebagainya. Banyak saya meluangkan masa untuk diri saya. Yang selama ni, tidak pun saya fikir.

3. Kasih sayang suami makin erat- Puan Nasha, dalam pada hidup bermadu, percayalah suami masih sayangkan kita. Apabila giliran suami di rumah Sara, saya rasa begitu rindu dengan dia.

Tidak sabar menanti kehadiran dia. Walaupun usia begini, malu nak cerita, tapi saya tidak sangka berjauhan membuatkan lebih rindu.

Dan apabila saya sendirian, sepenuhnya saya gunakan masa untuk saya, bersama adik beradik, kawan-kawan. Macam orang muda. hihi. Seronok ada masa sendiri rupanya.

Dan bila ada suami, seronok menyambut kepulangan suami. Walaupun kadang-kadang 3 hari, 4 hari tidak berjumpa. Kami solat bersama, melakukan aktiviti riadah bersama. Dan masa ini baru saya sedar, kami berdua masih perlukan antara satu sama lain.

Ini rupanya rahmat yang ALLAH titipkan pada saya. Perasaan erat dalam rumahtangga. Dan sekarang bila Aiman dah besar, tidak menyusu lagi, sekiranya suami ingin membawa Aiman datang, dia akan tanya saya sama ada saya setuju atau tidak. Siapa tak suka budak pandai tu.

Saya pun kadang-kadang bawa Aiman menemani saya ke pejabat. Puan Nasha, Allah pinjamkan Aiman kepada saya untuk menjadi seorang ibu.

4. Hikmah- Hikmah yang tak pernah saya terfikir adalah hubungan silaturahim antara keluarga kami bertiga. Keluarga Sara begitu profesional. Ibunya juga pada peringkat awal tidak bersetuju Sara menjadi isteri kedua.

Namun setelah saya mengizinkan, ibunya menerima. hubungan kami semakin erat. Banyak peristiwa yang berlaku dalam tempoh 4 tahun hidup bermadu.

Tapi kerana silaturahim yang ada, banyak urusan dipermudah. Sikap suami yang begitu mudah disenangi orang sekeliling banyak membantu saya dan Sara dalam kehidupan. Biarpun macam-macam tohmahan, tetapi biarlah saya & Sara sahaja yang mengetahui.

Silaturahim saya dengan Sara. Tak mudah saya nak menerima Sara. Tapi kerana saya percaya ALLAH hadirkan Sara pasti ada sebabnya.

Kini Sara menjadi orang kepercayaan saya. Dan lebih mudah nak tahu pasal suami, sebab ada geng. Nampaknya suami kami tidak lagi boleh macam-macam, sebab saya & Sara sudah jadi besfren.

Sara juga banyak bertanya pendapat soal kerja, soal kehidupan, dan saya menerimanya sebagai seorang adik.

Apabila giliran bercuti saya & suami, suami & memberikan duit untuk Sara bercuti bersama keluarga, apabila tiba giliran Sara bercuti dengan suami, suami memberikan duit kepada saya dan adik beradik.

Syukur, suami saya bertanggungjawab. Kerana itu, saya ingatkan diri saya. jangan kerana tamakkan kasih sayang manusia, saya biarkan suami berdosa. Saya nak suami adil kepada dua-dua, sebab hidup matlamat kami nanti SYURGA di sana. Aamiin.

Akhirnya, Puan Nasha, sekiranya Puan Nasha berniat untuk menerima Mia, berbincang lah dengan Mia. Buatlah pertimbangan, Buatlah perjanjian. Puan Nasha sendiri kata hati kita ALLAH pegang.

Di usia begini, tidak perlu lagi fikirkan tekanan cinta manusia. Puan Nasha tidak pasti perasaan suami dengan Mia bagaimana.

Sampai bila ingin paranoid. Istikharah puan. Cari petunjuk. Berbincang dengan suami. Buatlah perjanjian yang mana boleh membahagiakan Puan. Sekali kita berserah kepada ALLAH, dugaan dan ujian apa pun yang datang, insyaALLAH kita redha.

Cari kebahagiaan kita. Dan kebahagiaan saya, yang saya sendiri tidak terfikir adalah kebahagiaan bersama suami, Sara & Aiman. Saya rasa kehidupan saya cukup sempurna lebih sempurna dari dulu.

Untuk pembaca, selagi kalian tidak pernah berada di tempat kami, jangan cepat berpra sangka. Apa kata sekarang cek pasangan masing-masing. Buat para isteri, muhasabah diri. Baiki mana yang kita lemah.

Perlu sedar, andai kita ada kekurangan, jangan kerana sombong kita, malu dengan orang, kita menolak sesutau dalam syarak. Buat para suami, jika kalian rasa kalian layak dan mampu, inginkan berpoligami, berlaku jujurlah dengan isteri.

Tiada siapa dalam dunia ini suka penipuan. Hati isteri terluka kerana perbuatan curang & penipuan di belakang. Itu sebenarnya yang membuatkan kami isteri yang dicurang begitu kecewa, patah hati, retak. Jujurlah dengan isteri. Jujur.

Buat Puan Nasha, berusaha mencari petunjuk dan jalan terbaik. Berdoa, usaha, ikhtiar dan akhirnya bertawakal. Berserah diri pada ALLAH Puan Nasha, Kita akhirnya akan balik kepadaNya juga.

Buat Mia juga. sekiranya Mia baca kisah saya, jadilah insan yang bersyukur. Andai suatu hari nanti Puan Nasha menerima kamu, bertolak ansur, menghormati, berlaku adil, ikhlas dan jangan pentingkan diri.

Hidup berkongsi perlulah banyak toleransi. Jangan pentingkan diri. Banykkan bersabar. Mia menumpah kasih, dan Mia kena berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan risiko. Bertaubat.

Kerana Mia telah melukakan hati seorang wanita. Berusaha mencari redha ALLAH Mia. Apa-apapun keputusan Puan Nasha, pasti ada hikmat yang telah disusun oleh ALLAH.

Jangan terlalu murah dengan kata-kata lelaki. Masa depan Mia masih panjang. Andai dia bukan jodoh Mia, maka itulah yang terbaik ALLAH tetapkan buat Mia.

Buat suami Puan Nasha, jadilah lelaki bertanggungjawab. Kamu telah memberi pengharapan kepada dua wanita yang kamu sayang.

Jaga dan peliharalah maruah dua wanita yang kamu sendiri pilih. Jangan kerana seorang, kamu abaikan yang lagi seorang. Jangan buat dosa bersambung. Adil lah dalam tanggungjawab.

Bertaubat lah kerana kamu telah berlaku curang kepada isteri. Jangan terlalu ikutkan nafsu dan perasaan. Usia kita kalau panjang alhamdulillah, kalau singkat?

Bertaubatlah akan segala dosa. Semoga ALLAH tunjukkan jalan mana yang terbaik untuk rumahtangga kalian.

Usia kita sudah sampai ke pengakhirannya- adakah kita masih mengharapkan cinta manusia semata-mata?

Wasalam,

– Puan Azura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *