Assalamualaikum readers semua. Aku Fatimah menjangkau 33 tahun ini. Bekerja di sebuah syarikat yang agak terkemuka di bandar KL. Alhamdulillah. Baiklah sebelum aku pergi jauh lagi, aku nak kongsi macam mana perjalanan hidup aku mencari jodoh sebelum ini. Aku macam wanita lain juga tertanya tanya siapa sebenarnya jodoh aku.
Nak kata aku tak menarik? Ramai berpendapat aku sedap mata memandang. Sebelum ni ramai juga yang mendekati tetapi bila sampai masanya nak melangkah ke fasa yang lebih serius semua tak menjadi. Ada yang dah berjumpa dengan family aku pun tak menjadi. Mandi bunga? Ade juga sebelum ni semua bunga dah aku cuba. Haha siap ada ustaz bagitau aku ade pendamping yang menyebabkan aku tak kan berkahwin. Ramai yg suka tapi mesti tak lekat.
Masa tu aku risau sangat ujian apa yang Allah bagi ni. Tapi dalam risau tu aku cuba cari Allah semula. Dan aku terbaca takde kuasa lain yang lebih hebat melainkan Allah. Yes Allah. Kalau Allah tak izinkan, tidaklah terjadi. Tetapi kalau kiranya sesuatu itu Allah izinkan percaya saja cepat atau lambat akan tetap menjadi kepunyaan kita.
Sejak dari tu aku tak hirau dah orang cakap aku ade gangguan sampai tak kahwin kahwin. Sedih memang sedih tapi kene kuat untuk melawan semua ni. Kerana aku sedar perkahwinan ni hanya satu ladang untuk meraih pahala sebanyak banyaknya. Tetapi jgn dilupa, single juga tak kurang banyak jalan untuk menggapai syurga. Ok now aku akan berkongsi sikit tips apa yang aku buat untuk menjemput jodoh:
1. Aku sibukkan diri dengan aktiviti charity. Yes sangat enjoy bila kite dapat tolong orang.
2. Dhuha hampir setiap hari. Carilah waktu untuk dhuha setiap pagi. Apa yg aku perasan dhuha ni bukan saja menambah rezeki tetapi Allah akan mudahkn urusan harian kita.
3. Sedekah setiap Jumaat. Sedekah ni ada macam macam jenis. Boleh belikan karipap untuk sarap di ofis, sedekah online untuk yang memerlukan dan paling aku ingat kalau jumpa peminta sedekah bagilah sikit seringgit dua dan mintalah beliau doakan semoga kite bertemu jodoh yang baik.
4. Redha ibu bapa. Mintalah ibu bapa hari hari mendoakan. Layanlah mereka sebaik baiknya. Mereka ni tak minta duit, cukuplah kite selalu bertanya kabar, balik kampung melawat mereka dan tunjukkan kasih kite.
5. Tahajjud. Yang ni aku jarang buat tapi at least sebulan sekali cubalah. Waktu ni mengadulah puas puas kepada Allah. Tenang sangat lepas tu.
6. Perbaiki diri. Perbaiki aurat dan perbaiki solat.
7. Bila berdoa rendahkanlah diri kita di hadapan Allah. Ni yang aku dapat tips hasil bacaan dan aku amalkan “Ya Allah aku hina sangat, aku bodoh, aku tak tahu apa apa. Engkau sahaja yang Maha mengetahui maka tunjukkanlah kepada aku⦔ dan seterusnya sambunglah..
8. Bosan kan bila orang tanya bila nak kahwin? Aku pernah kena sound dengan sorang kawan dari kampung yg sama dan memang dah lama tak jumpa “eh kahwinlah umur dah berapa” sambil muka kerek pandang ke tempat lain. Mentang mentang anak dia dah tiga. Hahaha. Wehhh serius kalau tak sabar penampar mendapat haha. Tapi aku cuba sedaya upaya positif kalau orang bertanya aku akan balas tolong doakan jodoh yang baik untuk saya. Cukup. Jangan kite terlalu stress dengan pertanyaan tu. Aku cuba anggap mereka yang bertanya ni sekadar mengambil berat tentang aku. Hehehh
Antara doa dalam setiap hari dhuha aku nak sangat bawa mak aku pergi umrah sebab mak belum pernah jejak tanah suci lagi waktu tu. Aku kumpul duit beberapa tahun dan Alhamdulillah tahun lepas around februari Allah jemput aku ke sana. Satu lagi doa yang aku tak pernah putus minta ialah JODOH yang baik dan kalau boleh aku nak sangat temukan di tanah suci.
Tau tak apa yang jadi waktu kat tanah suci? Sewaktu perjalanan dalam bas menuju ke Jeddah, aku secara tak sengaja ternampak sorang kawan lama ni checkin kat muke buka aka facebook yang beliau juga menuju ke Jeddah. Allah..keciknya bumi Tuhan ini. Dalam jutaan manusia ada juga kenalan dari Malaysia yang sama sama berada di tanah suci. Aku ada text di messenger waktu tu sekadar bertanya khabar setelah hampir 8 tahun tak pernah berhubung.
Tapi Alhamdulillah selepas tu kami ada contact sekembalinya ke Malaysia dan rasa makin serasi. Aku terfikir juga jodoh ke? Dan kuasa Allah akhirnya kami bertunang pada Raya tahun lepas dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat. Alhamdulillah bagai Allah telah menulis cerita untuk kami bersatu semua dimudahkan dari satu fasa ke fasa seterusnya. Now he is my husband. Walaupun lewat bertemu jodoh, tapi aku bersyukur.
Bila aku pandang semula ke belakang baru aku tau kenapa Allah melambatkan jodoh ini. Terlalu banyak hikmahnya dari pelbagai dugaan yang Allah hadiahkan. Betapa manisnya bila kita menjaga Allah, berusaha mendapatkan redha ibu bapa dan paling penting menjaga maruah kita sebagai wanita muslimah.
Jodoh jangan terlalu di kejar. Kalau kita dah berusaha tetapi tiada jalannya, itulah cara Allah memberi sign yang dia bukan yang terbaik untuk kita. Just follow the flow. Aku doakan semoga yang gigih berusaha mencari jodoh akan bertemu yang terbaik. Percayalah jodoh itu telah Allah ciptakan samaada cepat atau lambat, di dunia atau di syurga. Tetapi dia tetap ada. Yakin saja perancangan Allah adalah yang terbaik.
Aku minta semua mendoakan dipanjangkan jodoh ini sehingga syurga Allah. Apa yang kurang semuanya dari aku dan semoga tulisan ini ada sedikit manfaat untuk readers semua. Terima kasih.
– Fatimah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit