Aku Qalbi (hanya nama samaran). Sepanjang aku hidup, aku tak pernah berfikir bahawa panic attack menjadi sebahagian dari hidup aku.
Tahun lepas, aku kerap bermain emosi dan ada kala aku tak dapat mengawal perasaan aku sendiri.
Aku tiada tempat meluah kerana aku tidak mahu rakan rakan aku tahu masalah keluarga ku, adik beradik yang tidak rapat dan ibu yang kurang sihat.
Ibu banyak menanggung pelbagai masalah, dan aku tidak mahu membebankan fikirannya dengan luahan aku.
Sikap ayah ku yang culas tanggungjawab dan overprotective membuatkan aku rasa sukar bahkan bukan aku sahaja malah adik beradik ku yang lain. Hanya aku seorang sahaja anak perempuan.
Aku rasa sedih melihat keadaan ibu dan dan kadang kadang aku mengenang nasib adik adik ku, ada yang bekerja pada usia muda walhal umurnya sepatutnya masih belajar, tetapi tidak menyambung pelajaran kerana masalah kewangan.
Walaupun dia sudah bekerja sebagai rider, ayah ku keterlaluan mengongkong mengatakan bahawa rider tiada masa depan, masih muda untuk menunggang motor tapi adik ku juga tidak boleh menyambung pelajaran.
Berbalik kepada aku, aku terlalu banyak memendam , memang betul kita perlu memohon kepada Allah tetapi ada kalanya kita ingin meluahkan kepada ibu atau ayah tapi aku tidak mampu.
Sampai lah suatu masa, aku mengikuti Usrah Muslimah hanya perempuan sahaja. Aku belajar agama dan aku merasakan hidup ku menjadi lebih baik dan aku (just go with the flow)
Sampai suatu masa, aku ingin bertemu rakan muslimah yang lain , mereka itu juga golongan sudah bekerja dan ada yang masih belajar, satu universiti dengan ku.
Sangat mengguris hati apa bila ayahku mencebik dan seolah tidak suka aku bertemu mereka, aku ingat katanya kepadaku “aku masih muda untuk belajar agama dan belum akan mati”.
Aku rasa tertekan dengan cara pemikirannya.
Ibu sangat berlainan dengan ayah. Ibu menyokong penuh apa yang aku lakukan walaupun ada kalanya ibu tidak mampu berkata apa apa kerana ayah akan memarahi ibu.
Ibu pernah kata ayah tak benarkan aku terlalu berkawan dengan mereka, entah tak tahu sebabnya.
Ayah kata takut aku akan berkawan dengan lelaki dan ingin berkahwin awal sama seperti anak kawannya yang berkahwin selepas tamat sekolah.
Ada kalanya aku merasakan apa yang aku lakukan, ayah tidak akan menyokong dan aku merasa amat sukar,
Tapi syukurlaa ada ibu yang masih menyokong aku, dan sedikit sebanyak membuatkan aku rasa gembira walaupun ada kalanya ibu juga harus tunduk kata ayah.
Aku faham adakalanya ibu bapa suka anak mereka belajar ilmu akademik, tapi apa salahnya belajar ilmu agama. Tiada kerugian malah itu adalah keuntungan.
Semoga ayah diluar sana, buka minda anda, lihat anak perempuan anda dan fahamilah isi hatinya.
– Qalbi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit