Assalamualaikum semua. Saya merupakan salah seorang Depression Survivor. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat sesiapa yang memanfaatkannya.
Setelah di ‘diagnos’ oleh doktor, saya mula mencari ilmu tentang mental illness kerana depresi juga merupakan salah satu mental illness.
Alhamdulillah banyak yang saya dapat bermula dengan langkah pertama saya ke Depression Talk di UIA. THE UNMASKED HERO. Sepanjang talk saya hanya mampu mengalirkan air mata. Speechless.
Bermula itu, saya cuba memberanikan diri berkongsi dengan sesiapa sahaja tentang depresi. Saya tidak malu mengaku bahawa saya merupakan depresion survivor kerana pasti Allah memberi sesuatu bersama hikmahnya.
Saya sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah kerana dengan penyakit ini juga saya merasa lebih dekat dengan Allah. Benar sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran. “Tidak Aku jadikan sesuatu dengan sia-sia.”
Dengan penyakit ini juga sifat empati saya semakin bertambah. Pada pandangan saya, kebanyakkan orang mempunyai sifat simpati namun kurang sifat empati. Empati ialah meletakkan diri kita pada sesuatu situasi atau kejadian. Put your self in my shoes.
Saya juga pernah menjadi penghukum tanpa mengetahui dengan jelas tentang sesuatu kejadian. “Ishh, tak dak iman ka orang yang bunuh diri tu?”. Pernah terlontar dalam hati dialog-dialog sebegitu.
Namun sekarang saya lebih memahami dan cuba untuk menjadi seseorang yang tidak cepat menghukum. Doakan saya terus kuat. Anda seorang SIMPATI atau EMPATI? Bantulah saya memberi kesedaran tentang kesihatan mental. May Allah Bless all of us.
– Hamba dan Khalifah Allah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit