Menongkah Arus

Assalamualaikum semua. Aku terpanggil nak tulis coretan ni lepas terbaca ada seorang yang komen ‘bila nak kahwin ikut adat, lepas kahwin reti pulak nak ikut syariat’ dekat confession ‘Nafkah Untukku’ (https://iiumc.com/nafkah-untukku/).

Menarik tu. Aku mintak maaf kalau apa aku tulis ni, korang tak sebulu atau tak sependapat.. Ini cuma kisah aku.

Aku Nur, awal 30an, ada anak. Dah kahwin. Sebelum kahwin, aku ada run bisnes sendiri, husband ada bisnes dia sendiri. Kami kenal dalam setahun lepastu kami decide nak kahwin.

Dia tanya la hantaran aku berapa. Aku cakap aku nak mas kahwin saja. Dan aku buktikan benda ni memang betul.

Masa aku kahwin aku tak mintak hantaran. Wallahi.. Sesen pun aku tak mintak. Mas kahwin aku hanyalah sebentuk cincin berharga RM300. Itu sahaja.

Duit kenduri aku dengan suami aku masa tu, kami tong tong. Kami sajamput pun dalam 300 orang saja. Aku bagi RM2000 untuk buat makan-makan. Bakinya dia topup guna duit sendiri.

Suami uruskan tempat (kami sewa 1 tempat khas gabungkan majlis nikah & makan-makan). Baju kahwin, mini pelamin, makeup aku settlekan sebab kawan aku ada butik pengantin.

Masa aku nak kahwin tu, ada la mulut-mulut kata jangan mudahkan sangat bakal pengantin, hantaran kena tinggi-tinggi baru lelaki tu ada usaha nak cari duit, nanti lepas kahwin dia lepas tangan la apa la.

Aku tak buat semua tu, aku tak ikut pun saranan orang untuk letak hantaran tinggi. Aku pekakkan saja telinga sampaikan ada orang kata ‘Janda pun ada harga’. Sedih aku masa tu. Salah ke kalau aku tak ikut adat?

Fast forward.. Selesai semua majlis kahwin, kami pun mulakan hidup sebagai suami isteri. Lepas 2 bulan nikah, rezeki aku pregnant.

Aku terus tarik handbrake, aku stop bisnes. Husband aku kan ada bisnes dia sendiri, so bila aku stop bisnes, dia still ada bisnes yang boleh cover. Struggle nak hidup tu biasalah.

Aku bagitau husband aku, aku nak fokus rumahtangga. Mula-mula suami macam berat hati tapi dia setuju dan dia kata dia cuba usaha lebih untuk cari rezeki. Sampailah aku bersalin. Sekarang pun aku masih tak kerja.

Dari awal kahwin, suami aku ambil alih semua tugas bayar keperluan dan cukupkan segalanya untuk keluarga kecil kami.

Aku ada kereta atas nama aku, beli dari sebelum kahwin, dah kahwin suami aku ambil alih bayar tiap-tiap bulan. Saman-saman kereta aku, speedtrap ke apa ke, semua suami aku settle dari sebelum kahwin punya.

Tugas aku hanyalah jaga anak, susukan anak (alhamdulillah aku berjaya susukan anak 2 tahun), jaga makan pakaian suami, masak dan kemas rumah, itu saja.

Bab rumah, bil elektrik, bil air, bil unifi, bajet barang-barang dapur, semua suami aku handle. Kerja aku list barang dapur yang dah habis.

Nafkah? Dah suami aku sediakan semua, tak perlu bagi pun tak apa. Suami ada jugak bagi duit tepi.

Aku masukkan dalam TH anak aku. Ikutkan boleh saja aku tolak sebab dia dah sediakan semua, tapi orang dah hulur, aku sambut saja.

Suami aku tak pernah tak beli apa yang aku nak, apa saja aku nak, aku bagitau terus dia transfer duit masuk akaun aku. Kadang-kadang lebih. Sebak aku. Dalam sebak ada jugak seronoknya.

Bila-bila fikir balik, rupanya bila aku mudahkan suami sebelum nak kahwin, aku pun masa tu tak berkira nak share duit untuk majlis kahwin, tuhan atur suami aku jadi suami baik dan bertanggungjawab.

Bila dia jaga aku baik, aku balas dengan jaga dia sebaiknya. Pendek kata, laki aku hanya duduk makan dan cuci tangan dia saja. Bila aku tak pening kepala nak kena keluar kerja cari duit, kenapa aku nak kena susahkan dia bab-bab kerja rumah?

Aku cuma buat kerja aku sebagai isteri, suami aku pulak jalankan tanggungjawab dia sebagai suami.

Disaat semua wanita berlumba-lumba untuk jadi kaya raya, aku cuma memilih untuk jadi surirumah. Nampak simple tapi tak semua mampu buat benda ni zaman sekarang.

Jujur cakap aku memang kurang bersetuju adat melayu untuk family perempuan yang suka letak hantaran tak masuk akal dan bebankan bakal pengantin lelaki.

Maafkan aku kalau ada geng Feminisme yang tak sependapat dengan aku. Bagi yang mampu teruskan.. Letaklah 100k sekalipun.

Kalau sebelum kahwin korang dah menangkan adat tolak syariat, jangan pulak lepas kahwin korang nak ikut syariat bagai. Yang faham, faham lah.. Maafkan aku sekali lagi kalau tersalah cakap..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *