Assalamualaikum,
Terima kasih admin kalau dapat siarkan kisah ini.Sebelum itu,saya ingin menasihatkan pada yang bergelar ibubapa,supaya sentiasa memberi perhatian kepada setiap anak2 dan prihatinlah terhadap perkembangan emosinya supaya tidak menjadi seperti saya.Walaupun isu nya kecil, janganlah dipandang enteng sbb perkara ni boleh mempengaruhi kehidupannya kelak.Saya sudah berkahwin 5tahun dan masih belum ada zuriat.Berumur 28tahun dan bekerja sendiri dari rumah.
Setiap kali perkara yg berkaitan dengan emosi berlaku,saya akan ingat.Mungkin saya jenis pengingat.Lebih2 lagi emosi sedih.Maaf kalau cerita ini bnyak yg throwback2 dan agak panjang.Saya bukanlah seorang yang pendendam.Saya juga memaafkan dan melupakan apa yang berlaku.tapi setiap kali ‘memori sedih’ tu datang,saya tak boleh mengelak.emosi saya boleh jadi tak keruan dan sedih tiba2.Emosi ini boleh datang tak kira masa dan tempat.Ia mungkin bergantung pada saya mcm mana nak mengawal emosi tersebut.Emosi yang saya maksudkan ini,segala memori sedih datang tiba-tiba dan menjadikan emosi tidak stabil,akhirnya menangis dan murung.Saya tak taula kalau saya ni sakit atau mental.Sebab tak pernah rujuk ke mana2 doktor atau pakar psikologi.
Sejak dari kecil,mungkin sudah nasib saya sentiasa menjadi mangsa marah ibu dan ayah walaupun bukan salah saya sampai di cop anak nakal.Saya ada 6 adik beradik anak yg ke-3.Dulu,Saya ditampar dan dikurung kerana bergaduh tidak mau berkongsi anak patung saya dengan kakak walhal masing2 ada patung sendiri.Saya dilibas tali pinggang kerana abang menuduh saya menolak dia dari belakang sehingga jatuh tangga padahal saya baru sampai di tempat kejadian.Saya di cubit2 kerana ibu ingat saya mengacau adik yang sedang tidur.padahal sy tengah tengok tv.Yang letak buai kt depan tu sapa suruh.letakla dalam bilik.Sakit tau tak kene cubit sampai berbekas masa tu.Pernah saya main lari2 dengan sepupu,dia terjatuh sampai berdarah dan menyalahkan saya sbb menolak dia padahal saya tak tolak pun.Memang terukla kene dengan ayah, kene tampar dan di rotan depan sepupu2 saya yang lain.Akhirnya saya dikurung dalam bilik air.Duduklah dalam gelap tu.Ibu hanya berkata padan muka sapa suruh tolak.Tak ada orang percayakan saya masa itu.Bila teringat muka sepupu tu senyum puas hati gamaknya tengok sy kene rotan,rasa sakit hati sampai sekarang tak hilang.Rasa janggal kalau jumpa sepupu tu.
Pernah dulu,Ibu dan ayah buat umrah,saya tinggal dengan nenek.Masa tu darjah 4.Biasala budak2. Memang tak biasa buat kerja dapur.Nenek tengking2 marah sebab tak tolong dia buat kerja dapur.kakak dan abang ketika itu dah masuk asrama.Bila saya datang nak tolong,dia pulak baling pinggan2 plastik dan periuk2 tu kebawah.Dalam saya sakit hati tu still kutip pinggan dan periuk letak ke tempat asal.Yes,rasa sakit tu dibawa ke harini.Banyak peristiwa berlaku yang mendera perasaan saya.Adik beradik yang lain memang susah nk kene cubit,rotan,tampar dan bilasan tali pinggang ni.Kakak saya lagilah pulak anak kesayangan memang tak pernah kene pukul mungkin anak sulung kot.Orang kata anak sulung ni tanda cinta suami isteri.Habis yg kedua ketiga keempat ni bukan tanda cinta diorang ke?
Saya juga pernah mempertahankan diri dengan memberontak.Saya marah ibu sbb slalu sebelahkan kakak dan abang,sampai cakap entah2 saya ni bukan anak kandung.Ibu apa lagi mengamuk sampai mencilikan mulut saya.Situasi tu masih ingat sampai sekarang saya tepis2 tangan ibu tapi dia berjaya jugak bagi saya makan cili tu.Pedas yang amat,berdering sampai ke telinga.Mulut pun terasa pijar dan kebas sampai muntah2.Saya mengurungkan diri tak makan,tak mandi just menangis mengenang nasib.Tapi tak ada pun yang mempedulikan saya.Ibu dan ayah tak pernah pujuk.Pandai2lah kau nak hidup sape suruh kurang ajar dengan ibu.Banyak lagi perkara yang berlaku.Tak semua saya ceritakan disini.
Dalam pelajaran,kakak dan abang memang slalu score,cuma saya je lemah bab akademik ni.Kadang saya rasa cemburu sebab kakak dan abang selalu dapat hadiah dari ayah.Ayah belanja makan sedap2 sbb diorang dapat result best.Saya? Saya rasa rendah diri dan hanya menangis secara senyap sebab saya rasa dah buat yang terbaik tapi ibu dan ayah tak pernah hargai.(ala dah berjurai airmata sambil taip ni).Saya seorang yang aktif sukan,banyak masuk persatuan dan suka seni.Ibu dan ayah memang tak suka kalau saya join sukan or persatuan2 ni sebab pelajaran boleh terabai katanya.Seni pun ibuayah tak suka sebab ayah cakap seni2 ni tak ada masa depan!
Masa masuk U dulu,sy masuk IPTS,kakak abang pula IPTA.Saya selalu dapat pointer tinggi and best student.Tapi adik bradik pulak cakap alah,ipts memangla senang score.Ko bayar gaji lecturer tu.Memanglah dapat pointer tinggi.Saya bergaduh lagi.Biasalah ibu,menangkan kakak n abang. sem 1- sem 3 sy maintain best student tapi tak dapat apa2 gift dari ibuayah.Tapi kalau kakak dan abang dapat pointer tinggi mesti dapat duit lebih ke,atau barang2 mahal.Saya?mereputla nk dapat. Masuk sem 4, sy still dapat 3.5 keatas.Ada 1 hari tu, ayah ketuk pintu bilik dan menyerahkan telefon bimbit baru.Ayah cakap ni hadiah sebab serina dapat best student.Masa tu jugak saya sebak dan menangis semahunya depan ayah.Perasaan yg akhirnya ada orang menghargai aku.
Bila masuk umur 22 tahun,saya bertunang dan nk berkahwin.Masa ni saya memang rasa sakit hati dengan kakak.Saya langkah bendul.Tapi masa nk cari baju tunang,Dia punya sibuk macam dia yang nak bertunang.Siap test pakai2 baju.Ibu saya hanya fokus pada kakak.Konon nak jaga hati dia.Habis hati saya ni macam mana?Padahal saya yang nak bertunang.Saya tertanya2 kenapa ibu selalu jaga hati anak yang lain tapi saya tak?Apa salah saya?Sebenarnya kehidupan saya normal aje.family saya bahagia je macam orang lain.Cuma saya ada masalah bila ’emosi sedih’ ni datang.
Bila dah berkahwin,masalah dengan ibu mertua pula.Saya panggil mak.Ingat dah kahwin bolehla nak menumpang kasih,tapi ternyata saya bukanlah menantu pilihan.Ada je yang tak kena di mata mak.Lagilah saya dah lama kahwin,tak dapat2 anak.Mak sampai dah suruh anaknya kahwin dua.Belum lagi masalah dengan suami.kami lakibini pulak memang bz dengan kerja.Tak perluah saya ceritakan nt jadi ‘KRT’ pulak.Kakak dan abang dah ada anak.Ibu ayah memang sayang gila kat cucu2. Macam2 beli mainan,baju semua dapat.Ayah Selalu update gambar cucu di whatsapp.Caption dia ‘serina bila pulak nak dapat anak?bila nak bagi cucu pada ayah?’ Pertanyaan yang berulang.Belum sedara mara lagi.Entahla tak perlu nak bahas lagi.Hanya orang yang tiada anak sahaja yang faham perasaan dia.Untuk pengetahuan semua,Sejak dah duduk asing ni hubungan dengan ibuayah,adik bradik okay sahaja boleh dikatakan happy family.Slalu gathering,gelak bersama n bercuti bersama.
Sekarang ‘memori sedih’ ini kerap jugakla datang menyerang.Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan dan cuba melawan emosi ini.Setiap kali ‘dia’ datang saya mesti mengenggam tangan dgn kuat,mengetip gigi menahan perasaan sakit di hati,menangis,meraung,memeluk bantal,termenung,cakap sorang2 dan menangis lagi sehingga tarik2 rambut sendiri.Selepas ‘memori sedih’ ni pergi,Saya akan back to normal,happy2 gelak macam orang lain.Luaran saya memang normal,saya happy,saya tak tinggal solat,sy bersyukur walau ada kalanya menyalahkan takdir dan saya bertaubat kembali. Benda ni berulang2 berlaku.Adakah dalaman saya mental?:(_
– Serina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit