Untuk part I, (https://iiumc.com/mental-koyak-3/).
Assalamualaikum, nama aku cik Cinderella. Sebelum ini aku pernah cerita di sini tapi macam tak berapa lengkap sebab aku ringkaskan cerita tetapi macam tergantunglah pula (maaf). Cerita tu sebenarnya dah lama (gangguan sesksual) tapi kesannya sehingga sekarang (mental koyak) sebabnya aku dah dewasa sekarang.
Sebabnya sebelum benda ni terhenti aku dah selamat kan diri aku sendiri aku lari dari rumah, kerja dan tinggal di asrama (Ganguan sesksual itu tetap diteruskan tapi melalui handphone pula, mesej Lucah-pula dia hantar, sehingga umur aku 19 tahun) tapi aku ada mengugut pakcik jika dia teruskan benda ni (serangan seksual dan mesej lucah) aku tak segan2 memberitahu adik beradik yang lain walau pun tak ada siapa yang percaya dan aku juga akan merepot polis .
Dan dengan Berjalannya waktu dan pakcik tak menganggu aku lagi (tetap aku berjaga2 dan berhati2 juga), tapi dengan kejamnya aku pernah di tuduh gila dan aku pernah disihir (masa umur aku 15tahun) tapi aku tak tahu dari siapa yang buat semua ini, Jin juga boleh kata orang lain sebab tak akan ada mengaku siapa Tuan dia yang hantar (kalau boleh dia akan memnuduh pula orang lain) hati aku tetap mengatakan ada Kaitan semua benda ini ( sebab sihir ini aku rasa sejak ada gangguan seksual itu) Walau pernah dituduh Gila (sebab aku pernah kemurungan ketika umur aku 15 tahun sebab hal itu tercampur aku kena gangguan sesksual dan juga terkena sihir ).
Aku selalu berdoa Tuhan berbalik pada yang menuduh dan menyihir aku itu pada orang itu – tapi selepas beberapa tahun (lama jugak lah aku hidup berdikari dan hidup sendiri ) aku terkena lagi sakit misteri ( sihir yang ke 2) tak lama selepas itu aku terpaksa balik rumah walau pun aku tak mahu ( kalau boleh aku nak tinggal rumah kakak tapi dalam waktu yang sama aku tak ingin menyusahkan kakak lagi sebab dia pun ada keluarga sendiri , lagi pun aku trauma dengan lelaki walau pun abang iPar aku baik, aku tetap takut dengan lelaki luar tapi yang lebih2 lagi ada kaitan dengan keluarga-susah aku nak terangkan tentang aku ketika itu) , walau pun duduk di rumah yang sama dengan mereka, aku juga selalu jauhkan diri dari mereka (walau tak selamanya aku boleh jauhkan diri sebab itu adalah ibu aku, walau pun benci sekali pun ibu pada aku dan kadang timbul juga kebencian aku pada ibu…
Aku tetap kasihan pada ibu, walau aku tidak dikasihani) dan sekarang aku sudah sembuh dari penyakit misteri itu walau pun 3 kali aku kena (sihir) dan ia terjadi pula bila aku duduk asing sahaja dari rumah , sebelum kejadian sihir ke 3 tu terjadi, aku tinggal dengan ibu selepas ibu bergaduh dengan aku lagi dan menghalau aku , aku pun lari dan cari rumah sewa dan tinggal di situ dan musibah datang bila aku disihir pula kali ke-3 yang buat aku terpaksa berubat ( kali ini aku berubat dan sudah sembuh sepenuhnya) dan aku pun balik rumah hingga sekarang .
Sekarang ni ibu dan pakcik dah tua (mungkin dia pedo) gangguan tu tak ada lagi tapi aku tetap ‘berhati2’ dan berwaspada takut perangai lama dia tu timbul kembali ( tua2 keladi ) walau pun semua dah terlalu lama terjadi aku rasa sebab kesannya membuatkan mental aku koyak dan percayalah sesiapa yang pernah kena ganguaan seksual ( atau lebih dari itu) kesannya sehingga bila-bila. Bila aku teringat aku jadi benci pada pakcik aku dan ibu . Kenapa ibu sanggup buat macam tu ? kepada aku dan kenapa aku . Aku tak dapat memaafkan mereka, mungkin kalau adik beradik lain boleh memaafkan mereka, tapi apa yang aku alami (gangguan seksual) tidak terjadi pada adik beradik lain, aku yang cedera emosi, tertekan dan mental koyak.
Walaupun gangguan sesksual tiada lagi kini, perangai ibu tetap macam dulu sayang suami lebih daripada aku @ anak-anak dia ( ada anak ibu yang ibu sayang, yang bagi duit lebih Kat dia sahaja/ aku ada bagi juga Tapi tak banyak la) dan bagi ibu aku menyusahkan dia, bila kami bergaduh (biasalah duduk sekali, yang dekat bau tahi…yang jauh bau wangi) perkataan halau tu (bila salah faham @ berselisih faham) tetap ada dan macam2 lagi perkataan yang membuat aku menguris hati…
Dan baru-baru ini ibu cari pasal lagi dengan aku Sbbnya aku menegur pakcik supaya tidak merokok dalam rumah (abang2 aku tidak ada seorang pun yang perokok) sedangkan ibu tengah batuk2 tidak berhenti (rasanya lebih daripada 3minggu@dah sebulan walau pun dah makan ubat ,aku rasa berpunca dari asap rokok yang pakcik hisap dalam rumah) dan lagi pun aku memang tidak suka bau rokok , busuk dan boleh buat aku pening kepala( ibu mana pernah tahu perasaan aku, dia hanya fikir suami dia sahaja yang mengatakan aku tak hormat orang tua … tapi ibu dia suami mu itu yang engkau selalu agungkan x pantas untuk aku hormat, apakah ibu sudah lupa apa yang membuat aku hilang rasa hormat itu? Dan ibu masihkah kau ingat).
Tak tahulah apa yang pakcik aku putar belitkan cerita sampai ibu sanggup halau aku , sebelum tu kami ada gaduh hal yang kecil2 sahaja lepas tu habis ibu mengungkit dan menghalau , ibu cakap kalau tak suka tinggal sini tak payah duduk rumah ini. Aku ada sebab tertentu aku tak dapat aku pergi dari sini , pertama aku ada beberapa ekor kucing yang aku bela dan aku sangat sayangkan kucing2 aku ( kalau tak dah lama aku pergi ibu , tak perlu menunggu sehingga kau menghalau aku ibu) dan yang kedua jika aku berpindah duduk berasingan (mungkin cari rumah kongsi sebab aku tak mampu sewa 1 org sahaja) kucing aku pasti aku akan dan mahu bawa sekali , aku tak ingin tinggalkan kucing aku lagi ( seperti mana aku pernah buat masa aku kecil dulu) dan tentu tak semuanya orang akan suka kucing (housemate @ roommate).
Jadi buat masa sekarang ni dalam rumah ini aku duduk jew dalam bilik , selagi boleh aku sabar aku sabar(tapi aku akan tetap cari jalan) Aku sayang ibu dan kasihan akan dia sebab dia dah tua dan sakit2 (mulut masih gagah) masa dia masuk hospital dulu aku yang jaga ibu(bukan mengungkit tapi aku tak pernah dihargai apa kebaikan aku yang buat hanya jadi tahi yang terpalit) , kadang aku bergilir dengan kakak aku. Aku bukan apa cuma sebab mental aku yang koyak kerana kenangan silam tu yang buat aku benci dan tak boleh maafkan mereka …terkesan dari gangguan sesksual itu dan juga perbuatan ibu, dan lagi pun perangai ibu tetap suka membuat cerita hal keburukan orang lain ( dan mengadu domba adik beradik).
Bila aku bergaduh ni dia reka cerita pula keburukan aku kepada abang aku , aku tak hairan pun sebab sebelum ni pun ibu ketika gaduh dengan abang pun dia cerita juga keburukan abang aku pada kakak dan aku juga ( tu sebab aku malas nak ambik pusing walau menyakitkan hati) n nasib baik abang aku ada juga bercakap dengan aku kalau tak aku cakap jew dengan kucing , ibu pandai simpan kesalahan dia dan selalu menggunakan kuasa veto status ibu untuk menraih sokongan (dari adik beradik lain) ,simpati dan juga dia lah yang jadi mangsa keadaan bila bergaduh dengan aku @ jika bergaduh adik beradik yang lain (tengoklah keadaan siapa menjadi mangsa ketika itu,orang itu akan ibu burukkan sampai boleh orang lain akan ingat sampai bila itu adalah keburukan kau walaupun itu bukan.) ibu juga pernah bergaduh dengan madunya dan mengatakan madunya bomahkan dia dan juga ibu juga akan cerita keburukan sesiapa sahaja walau orang itu adalah kawan baik ibu sendiri , @ siapa sahaja kalau ada yang tidak kena dengan mata dia .
Aku pernah bertingkah dengan ibu sebab tak suka dia cerita tentang keburukan orang lain dan kuat curiga dan juga suka berfikiran negative itu , tapi ibu tetap rasa dia yang betul. Bukannya aku tak pernah mengadu sikap ibu aku itu pada kakak , kakak suruh aku Diam jew bila ibu berkata apa pun sebab dia dah tua, perangai macam budak2 balik. Kadang aku terfikir mungkin jgk kot(walau pun pernah juga menjawab dengan ibu aku jadi pendebatan yang panjang sebab aku tak tahan dengan sikap ibu), bukan nak kata aku ni baik mungkin ada juga yang tak baik pada aku , tapi tegurlah dengan elok bukan menyindir atau mencerita pula keburukan aku itu pada yang lain dan hanya boleh mengeruhkan keadaan adalah. Dan Ibu juga dan sangat suka , iaitu Semua perkara nak mempertikaikan dan nak kondem. Dan dia sahaja dia rasa perfect.
Ni jew la dulu update sekarang , apa pun terima kasih yang sudi baca dan terima kasih pada perhatian dan cadangan yang sebelum ini maaflah kalau ada yang keliru , aku tak bercerita lengkap pada cerita yang pertama, terus aku hantar . Mental koyak tu masih ada sehingga sekarang tapi boleh terkawal sekarang sebab aku ada Allah, Kalau tak dah lama aku bunuh pakcik aku( tapi aku masih ingat dosa dan pahala ) cukuplah mereka yang membuat dosa pada aku . Tapi aku tetap mahu pakcik aku jauh dari hidup kami dan aku . Dan tetap aku doakan itu sehingga kini.
Tapi aku mintak kalian berdoa (sebab aku sendiri dah berdoa tapi belum termakbul lagi dari Tuhan) mungkin ada doa yang Tuhan ‘dengar’dan ‘makbulkan’ dari kalian semua… ‘ semoga Ujian itu akan terhenti dan ibu berubah perangai dan pakcik aku pergi dari hidup kami selamanya ‘( sebab bagi aku ,perangai ibu macam tu sejak dia kenal dan kahwin pakcik aku tu jadi perangai dia berubah 360 darjah dan juga 100%) – * ( kalau tak dia yang berambus dari hidup kami , mungkin aku yang harus berambus dari hidup mereka).
Aku cerita disini pun sebab aku tak mahu dibebankan perasaan mental koyak ini ( takut lama2 jadi barah) walau pun orang tak kenal aku tapi mungkin boleh kenal dari cerita-cerita aku , sebabnya aku tak dapat cerita dan luahkan yang sebenarnya pada adik beradik aku dan juga pada saudara yang lain , sebabnya itu ibu , dan ibu kami. Dan ibu saudara ku (kakak ibu) pernah bertanya aku ketika dulu waktu aku masih kecil dan ketika umur aku belasan tahun adakah ayah baru itu baik orangnya? Tapi aku tak dapat menjawab yang sebenarnya ( walau pun hati aku meronta ingin mencerita yang sebenarnya )pada ibu saudara aku tentang kejahatan yang pernah pakcik aku buat tapi mulut aku seakan terkunci.
Dan dengan aku tulis di sini ini adalah jawapan bagi cerita ini lah yang sesungguhnya terjadi dan apa sebenarnya , aku tidak boleh mencerita kepada yang mengenal aku kerana tak tahu bagaimana ingin aku katakan dan mengatakan yang sebenarnya dan aku takut aku pula yang di tuduh tidak berakal Dan dengan kebenaran ini walau pun aku mati cerita ini tak akan pernah padam (aku harap begitu) akan di ingat kisah aku walau pun ketika aku hidup aku tanpa dan tiada pembelaan … ( aku sumpah ini bukan rekaan dan bukan cerita dongeng ini betul2 terjadi pada aku yang malang @ ini ujian untuk hidup aku )
Masih memerlukan (need help) sebab ‘mental aku koyak’.
– Cik Cinderella @ Cik M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit