Mental Koyak

Assalamualaikum. Nama aku cik Cinderella, maaf lah aku tak pandai sangat nak menulis. Beberapa kali aku cuba nak tulis kat sini tapi tak ada daya la plk, ibarat membuka pekung di dada dan lg pun aku bukan pandai sangat mengarang, tapi aku cuba sebab aku sudah tidak tahu lagi bagaimana aku dapat lepaskan perasaan ini. Maaf tulisan aku ini mengundang marah kepada ibu-ibu disana, sbb apa yang aku tulis ada kena mengena dengan org yg bernama Ibu. Aku tak tahu sampai bila ujian ini harus aku tempuhi, tapi mental aku mmg koyak sudah lama sejak dari umur ku belasan tahun.

Aku anak bongsu dari lima adik-beradik (yang sulung perempuan masa itu sudah berkahwin-tahun 90an), Ye aku memang seorang yang kuat memberontak dari adik beradik yang lain, dan sentiasa berlawan angin dengan ibu ku. Kenapa aku kuat memberontak ? Setiap sesesuatu pasti ada sebabnya…. mari aku ceritakan. Mak dan ayah aku telah bercerai masa umur aku 12 tahun n masa umur aku 11 tahun mak aku ada kenal seorang pak cik ni, pernah tiap kali mereka berjumpa (Maybe dating ) bawa aku sekali, aku masa tu masih tidak mengerti apa2 lagi kenapa mak aku jumpa lelaki itu, rupa mereka berdating- pakcik adalah seorang duda anak tiga dan bininya sudah mati katanya dan sedangkan ibu masih seorang isteri pada masa itu.

Ayah ku plk masa itu sudah lama tidak bekerja dan ayah juga sakit (akal dia tiada) atau bahasa kasarnya ayah aku seperti orang gila (maaf ayat ini kasar) dan setelah aku dewasa baru aku faham ayah terkena buatan orang ). Sebelum ibu bercerai dengan ayah aku, pada sesuatu malam ibu telah membawa aku pergi ke rumah nenek ku dengan membawa pakaian, aku ingat masa itu cuma sementara sahaja, jadi aku tinggalkan kucing ku Kat rumah itu ( sebab aku tak boleh bawa kucing aku sekali sebab rumah nenek ku sudah banyak kucing disana ). Aku masa itu tidak tahu apa-apa hanya mengikut sahaja, rupa-rupanya ibu ku ingin bercerai dengan ayah aku.

Dan akhirnya ibu bercerai dengan ayah, dengan pertolongan pak cik itu Sebab aku masih ingat masa itu ibu dan pak cik itu bersama selalu bila ke makamah sebab ibu membawa aku sekali masa itu, rupanya ibu memohon fasakh. Selepas ibu habis eddah, ibu bekerja dan ibu pun ingin berkahwin dengan pak cik itu dan kakak ku yang sulung membantah dengan keputusan ibu kerana pak cik itu tidak berlaku Jujur dengan ibu dan rupanya selama ibu keluar (dating) dengan pakcik, kakak ku selalu siasat latar belakang lelaki itu sebab kakak bukanlah orang biasa dia memang penyiasat no.1 n punya kenalan ramai n suami dia pun kerja kerajaan dan sama juga dengan kakak aku. Akhir lubang pecah rupanya pakcik itu masih mempunyai isteri dan isterinya masih sihat walafiAt n mempunyai 6 orang anak bukannya 3.

Kakak ku beritahu hal sebenar kepada ibu, tetapi ibu ku tidak percaya kata2 kakak aku dan lebih percaya pakcik itu daripada anak sendiri, ibu aku juga berubah dari ibu kami yang dulu setelah kenal pakcik,lebih percayakan orang lain dari anak sendiri. Ibu dan kakak tidak bertegur dalam waktu yang lama juga sebab perkara itu sebab pakcik itu mengatakan kakak aku telah memaki Hamun dia dengan kata yang kesat n mintak jangan dekat dengan ibu, dan kakak ku membela diri dia sendiri dia memang ada hubungi pakcik itu tapi tidak memaki hamun dan tidak mengeluarkan kata kesat seperti apa yang di katakan pakcik itu, dan sekali lagi ibu ku lebih percaya cakap orang luar daripada anak sendiri n ibu juga menghasut supaya aku membenci n ibu bercerita yang buruk memgenai kakak aku.

Ibu ku akhirnya berkahwin juga dengan senyap-senyap daripada pengetahuan kami, aku tidak tahu bila ibu menikah dimana dan bagaimana. Kami tahu bila mereka sudah menikah baru ibu memberitahu kami,aku masa itu walaupun baru 12 tahun merasa kecewa dengan sikap ibu yang telah membelakangkan kami. Setelah sekian lama, ibarat air yang dicincang tak Akan putus… syukur ibu berbaik semula dengan kakak aku. Dan kami 4 beradik n ibu ku pun berpindah menyewa di rumah baru.

Bermula kehidupan baru tapi titik hitam buat aku …. ibu aku sudah tahu masa itu dia sebenarnya yang kedua bagaimana n macam mana aku pun tak tahu tapi hubungan mereka berterusan sahaja, manis bagi ibu aku Pahit bagi aku. Benda yang paling aku takutkan Titik hitam aku adalah aku hampir dicabul pakcik itu Ketika umur aku 14&15, dia cuba Mencium aku, aku masa itu sudah tahu beza bagaimana cium seorang kasih sayang ayah kepada anak atau bukan,sebab pakcik aku masa itu hobi dia melayan cerita porno n pada masa itu aku ada dirumah seorang diri semua tiada dirumah n ibu plk bekerja, ketika itu dia memasang video itu dan mengajak aku menonton sekali… dan aku dapat membayangkan sesuatu yang buruk akan berlaku ketika itu dan dia Cuba meraba Kemaluan aku

Aku menolak dan keluar daripada rumah itu,aku begitu ketakutan masa itu …dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan…akhirnya aku tidak menceritan sesiapa sebab aku merasakan semua salah aku bila itu terjadi tapi akhirnya aku tertekan …oh ya aku ada memberitahu ibu tentang sebelum kejadian itu pakcik sangat suka cium pipi aku …ciuman itu bukan biasa2 itu lebih kepada nafsu n ibu bertanya pakcik tentang itu …pakcik kata itu cium kasih sayang seorang ayah kepada anak… n yes ibu Lebih percayakan suami dia yang bertopengkan syaitan daripada anak sendiri.

Sejak kejadian itu dia lebih seronok mahu cuba mencari kesempatan (tapi tidak berjaya) kepada aku sebab aku tidak beritahu ibu, bukan aku tak nak berithu ibu… tapi aku takut tentu ibu lebih percayakan suami dia daripada anak sendri. Dan aku juga jadi seorang yang pendiam n tidak percayakan sesiapa. Dan bila umur aku 16 tahun aku masa itu tidur seorang diri sebab kakak aku yang ketiga sudah sambung belajar dikota. Ibu aku dan pakcik secara terang-terangan melakukan sex di ruang tamu bila hanya aku dirumah, bila adik beradik (aku yang lain ada tidak pula buat seperti itu ) tapi mereka akan membuat suara yang kuat dalam bilik memang menjijjkkan masa itu.

Aku tak tahu kenapa ibu ku seperti orang bodoh ikut sahaja kehendak suami bagai lembu dicucuk hidung… pernah mereka masuk bilik aku (katil ada dua, katil aku dan katil kakak aku bila kakak aku pergi belajar jadi katil dia kosong) dan ketika itu aku seorang diri n sedang tidur aku dikejutkan dengan suara n katil yang mengegar rupanya mereka buat ‘projek’ di atas katil kakak aku n dalam bilik aku tidur masa itu. aku pun marah mereka boleh mereka bangun macam orang tak bersalah dan keluar n masuk bilik mereka. Ibu apakah itu?

Layakkah aku panggil ibu… mungkin ada orang kata kau cakap buruk2 pun itu ibu kau n buruk2 dia pun itu ibu kau yang menglahirkan kau… dan utung kau masih ada ibu banyak orang yang tak ada ibu n tak sempat bermanja pun dengan ibu… tapi bila kau ditempat aku,sanggupkah kau punya ibu seperti ini?aku tak tahu nak kategorikan ini apa penderaan secara seksual @ mental… dan ada ke ibu menolong suami dia yang nak masuk bilik anak sendiri? Selepas kejadian itu aku selalu kunci pintu n tingkap(tak ada besi n boleh masuk orang kalau tingkap tak berkunci ).

Pernah sesuatu malam aku terasa dingin n ya Allah rupanya tingkap ku terbuka tapi setiap petang pasti aku periksa tingkap berkunci. Akhirnya Tuhan nak tunjuk rupanya ibu aku yang membuka kunci tingkap itu pastilah suami dia suruh tapi temberang apa pula dia rekakan sampai ibu menurut begitu dan aku nampak sendiri ibu membuka kunci tingkap itu untuk suami dia masuk aku tidak boleh berfikir masa itu untuk apa ? Tak akan lah ibu ingin membiarkan suami dia masuk bilik anak dia sendiri,mujur Tuhan masih selamatkan aku sehingga kini masih aku rahsiakan tentang perkara itu.Tapi masihkah ibu ingat ?

Dan masih banyak lagi ganguan seksual yang pakcik lakukan terhadap aku,kenapa aku masih berdiam diri ? Sebab aku fikir kalau ibu ku sendiri tidak percaya apa lagi orang lain. Dan bila diluar aku di nilai oleh kawan aku seorang yang ‘Happy go lucky’,mudah tersenyum dan seakan tidak punya masalah hakikatnya hanya Aku dan Tuhan sahaja yang tahu aku dibebani tekanan emosi yang kuat, pernah aku terfikir ingin membunuh diri tapi Alhamdulillah aku masih teringat yang aku masih punya agama. Kerana bebanan ini aku pernah menghidap kemurungan ketika umur aku 15tahun, aku selalu ingin larikan diri dari rumah tapi aku tiada tempat untuk tuju dan aku tiada arah lain.

Dan pakcik itu masih belum berubah dan bertaubat,masa umur 18tahun aku diganggu pula dengan gangguan sesksual melalui mesej lucah, aku terfikir juga untuk report polis tapi fikiran aku masih cetek ketika itu takut untuk mengadu dan takut terjadi perbalahan besar antara keluarga tapi aku pula yang menjadi mangsa korban perasaan.Bila perasaan aku teringat semua itu aku tersangat marah dan tertekan. Ibu tahu aku tak suka pada suami dia dan kadang aku di jadikan musuh dia bila kami bergaduh pernah berapa kali dia halau aku dari rumah dan waktu itu masih mentah memang aku lari … lari ke rumah kakak sulung dan lepas tu aku duduk hostel, tak tahan dengan gangguan sesksual dan serta mak aku setiap kali gaduh mesti halau aku,bila aku besar baru aku tahu bukan aku sahaja yang pernah kena halau abang aku juga yang nombor 2.

Halau menghalau tu masih terjadi sehingga kini bila bergaduh tak kiralah abang aku atau aku sebab sekarang hanya kami (aku dan abang no.2)yang tinggal di rumah 3 beradik yang lain dah ada keluarga sendiri,sekarang sebab dah dewasa tak ada lah aku nak lari paling pun aku duduk jew dalam bilik. Dan lagi ibu aku ni jenis suka mengadu domba kami 5 beradik, macam ini dengan kakak sulung ibu akan cakap keburukan kakak pada aku dan keburukan aku dia cakap semula pada kakak sulung aku dan setiap anak dia akan bercerita semua keburukan tak ada pun kebaikan, cerita yang baik pula semua tentang suami dia. Kadang apa yang aku tak cakap pun dia cakap aku yang cakap contoh tentang keburukan orang lain la,Sebenarnya itu adalah dia sendiri yang rasa.Aku pun tak tahu kenapa mak aku macam ni macam suka sangat lihat kami ni adik beradik bergaduh.

Dan lagi tak suka makan bila anak anak dia masak macam kami ni pengotor sangat, dulu aku pun kecil hati juga kenapa ibu aku macam tu, tak macam ibu orang lain lagi suka ada bila anak dia masak dan ok jew bila makan dan tak ada la pulak cerita Kat orang lain (adik beradik) macam contoh macam ni bila aku masak, ibu akan cakap macam ni Kat kakak aku “ Tadi adik masak. Mak tak makan pun …” dengan mimik buat muka macam geli. Kakak pula balas “kenapa mak tak makan, sedap jew adik masak …kakak dah makan tadi “ ibu pun cakap “Biarlah tak makan pun, mak memang tak boleh terima tekak kalau anak-anak mak masak” bukan masakan aku jew dia tak makan, masakan kakak aku pun dia tak makan. Masa dulu – dulu aku kecil hati juga sekarang dah dewasa n matang ada aku kisah ( dan pernah aku balas balik aku tak makan apa dia masak tahu pun dia terasa dan meroyan lepas tu cerita keburukan pasal aku pada adik beradik lain sebab aku tak makan masakan dia)dan sikap mak aku tu berlarutan sampai sekarang..

tapi aku terfikir bila mak aku dah tua nanti (memang sekarang dah tua pun) kalau mak dah tak larat masak macam mana ?nak beli Kat kedai ke hari-hari. Sikap dia yang cakap keburukan adik beradik aku yang lain masih di teruskan dan tak terkecuali aku, kadang aku back up la juga tentang adik beradik yang lain tapi bila mak aku dengan adik beradik yang lain dia pula akan cerita keburukan aku, Huhuhu – ada tak di orang tolong back up aku? Tak kisah lah asal semua dah tahu perangai ibu macam mana kadang siapa yang makan hasutan ibu aku boleh jadi pergaduhan pulak dengan adik beradik – memang dasyat – mujurlah sekarang dah dewasa semua dah matang yang jenis kalau tak matang boleh bermasam muka sesama sendiri. Dan berbalik pasal mental koyak Sehingga sekarang aku tak akan maafkan pakcik kecuali dia mengaku semua dia buat dan mengaku depan adik beradik aku dan juga mak aku.

Tapi itu lah siapa nak mengaku kalau berak tengah jalan. Aku pun tak tahu sampai bila ujian ni akan berterusan aku memang tak boleh terima langsung pakcik aku atas apa dia buat kat aku dulu sebab mental aku memang koyak dan zaman remaja aku penuh dengan ketakutan dan airmata dan kesannya Hingga sekarang. Setiap kali aku solat dan berdoa Tuhan jauhkan kami dari lelaki itu manusia yang bertopengkan syaitan … bilakah waktu ujian ini akan berhenti ?…Banyak lagi sebenarnya yang terjadi tapi aku pendekkan dan ringkaskan cerita, ni pun aku sudah rasa panjang dah, dan takut orang lain baca bosan la pulak bila panjang2. Akhir cerita aku minta maaf kalau ada ayat yang salah dan …

Ibu kalau kata aku kurang ajar, sebab ibu pun pernah kurang ajar dengan aku… bila kata aku yang salah ibu juga pernah salah pada aku, siapakah yang menjadikan aku seperti ini ? Masih kah ibu ingat ?

– Miss Cinderella @ cik M (Need help)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *