Assalamualaikum wrh
Akhir2 ni aku banyak baca post pasal mental illness, banyak term baru yg aku belajar. banyak kali jugak aku taip,aku padam, tapi mengharapkan semoga kisah aku menjadi pedoman utk semua, aku tuliskan juga.
Aku lahir dalam keluarga besar, ayah aku terdidik dgn agama, tp dia seorang yg baran, semua anak2 pernah dipukul, hanger, tali pinggang, rotan dll. Badan anak laki2 berbirat, yg perempuan ayah aku kurangkan sikit. Walaupun begitu, aku seorang yg periang, aku aktif, aku banyak celoteh, dan aku rapat dgn ayah. bila bergaduh adik beradik, ayah aku akan suruh yg bersalah minta maaf, tak kisah lah kau senior ke junior. Lepas ayah aku meninggal, segalanya berubah.
Mak aku mula mentally tortured aku, ‘anak tak kenang budi’ ‘anak kurang ajar’ ‘anak derhaka’, ‘ahli neraka’, ada lagi those words yg aku tak sanggup nak tulis. Aku bukan macam adik beradik aku yg lain. sweet talker, senyap, walaupun kene marah dan bersalah. Aku jenis akan tegakkan apa yg benar. Aku jenis ikut peraturan dan ajaran. Aku dulu minat pelajaran agama dr sekolah rendah, walaupun aku dah berpindah ke aliran sains, minat tu masih segar. Aku selalu score 100% subjek agama. Aku suka belajar Al-Quran dan hadis. Seboleh mungkin aku akan ikut. Aku bukan tak tahu tak boleh lawan cakap mak, tapi aku keliru waktu umur tu sebab apa yg mak aku cakap tu tak betul.
Tapi aku lemah bila aku selalu dibuli oleh orang dewasa. Aku tahu apa yg betul dan apa yg salah. Tapi aku di ‘paksa’ mengaku buat benda yg aku tak buat. Orang lain yg bersalah, aku yg di’paksa’ minta maaf. End up, yg senior suka2 hati buat salah, dan bila aku minta maaf, diorang akan senyum sinis. Aku selalu dibanding2, kebolehan aku semuanya tak diiktiraf. Bila aku bercerita, aku akan di’bantai’ sampai aku hilang self esteem.
Lepas ayah aku meninggal, macam2 berlaku dalam keluarga, semua nak berebut harta, pakcik, atuk, nenek. Abang kakak aku pulak buat hal yg macam2 memeningkan mak aku. Aku dijadikan tempat luahan masalah. Aku jugaklah mangsa seranah mak aku bila dia tertekan. Aku pernah cuba bunuh diri, pernah larikan diri dari rumah, hentak kepala. Aku selalu imagine bukan2, terjun bangunan, jadi pelacur, bunuh semua ahli keluarga aku. Aku jadi sangat pendiam kat sekolah, bila tengok gambar2 aku waktu sekolah, semua muka masam. huhuhu. Aku jd simpatisan,aku tak boleh tengok org susah,aku akan menangis lebih daripada dia. Aku jadi pelupa dan susah nak ingat. Pernah waktu zaman universiti, masa tu dekat exam besar, aku jadi bodoh tiba2. Aku lupa walaupun a simple math. Aku terpaksa patah balik belajar math zaman menengah. Tapi aku tak pernah cerita pada sesiapa.Sampai sekarang aku tak boleh hadap apa2 tekanan dah, kepala aku akan sakit berdenyut2 beberapa hari. Aku akan jadi mudah melenting. Aku tak tahu pada siapa aku patut rujuk. Aku tak pandai nak bercerita dengan psikiatri, termasuklah orang2 yg aku baru kenal,sebab aku takkan mudah percaya pada orang. Aku perlu ambil masa untuk aku berasa ‘secure’ utk luahkan apa2.
Orang ingat aku lembut, tapi hati aku dah jadi keras. Aku mudah benci pada orang, tapi bukan sebarangan orang, orang tu adalah orang yg dah terbukti aku tengok depan mata, dan dengar dua telinga sikap yg talam dua muka, at least 3 kali, so aku akan jauhkan diri daripada orang begini. Aku akan diam dan akan jadi pemerhati sahaja.
Aku tengok mak aku struggle lepas ayah aku takde, tp dia tak pernah tumpahkan air mata. All the tortures she did, aku tau sebab dia penat nak besarkan anak2 dia. Aku cuba buat yg terbaik utk gembirakan dia, belajar pandai2, bagi duit gaji bulan2, duduk dekat dia walaupon adik beradik aku yg all sweet talkers tak sorang pun duduk dekat mak, mungkin mak aku sedar sikap aku melawan,tp aku menurut, berbanding yg lain diam, tp tak menurut.
Adik beradik aku kuat bergaduh waktu kecik, di alam nyata suam2 kuku, apalagi di group whatsapp. Ada seorang yg tukang bagi tazkirah, but you know the one who give the tazkirah is the one who need it, sebab mulut dia paling busuk. Bila ada yg tambah tazkirah tu, mulalah nak tunjuk hebat, end up senyap group tu.
Aku sekarang duk jauh dr mak aku, and that because of the mulut celupar, suka nak laga2kan aku dan mak. rezeki aku murah dgn anak2, ada gaji tetap. mak aku sayang anak aku, tp sbb cemburu, macam2 dikata oleh adik beradik kat aku dan suami. so aku amek keputusan to get out from that house, aku tak pernah susahkan sesiapa dari aku belajar, aku dah biasa berdikari. apapun aku selalu telefon mak tny kabar.
Aku bukan berdendam. Aku bukan jenis balas balik tahi yg orang lain lempar. Tapi aku dah letih. Aku perlu space aku sendiri. Aku kene bagi hak pd diri aku sendiri. Aku dah berkahwin dan ada anak2, aku kene bg hak pada mereka. Aku cuba penuhi lompong2 yg aku tak dapat dulu. -Kasih sayang-. Aku mahu didik anak2 aku sebaik mungkin. Aku tak mahu orang lain mengarah aku itu ini untuk mencorakkan anak2 aku. Aku ibu mereka, aku akan berikan yg terbaik mengikut pertimbangan aku dan suami, sebagai ibubapa mereka. Aku tak kisah kalau nak bagi pendapat, tapi aku tak boleh terima kalau kau buat pendapat kau paling terbaik. Situasi dalam family aku macam tu lah, masing2 berlagak bagus, suka mem’provoke’, suka menghentam orang lain.
Aku bukan lari dari tanggungjawab. Aku nak selamatkan diri aku dari jadi gila. Sebab diri aku dah tak mampu mendengar kata2 buruk, apalagi ‘provoke’. Benda2 macam ni akan trigger brain aku jadi disfunction.Dengan anak2 aku pun aku sedar aku pernah terbuat macam mak aku buat, so duduk jauh dari mak dan adik beradik aku akan jadi treatment utk diri aku lupakan memori pahit. Aku nak develop persekitaran keluarga aku dgn lebih baik. Aku akan jadi orang yg terakhir tawar diri utk jaga mak aku. Bukan aku taknak, aku nak sangat, tapi aku tau kemampuan diri aku.
But now, mak aku cakap, ‘anak2 tak ingat dah kat dia’, ‘tua2 nt ko tau la rasa sunyi mcm mana’,’skrg ko muda, ada suami,ada anak2, esok2 ko menyesal’. aku tak bergaduh dgn dia pun, dia boleh cerita kat orang lain aku bergaduh. All those dramas aku dah faham, dia nak anak2 balik, hati aku meronta2 nak balik, tp aku tak mahu bagai tikus membaiki labu.
Dulu takde confession macam ni, aku selalu join support group from oversea, jadi silent reader. Kebanyakan nasihat adalah break the cycle, focus on your own family, forgiveness.
pengajaran yg aku nak share;
1) jangan bezakan anak lelaki dan anak perempuan sangat. bertegas dengan anak lelaki, berlembut dengan anak perempuan. memukul boleh, tapi untuk mendidik. ada cara yg islam ajar. bukan pukul sebarangan.jangan jadikan anak2 tempat melepas tekanan.
2) jangan label anak. yes, kau ibu,kau kenal anak kau. tapi ada benda kau tak tahu sebab kau bukan Tuhan. terima anak seadanya. pepatah orang tua ‘dididik dibaja disiram dengan cara sama tak dapat hasil sama’. kau nak anak kau jadi produk sama? memang takkan dapat sebab anak kau manusia. kelebihan kekurangan masing2 lain2. cara didikan kena lain2. explain to them why you give different treatments. cuba fahamkan mereka.so that there is no questions inside them. inshaAllah anak2 ni luhur, mereka boleh terima.
3) terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut, buruk padahnya. jagalah percakapan, percayalah lebih banyak manfaat daripada keburukan. perkataan buruk akan masuk ke telinga, masuk ke otak, masuk ke pemikiran, menganggu emosi, menghasilkan tingkah laku buruk. cycle tu akan berterusan. kalau kau cakap doa ibu tu makbul, memang betul, dah hari2 itu yg sebutkan itulah yg akan berlaku. kau takkan dapat perbaiki hubungan lagi bila kau dah sebutkan, sebab orang akan ingat sampai ke mati, tak kisah lah kau cuba buat baik macam mana sekalipun.
4) jangan kedekut cium anak, jangan lokek ucapkan kata2 cinta dan sayang. takkan jatuh harga diri kau. ego takkan membawa kau ke mana.
5) belajar memaafkan. aku tahu susah sebab kau tak salah. tapi Rasulullah saw bagitahu orang paling mulia adalah orang yg mula2 minta maaf dan bertegur sapa. Takpe orang kata kau muka tebal, muka tak tahu malu. orang nak kata macam2 pun biarlah. yg penting kau tahu kenapa.
6) the power of doa. percayalah Allah maha mendengar. kau akan dapat jodoh bersesuaian. bukan nak kata kau takkan tempuh masalah dengan pasangan, kau akan belajar sesuatu yg baru nanti.masa tu kau akan bersyukur dengan hikmah kesabaran kau selama ni. macam aku mungkin aku rendah self esteem, tapi itu yg sentiasa buat suami aku jatuh hati, katanya aku merendah diri.hihihi.
7) jangan ambil pusing walaupun orang tak iktiraf kelebihan kau. biasa orang yg dicaci maki ni Tuhan bagi kat dia rezeki lebih, percayalah. kalau kau rasa dianiaya, doalah yg baik2.
8) ada anak, bukan sekadar untuk kau bagi makan pakai, bagi sekolah. tapi kau biarkan diri kau dalam kejahilan, malas baiki diri, malas cari ilmu. anak2 adalah ladang pahala untuk kau. didik mereka utk jadi soleh dan solehah. maka jangan abaikan diri sendiri, didiklah diri sendiri dahulu utk jadi soleh dan solehah.
8) semua yg berlaku ada hikmahnya. Tuhan dah aturkan segalanya. untuk kau jadi orang yg lebih redha, orang yg lebih sabar, orang yg lebih bersyukur. Tuhan mahu mengangkat darjat kau sebagai hambaNya inshaAllah.
aku, masih lagi membaiki diri. aku bukan orang terbaik, tapi cuba menjadi lebih baik.
sekian.
– wafa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit