Assalamualaikum. Disini aku nak share pula cerita aku yg lebih kurang sama sahaja dgn confession yg lain dan aku harap apa yg aku tulis ni boleh dijadikan pengajaran buat yg bakal bergelar ibu bapa ataupun yg mmg dah menjadi ibu bapa.
Aku seorang perempuan yg dibesarkan dalam keluarga yg sederhana. Dari kecil kami adik beradik mmg tak lari dari dididik dgn kekerasan oleh kedua ibu bapa aku. Bapa aku mmg seorang yg baran. Ayah aku sendiri pernah mengaku dia mmg baran sbb dulu dia pun dididik secara kekerasan. Dia pernah cerita, dulu dia nak pergi sekolah tp dihalang oleh arwah atuk aku sbb miskin. Jd ayah aku akan pergi sekolah senyap2, balik sekolah mmg kena belasah la. Segala alat yg digunakan utk memukul dia dah rasa. Jd dia berkeras utk beri kami pendidikan, n akan paksa kami bila kami taknak belajar sbb dia tak dpt semua tu (pengalaman lalu). Ayah aku seorang yg boleh dikatakan alim, menjadi guru mengaji, hari2 pergi surau utk solat berjemaah. Budak2 yg ibu bapanya hantar utk diajar mengaji oleh ayah mmg sgt kental dgn amarah ayah aku. Kalau budak baru, tak pernah tak nangis kalau budak tu balik mengaji, mmg kena rotan n tangan naik la ke muka diorang (tp tak terlalu kuat sbb anak org).
Aku ada seorang abang. Dia merupakan anak pertama dalam keluarga aku. Dia ni lagi teruk kena belasah, semua bentuk alat dia pernah rasa sbb masa tu ayah aku darah muda. abg aku ni jenis slow learner, tp ayah tak faham. Mmg dipaksanya juga utk jadi pandai mcm org lain. Expectation dia terhadap abg aku sgt tinggi. Abg aku dihantar ke sekolah agama dan semua keputusan dlm hidup dia ditentukan ayah aku sendiri. Semakin kau memberontak, semakin keras didikan yg akan diterima dr ayah. Masa dia form3, dia rebel. Dia selalu lari dr sekolah, lari dari rumah, curi duit ibu ayah aku. Balik rumah buat muka tak bersalah, kena belasah lagi. Lepastu ayah aku berhentikan dia dr sekolah dan masukkan dia dlm kemahiran. Dia sgt pendiam dan tak pernah sikit pun dia nak cerita masalah dia kat ibu ayah aku. Kalau diberi nasihat dia tak melawan tp ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Esok2 dia akan ulang benda yg sama banyak kali. Bila dia dah bekerja, selalu pindah2 tempat kerja, dia gunakan kemahiran yg dia dah belajar masa kat institut kemahiran dulu. Sehinggalah waktu dia nak kahwin timbul masalah demi masalah. Dia tak pernah cerita yg dia nak kawin, tiba2 dpt jemputan dr abg aku yg mengatakan dia akan kahwin. Semua dia uruskan sendiri dr pertunangan sehingga urusan brg2 hantaran. Kami hanya dtg utk menyaksikan akad nikah dia shj. Tp perkahwinan dia tak bertahan lama, mungkin tak dpt restu dr ibu ayah aku. Ibu aku selalu menangis sbb kecewa dgn perangai dia. Lepas kejadian tu, dia jarang sgt balik rumah, balik setahun sekali itupun sekejap masa hari raya. Pernah polis dtg ke rumah aku, sbb abg aku dituduh ingin mencabul anak orang. Mak aku tak kering air mata hari2 menangis. Tp aku bersyukur, org yg buat report tu tarik balik report dia. Sebenarnya mmg abg aku tak bersalah pun, org yg buat report tu ada dendam dgn abg aku, aku tak pasti apa yg dia buat diluar sana sbb dia tak pernah nak bercerita walaupun dgn adik beradik. Tp ayah aku tak kisah dah pasal dia, nak balik ke tak, dia punya pasal. Ayah cuma pesan kat kami adik beradik yg lain jgn ikut jejak langkah abg aku. Kalau aku sebut je nama abg aku dlm keluarga kami, ayah aku akn mula marah dan taknak mengaku tu anak dia. Ibu aku pulak mcm biasa la menangis ckp dia kecewa sgt kat abg. Pernah tahun 2016 abg aku balik rumah dgn bini baru dia, dah anak satu dah sekarang. Ibu ayah aku terus masuk bilik kunci pintu bilik tak keluar sampai la abg aku balik. Nampak sgt ibu ayah aku mmg tak boleh terima dia dah. Abg aku sebenarnya baik, dia selalu bg aku duit poket, cuma dia kekurangan kasih sayang.
Berbalik pd diri aku masa umur dalam 6tahun, aku mmg seorg yg periang, byk berceloteh. Tp sikap dan kelakuan aku tak disenangi ayah aku. Selalu kena marah sbb aku bising. Rumah aku mmg sgt sunyi, kalau sudu jatuh pun boleh dengar satu rumah. Sejak hari tu aku jd sgt pendiam, jaga kelakuan kalau kat rumah. Tak pernah aku nak bercerita apa yg berlaku kat sekolah, kawan dgn sapa sbb nanti ibu aku akan cari kesalahan aku. Ayah dan ibu aku suka banding2 kan result aku dgn anak orang lain. Aku jd tertekan tp aku tahan je. Aku akan berlagak jd baik dan pendiam depan ibu ayah aku. Aku rasa otak aku tak berkembang sampailah sekarang. Kalau nak bergurau dgn sedara mara, aku akan selalu jd perhatian ayah aku. Kalau aku salah ckp, mata dia akan jadi tajam tikam aku. Sampai skrg aku tak pandai nak bergurau dgn sedara mara, aku jd org yg serius. Benda ni berlaku sampailah aku spm. Aku selalu bayangkan utk lari dr rumah, bina hidup bahagia di luar sana. Aku pernah benci ibu ayah aku sbb tak mcm ibu ayah org lain. Aku cuma berazam nak belajar pandai2 supaya aku dpt tawaran belajar jauh dr rumah aku, dan skrg aku dapat apa aku nak. Walaupun anak perempuan, aku juga tak lari dr dirotan, dimaki, hanger, tali pinggang, kena kurung kat luar tak bg masuk rumah. Semua dah jadi makanan aku. Pernah ayah aku pukul pakai hanger sampai patah hanger tu dikerjakan. Tp kekerasan yg aku terima tak seteruk abg aku sbb ayah aku dah tua sikit.
Ibu bapa aku jenis akan kongkong anak2 dia, taknak jd liar mcm anak orang lain katanya. Jd kalau ada cuti masa akan dihabiskan di rumah sahaja. Kalau kawan2 nak ajak keluar, kawan aku wajib minta kebenaran ayah aku dulu baru la dibenarkan keluar. Pernah aku pergi beraya dan balik lewat, aku kena penampar sekuat hati dgn ibu aku, hp aku dirampas. Mmg tak sempat nak explain. Kalau kau bersuara nak defend, kau akan kena penampar lg satu kali. Tangisan aku tak berhenti hari tu je, pergi sekolah dgn mata bengkak2 dan masih menangis. Aku hanya ada kawan2 yg mampu menceriakan hidup aku. Kesannya setiap apa aku buat, aku akan utamakan kawan2. Ibu ayah pernah kecewa dgn aku sbb lebih dgr kata kawan2 dr kata mereka. Aku pernah benci hidup family aku, tak sebahagia family org lain. Tamat spm, ayah mmg tak bg utk bekerja. Puas aku pujuk nak part time apetah lagi full time, tp dimarah ayah. Pada aku duit bukan segalanya, cuma nak kan pengalaman bekerja, belajar berkomunikasi. Ayah aku hanyalah kerja kampung, makan pakai kami hanya sekadar perlu shj. Aku ingat, kalau kerja boleh la tolong ayah aku sikit2. Tp takpe aku ikutkan sahaja kehendak dia. Kalau kau sebut lg pasal kerja, tiba2 darah dia akan mendidih. Walaupun cuti semester aku panjang, dia takkan bg kebenaran. Aku terus membatu mendiamkan diri.
Segala keputusan dlm hidup ditentukan ayah aku. Kalau aku bantah keputusan dia, ibu aku akan buat2 menangis kata aku anak tak dengar kata n dia samakan aku dgn abg aku yg tak dengar kata. Aku tak sanggup nak kecewakan hati ibu aku, nanti tak berkat hidup dan aku terpaksa ikut sahaja kehandak mereka. Cita2, aku kuburkan. Sekarang ku menuntut di sebuah ipta pilihan kedua ibu ayah aku. Tp timbul masalah lain. Aku tak dpt nak berkomunikasi dgn baik. Kalau ada presentation, aku akan menggigil semahunya, keyakinan diri aku sgt rendah. Bila takda keyakinan diri, apa aku nak sampaikan jd tak best walaupun aku dah prepare seminggu awal. Pernah aku benci diri aku sendiri sbb jadi mcm ni. Tipu la kalau tak cemburu dgn kawan2 yg petah berkata2. Aku amik inisiatif sendiri join mana2 persatuan dalam uni aku. Tp itupun tak dapat mengubah aku jd seorang yg berkeyakinan tinggi. Aku jd sangat takut utk menjawab soalan, takut utk bertanya soalan. Aku banyakkan membaca dgn harapan aku dpt belajar cara berkomunikasi dan tingkatkan keyakinan diri sendiri. Kawan2 yg ekstrovert semua dah tinggalkan aku, yela aku ni kan membosankan, pendiam. Jd aku hanya dikelilingi dgn kawan2 yg spesis aku je mmg tak berkembang.
Masa aku praktikal, aku mmg pendiam tak pandai bergaul dgn orang sekeliling. Hanya buka mulut dgn org yg mejanya berdekatan shj. Mereka yg tak kenal aku, akan kata aku sombong. Tp senyuman tak pernah lekang di bibir aku walaupun aku tak pandai nak mulakan perbualan. Aku cuba utk berkomunikasi, tp perbualan aku mesti tak panjang, dah mati akal aku stop. Hari2 aku doa kadang sampai menangis supaya aku berubah, boleh berkomunikasi dgn baik. Tp alhmdulillah aku dpt habiskan praktikal dgn jayanya.
Orang lain sangka aku takda masalah dlm hidup. Aku cuba sembunyikan apa yg berlaku dalam hidup aku. Aku buat kesimpulan sendiri, aku jd mcm ni sbb kisah lalu aku. Mcm2 aku cuba dan skrg masih lg cuba nak tingkatkan keyakinan diri. Kadang2 aku tertanya2 adakah ini sejenis penyakit, tp kalau pentakit aku harap ada ubatnya. Mcm mana dgn abg aku ? Dia dah tak pernah balik rumah dah sampai skrg. Aku hanya tahu khabar dia melalui ws dan fb sahaja. Aku tak sanggup nak putuskan pertalian adik beradik. Seburuk2 dia pun, dia tetap abg aku. Seumur hidup mmg aku tak pernah bercinta. Aku takut org yg approach aku akan menderita dgn aku dan keluarga aku. Aku akan menolak dgn baik sbb aku tak sanggup dan rasa tak layak.
Pesanan aku kepada bakal ibu bapa di luar sana, didiklah anak2 dgn kasih syg dan berhikmah. Tegas biarlah bertempat. Dengarlah masalah anak anda. Jgn rosakkan perkembangan sel2 otak yg baru nak berhubung.
– Si mental
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit