Mental Burnout

Eloklah ada satu ruangan confession macam ni sebab tak semua orang mampu meluahkan isi hati pada umum. Aku tak berniat nak tulis panjang since aku rasa elok sampaikan point penting saja.

Nama aku Khairul, of course bukan nama sebenar. Berusia awal 20an sekarang menyambung pengajian di peringkat degree.

Masuk masuk degree saja Malaysia terus mengumumkan pkp dan belajar wajib secara atas talian.

Maka aku decide balik ke rumah instead of belajar di kolej atas faktor kewangan dan sebagainya.

Semester pertama lagi aku dah rasa sedikit lelah dari segi mental sebab penat nak catch up silibus since aku belajar sorang.

Kalau sebelum ni ramai kenalan yang boleh bantu kita kalau ada yang tak tahu atau tak faham. Tapi musim pkp ni mana boleh dapat bantuan kawan secara langsung.

Kadang call tak angkat, ws pun tak reply. Bertambah stress kalau dapat kawan yang jenis tak reti bagi kerjasama dalam assignment berkumpulan.

Aku sebagai student, memang mengharapkan covid segera berakhir.

Tapi harapan tinggal harapan, satu satu masalah timbul, dengan politik/ pru, dengan karenah artis dan orang kayangan yang tak reti jaga sop. End up pkp terus pkp, lockdown terus lockdown.

Semester kedua bermula yes memang semakin stress bila semakin memerlukan duit untuk bayar buku dan yuran batch.

Aku cuba apply pelbagai kerja namun ditolak mentah dengan alasan aku study full-time.

Family aku runs bisnes tapi since pkp ni memang down teruk sampai terpaksa tutup kedai.

Aku segan nak minta duit kat parents setiap kali ada benda nak bayar. Just pakai duit aku dengan bergantung pada bisnes kecil-kecilan aku sebagai dropship.

Tekanan semakin bertambah dengan nak catch up silibus dan cari duit poket. Dan yes, pkp still pkp kerana tangan tangan manusia yang tak bertanggungjawab.

Terima kasih pada kerajaan atas bantuan kewangan, dapat la aku bayar duit buku yang berpuluh puluh ringgit untuk satu subjek tu.

Masuk semester ketiga, aku rasa mental aku dah capai burnout bila aku start rasa down, semangat hilang, kurang bercakap dan makan pun tak habis.

Kadang kadang time makan pun boleh nangis sorang sorang bila fikir penat. Mandi pun selalu nangis bila otak tak mampu nak berehat dari fikir tentang kehidupan sekarang.

Apatah lagi waktu tidur. Wajib nangis. Bertambah stress bila aku masih tak dapat kerja untuk tampung perbelanjaan aku sampai tahap aku tak tahu nak buat apa lagi.

Tak tahu bila semua ni nak berakhir. Aku jenis manusia yang tak reti luah pada orang lain. Orang sekeliling aku terutama family dan kawan terdekat memang tak tahu aku burnout.

Yang terbaru, tiba tiba wujud pulak rancangan realiti tv sampai 50 juri (tak tahu apa nama rancangan tu). Aku menangis takut lockdown ni terus extend.

Aku maki maki orang atasan sebab tak ada buat tindakan dekat rancangan tu. Aku burnout berbulan bulan menangis berbulan bulan sebab mental la wei.

Korang seronok langgar sop tanpa dikenakan tindakan. Aku rakyat biasa ni terus jatuh terus sakit terus terduduk. Persoalannya sampai bila? Siapa boleh bantu?

Apa akan jadi pada nasib aku dan orang yang senasib aku pada masa depan? Siapa fikir tentang ini? Siapa? Takkan nak ramai ramai bunuh diri baru ada yang kisah tentang kami?

Akhir kata, aku masih menangis dan terus menangis. Tak tahu sampai bila aku boleh stop menangis.

Penulisan ini tak ada apa apa harapan, cuma sekadar perkongsian dan ingin baca respon netizen tentang perkongsian aku.

Terima kasih sudi baca, doakan urusan aku dipermudahkan. Tu saja. Thank you…

– Khairul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *