Mental Bully Di Universiti

Salam kepada pembaca IIUMC sekalian. Saya ingin berkongsi kisah saya semasa menduduki kolej kediaman di sebuah universiti di selatan tanah air. Cerita saya mungkin agak panjang, harap pembaca semua dapat bertahan hehe

Mukaddimah, saya merupakan pelajar lepasan matrikulasi, berumur 19 tahun semasa memasuki alam sarjana muda pada tahun 2014. Umur? Pandai2 kira ye, hehe. Dan saya seorang perempuan. Sewaktu pendaftaran kolej kediaman, kami diasing secara tangkap muat. Berbaris di tempat pendaftaran dan diambil secara rawak 4 orang dalam satu bilik. Dapatlah saya sebilik bersama-sama 3 gadis ayu untuk satu sem. 2 orang sama fakulti dengan saya (IT) tetapi berlainan course, manakala seorang lagi merupakan pelajar engineering. Kami dari berlainan negeri; saya dari KL, seorang dari Segamat, 2 dari Kuantan

Awalnya kami dapat get along well, tapi saya jenis yang suka buat kerja sendiri and kurang bercakap. Hujung minggu saya atau pada masa terluang, biasanya saya akan sama ada akan menonton variety show, anime (Fairy Tail fan here), ataupun membuat part time di kiosk komputer di kolej kediaman saya. Jadi, saya memang jarang ada di bilik ataupun bercakap dgn roomate. Bukan tak suka bercakap tetapi saya tak boleh masuk dengan perangai mereka. Selain tu, dorang jenis yang kalau nampak saya solat, bukan reti nak slowkan volume movie atau suara. Tak hormatkan saya langsung, thus, i prefer to stay out of my room.

Ada sekali mereka mengajak saya makan malam di luar kampus. Saya mengikut sahaja kerana agak bosan dengan cafe di kolej kediaman. Mula2 katanya kekasih hati salah seorang dari roomate saya juga ingin join bersama. Bagi saya itu tiada masalah. Tetapi jangkaan saya meleset. Beliau membawa roomate nya sekali. Saya tak kisah makan bersama lelaki atau bergaul sesama mereka. Tetapi MashaAllah perangai.. Mulut kalah longkang. Kalau tak mencarut tak sah. Dengan merokok vapenya.. Naik pening waktu tu. Terseksa jiwa raga bak hangg. Dari sedap makanan tu terus rasa nak bungkus bawak balik. Mula dari sini, kami tak sepakat. Saya ada suarakan ketidakselesaan terhadap kumpulan lelaki terbabit. Tapi entah macam mana, mereka rasa saya mengutuk. Padahal saya cuma kata kalau ada mereka, saya takkan join mana2 outing.

Next one, satu hari roomate tersayang menyewa kereta kerana hendak ke shopping mall berdekatan. Saya ikut sekali kerana ingin membeli beberapa keperluan peribadi. Waktu itu pukul 4 petang. Selepas itu, terserempak (kononnya) dengan kumpulan lelaki terbabit. Its almost 5 pm by that time. And know what? They invite us to go to Gunung Ledang! Sejam kot dari tempat kitorang, like seriously nak mandi sungai pukul 6 dekat2 nak maghrib? At first, i was very reluctant. Berpasang-pasangan (4 lelaki, 4 perempuan) di sungai. Buatnya ada apa2 terjadi, tak ke naya? Mereka memaksa saya untuk join jugak kononnya sebab saya menumpang naik kereta mereka dan mereka bertanggungjawab untuk hantar saya balik. Cehh, ada udang di balik me rupanya. Nak share duit sewa kereta yg saya langsung tak setuju nak ikut. Nasib baik otw ke Gunung Ledang tu lalu matrik lama saya. Jadi saya minta drop off kat situ. Cuba teka pukul berapa dorang siap mandi manda? Pukul 9! Kau rasa?? Tak kuasa nak amik tau pasal dorang dah. Sejak tu dah bersumpah takkan ikut dorang pergi mana2 lagi. Serik.

Sejak dari hari tu, hubungan kami makin renggang. Sampai lah satu hari bersejarah ni. Saya namakan roomate saya ni as Tuti la ye. Tuti ni jenis kalau sidai baju, sebesar2 alam. Tudung tu, tak reti la nak lipat sebelum sidai, tak reti nak guna hanger pulak tu. Ruang sidai dah la terhad. Malam tu, saya check, kain2 dia semua dah kering. Maka, ditolaklah ke tepi sedikit dan dilipat 3 tudung beliau sebelum saya menyidai baju. Waktu tu dia ada kelas malam. Pukul 11, dia masuk bilik, suara bagaikan halilintar.

“Anak haram mana alih baju aku yang tak kering lagi kat ampai?! Sial lah, habis kepam bau baju aku!”

Panjang lagi ayatnya.. Tapi bila dikenang, sangat lah sakit hati. Tanpa sebarang kata saya keluar untuk mengambil baju2 saya. Sedihnya bagai dihiris sembilu sakitnya bila tengok baju yang baru keluar washing machine tu dicampak ke atas lantai. Baju aku tak salah kak oi..

Bila nak masuk bilik, kedengaran suara mereka bertiga mengutuk.

“Nama budak KL, sidai baju pun tak reti ke? Ke selama ni bibik yg buat??”
“Dah la bisu, tak bercakap. Macam patung je dalam bilik ni”
“Mak bapak tak ajar dia kot.. Orang KL kan”

Allahu.. Air mata hampir menitik. Perlahan2 meja didekati dan telefon bimbit diambil. Ingin mengadu kepada bonda tersayang. Buat pertama kalinya, aku menangis kerana hal ini. Usai menelefon dan mengadu, saya masuk ke dalam bilik untuk tidur. Sepanjang malam mereka mengutuk saya sekuat hati. Anak cengeng. Dah besar pun hati tisu. Hati siapa tak koyak bila dikutuk, dimaki? Itu tahan lagi.. Tapi bila masuk mak ayah, saya pantang.

Esoknya, (kebetulan hari khamis, kelas habis awal) saya pack barang terus lari balik rumah di KL. Selepas itu, seminggu saya tidak pulang ke bilik. Saya menumpang bilik coursemate di blok sebelah. Pulang je ke bilik, Allahu.. Nota2 yg saya tinggalkan di atas meja (tak sempat nak kemas masa lari balik KL hari tu), mereka buang. Semak katanya. Dugaan apa ini, ya tuhanku..

3 bulan berbaki sebelum sem tamat. 3 bulan saya menahan cacian mereka. Apa yang saya buat, semua tidak enak pada mereka. Pointer saya jatuh bawah 2.00 kerana ini. Alhamdulillah, selepas tamat satu sem, saya dapat bilik berasingan dengan mereka.

Sampai sekarang, saya takut untuk bertemu orang baru. Mentally scarred. Takut, risau.. Semua ada. Kepada reader, mohon dijaga bahasa anda. Tak semua orang boleh tahan dicaci dan dimaki setiap hari. Word is sharper than sword

– N.L.M.Y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit