Mental dan Saka

Assalamualaikum wbt… Terlebih dahulu terima kasih buat pihak admin sudi menyiarkan coretan kali ini dan mohon maaf jika ia bagaikan tidak diundang oleh segelintir pembaca kerana tidak membina kepada sesetengah pihak..

Saya pernah menulis masalah dilema miskin dan mental, (https://iiumc.com/dilema-miskin-dan-mental/). Masalah saya… Alhamdulillah, terharu ramai yang memberi komen…

Yang memberi kata-kata semangat tidak akan saya lupakan, ia bagai satu sinar menyuluh hati yang kelam.. yang mendoakan saya doakan kembali semoga Allah balas yang lebih baik..

Yang mengecam.. saya terima kerana kata-kata itu bagaikan pahat yang mengetuk minda bawah sedar yang masih mahu lena…

Sebenarnya saya dah nekad tak mahu meluah lagi tapi… Adakah ini bisikan syaitan atau ilham malaikat… Menghasut diri untuk masuk ke sini…

Masa saya bermasalah dalam rumah tangga, berkali saya rasa nak pergi kaunseling.. tapi saya terfikir apa tau, saya akan nasihat diri saya sendiri…

Sebab saya malu nak berhadapan dengan orang yang akan kenal saya akan tahu masalah saya tapi di platform ini saya rasa selamat orang tak tahu siapa saya…

Jika ada yang terperasan siapa saya… Dengan kisah yang seakan mereka kenali… Anggaplah anda tersilap orang.

Sebab golongan kami ni banyak benda nak luah tapi takut bertemu orang dan kurang teman rapat… Bila dapat luah rasa lepas.

Yang agak mengganggu… Nak jumpa pakar piskitri rasa malu… Memikirkan stigma dan kesan dari pengambilan ubat…

Biasanya jiwa saya tak tenteram di waktu magrib. Kadangkala rasa seperti tak boleh nak buat apa-apa. Sempit je dada. Macam tak boleh nak bertindak…. Boleh meletop jika diganggu dengan karenah anak-anak..

Adakah ini alasan lagi, alasan malas… Tiada lain susahkan dan risaukan mak ayah… Pernah rasa sayalah orang yang paling teruk… Sikap sambil lewa dan banyak benda tak buat tu la…

Bila kakak datang rumah mak, tahulah bebel dia tu… Orang kata boleh menanah telinga… Tapi kakak kita ni bagaikan air yang dicincang tak akan putus… Dengan suami yelah, putus sudah kasih sayang.

Wanita yang malang adalah wanita yang salah pilih suami. Mulanya rasa tak setuju, dah jodoh kan…. Tapi ada betulnya juga.

Jika nak cari yang sangat sempurna barangkali tak jumpa sampai sudah. Berbalik tentang perasaan tak menentu tu… Saya terfikir mungkin ada gangguan jin atau saka… Tak lepas keluar lagi ni. Tu yang lembab malas sakit badan lalai..

Bodoh dan malas antara punca perceraian juga ya… Jawapannya marilah kita meningkatkan ilmu dan rajin…. Masih ada sinar di hadapan InshaAllah.

Malam ni… Saya melihat anak-anak.. rasa bersalah rasa berdosa…. Banyak perkara yang gagal dalam membentuk peribadi dan pendidikannya kerana sikap buruk mazmunah yang ada pada mamanya ini..

Saya tersentap dari lamunan dan menangis tersedu sendirian… Cuba solat malam… Mahu taubat.

Tapi cabarannya masih besar… Taubat tu hadir bagai on off… Kemudian alpa lagi sedangkan usia makin tua.

Bab kerja tu… Doakan lagi saya… Moga doa ikhlas kalian lebih makbul… Saya juga yakin dengan kelebihan sedekah, walaupun miskin masih ada cara untuk sedekah.

Ia bagaikan jika kita memudahkan orang lain Allah akan memudahkan kita. Jika kita menutup aib orang lain Allah tutup aib kita.

Tiada yang sempurna dan berkuasa melainkan Allah. Dia yang memberi hidayah dan rezeki..

Sejenis fikiran bercampur. Ada luahan dan ada nasihat.. untuk diri sendiri utamanya… Setengah orang mungkin nak kata jiwa kacau ke tak betul… Sebab setiap orang ada pandangan tersendiri yang saya hormati..

Bab saka tu… Saya cuba juga membaca manzil atau ayat ruqyah tapi mungkin jiwa tak kuat…. Orang kata kena berubat… Tapi, saya takut pula jumpa perawat ni.

Itulah ceritanya. Ada pandangan berilah teguran. Wassalam…

– Sis Lara Let it go (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *