Aku kalau boleh tak nak luah tapi aku dah tak tahan. Aku bukan baru sekarang tak tahan tapi dah lama aku pendamkan dari dulu sampai sekarang.
Hari2, setiap masa dan setiap tahun aku ters3ksa. Aku tak didera dan dipukul secara fizikal tetapi mental aku tersiksa. Mental aku bukan tersiksa oleh cara2 kasar seperti dimarahi atau dihina tetapi secara halus dengan cara dihiraukan dan dipulaukan.
Aku mulakan latar belakang aku dulu. Aku seorang perempuan dan merupakan anak tunggal yang berumur 20an. Menetap di kuala lumpur bersama ibu bapa yang berumur 50an dan 60an. Hidup luaran ku nampak biasa dan normal tetapi sebenarnya aku tersiksa.
Aku tak pandai nak mengarang cerita sebabnya aku lebih kepada emosi. Maafkan aku kalau cerita aku panjang, tak menarik dan kearah kemarahan sebab aku geram setiap kali terfikirkan apa yang aku lalui. Aku akan cerita dengan panjang sebab aku tahu ramai yang tak suka cerita berepisod.
Ibu bapa ku nampak luaran seorang yang baik, pemurah dan peramah. Selalu mengaji, pergi surau, bersukan, bermasyarakat, bersedekah dan macam2 lagi. Nampak memang baik ataupun mungkin mereka memang baik tetapi disebaliknya hanya aku yang tahu.
Memang aku tak nafikan kita semua ada banyak personaliti. Di luar kita lain, dengan saudara mara lain, dengan kawan2 lain, dengan jiran2 lain dan dalam keluarga kecil kita sendiri lain. Berlainan perangai tu tak salah yang salahnya ialah bila hipokrit.
Aku cukup benci dengan orang yang hipokrit, salah guna kuasa, perasan diri bagus dan ego, tidak jujur, tidak bertanggungjawab dan juga tidak mengambil berat.
Malangnya semua sikap itu ada pada ibu bapa ku. Ayah aku seorang yang narsistik manakala ibuku seorang yang lemah dan tiada pendirian. Aku tak tahu macam mana ibu bapaku yang kelihatan ‘hebat’ di luar tetapi berperangai ‘teruk’ begitu sekali.
Aku faham yang kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita dan kita pun tak boleh pilih siapa anak kita sebabnya itu semua takdir. Tapi kita sebenarnya boleh corakkan keluarga kita jadi keluarga yang bahagia. Ayah aku lebih suka cari kebahagian di luar berbanding dalam keluarga sendiri.
Mungkin sebab itu mak aku kelihatan teramat penat dari segi mental fizikal dan seakan2 meroyan serta panas baran masa dia berimur 30an dulu.
Ayah aku amat ‘menyayangi’ aku masa aku kecil2 dulu iaitu dari bayi hingga aku berumur 3 ke 4 tahun kerana aku tidak membuat ‘perangai’ dan memberontak. Jika kaji ciri2 seorang narsistik ni, dia akan menyayangi anaknya selagi anaknya tak menjadi cabaran buatnya.
Ayah aku suka yang indah2 sahaja. Semua urusan penjagaan, mendidik dan menghantar ambil aku sekolah dilakukan oleh ibu aku walaupun pada masa itu ibu hanya berjalan kaki sehingga lebih dari 10 km sambil mengendong aku sebab ayah aku tak nak menyusahkan dirinya.
Ayah aku tak pernah nak ambil tahu semua hal kejayaan, kegagalan dan kesihatan aku dan ibuku. Selagi nyawa kami ada, kami perlu selesaikan sendiri tanpa bantuannya. Ayah aku seorang yang hipokrit. Dia selalu cerita kelebihan dia seperti rajin kemas rumah walaupun tiada apa yang dia lakukan.
Semua orang kata aku dan ibuku beruntung dapat ayah yang sedemikian yang selalu tolong basuh baju, mengemop dan kemas rumah. Padahal dia cuma basuh baju dia sendiri, mop lantai dan buang sampah.
Kerja2 lain dilakukan oleh mak aku termasuk basuh baju dia yang banyak tu. Rumah kami tiada mesin basuh.
Hidup ayah aku adalah mengarah dan suka marah. Dia memang hipokrit sebabnya selalu tunjuk baik dengan bagi nasihat pada orang lain tapi tak pedulikan kesusahan kami. Kalau di rumah semua benda dia minta mak aku buatkan dari benda yang mudah seperti buatkan air sehingga membuat akaun surau.
Akaun surau tu merupakan kerja dia sebagai bendahari surau tapi dia tak pernah buat dan tak pernah nak belajar buat walaupun kerja dia sendiri. Bila dah siap dia kata itu dia yang buatkan tanpa kreditkan langsung hasil penat lelah mak aku buat sehingga berbulan2 tidak tidur malam.
Ayah aku dulu janji selepas pencen mahu kemas rumah tetapi dah 2 tahun pencen, pinggan mangkuk pun tak basuh. Dia hari2 sibuk kejar aktiviti bersukan dia sampai marah2 mak aku bila lambat siapkan dia.
Dahlah hipokrit, degil juga tu. Dah tua lutut sakit tapi masih bersukan yang gunakan lutut lepastu jalan terdengkut2. Dia kata sakit lutut sebab dah tua bukan sebab bersukan. Ego betul tak nak mengaku.
Ayah aku seorang yang boros tidak menyimpan, hipokrit, ego dan degil. Baru2 ni kucing aku yang paling senior perlu dibedah sebab mengalami ketumbuhan di perut.
Aku dah lama nasihatkan suruh buang rahim tapi aku dipersalahkan sebagai seorang yang kejam dan ‘b*d*h’. Akhirnya selepas dinasihatkan oleh doktor, ayah aku akur jua tetapi dia tetap tak nak mengaku salah dia.
Sebelum dapat nasihat doktor, ayah aku tak habis2 mengatakan yang kucing aku tu sihat dan aku ni mengada2. Kalau tidak kucing aku dah aruah dah, nanti dia juga yang menangis teresak2. Hipokrit sungguh. Tak jaga kucing langsung tapi sedih berlebihan.
Kalau nak tahu kami mempunyai berpuluh2 kucing sebelum tetapi semuanya dah meninggal. Setiap kali kucing sakit, ayah aku selalu malas nak bawa ke klinik dan nak rawat kucing2 ni. Semua mak aku yang buatkan.
Yang jadi masalahnya bila sampai je di klinik, ayah aku akan jadi seorang yang peramah dan penyanyang.
Semua ingat ayah aku penyayang termasuk veterinar sekali. Dia selalu panggil2 nama kucing dengan kuat dengan nada ‘penyayang’ sehingga semua orang dengar di klinik tu. Dasar hipokrit betul.
Bila aku bagi nasihat dari kecil hingga ke hari ini. Semua benda ditentangnya. Kalau nak tahu itulah sikap orang narsistik yang tak pernah nak percaya nasihat orang walaupun betul.
Aku merupakan pelajar jurusan alam bina tetapi ayah aku tak pernah nak dengar nasihat walaupun aku yang lebih pakar dari ayah aku.
Tapi bila bersembang dengan orang lain, dia sibuk ‘jual’ nama aku sebab dia nak bangga yang anak dia belajar bidang tu. Hipokrit sangat2. Depan orang dia puji2 aku, belakang orang dia kutuk aku. Ayah aku tu bertukang apa pun tak reti. Ketuk paku pun tak reti.
Jiran atas rumah aku ni, anak2 kecil dia hari2 melompat, berlari, tarik sorong perabot dan baling2 barang. Aku dah lama suruh mak aku tegur jiran atas ni. Tapi biasalah mak aku semua nak tanya ayah aku.
Dan ayah aku siap marah2 mak dan aku. Dia tak nak tegur jiran atas ni dan tak nak bagi mak aku tegur dengan alasan tak nak bermasam muka dan tak nak bergaduh2. Apa masalahnya?
Tegur pun tak lagi dah tak nak bermasam muka? Sedangkan hari2 tegur sapa tu boleh? Kan aku kata yang ayah aku nak yang indah2 je.
Aku rimas dan benci dengan bunyi atas rumah aku ni hari2 setiap masa. Kalau waktu cuti sampai pukul 3 pagi buat bising. Aku dah lah dengan online test, online exam dengan online presentation.
Aku hari2 stress dan mengamuk. Bila aku mengamuk aku bukan hanya ketuk syiling aku bagi dorang dengar tapi aku aku baling2 barang dan menjerit2 sekali. Aku bukan hanya stress sebabkan jiran atas aku ni bising. Tapi aku stress kenapa aku dapat mak ayah perangai macam ni.
Kenapa aku malang sangat? Mak ayah aku bukannya orang kampung b*d*h. Maaf aku guna ayat b*d*h tu.
Kenapa mak ayah aku tak pernah pedulikan jiwa aku? Kenapa mak ayah aku bagi aku merana dan tersiksa sorang? Kenapa mak ayah aku lebih pentingkan air mukanya? Aku ni apa? Aku ni tak penting ke?
Bila aku mengamuk je atau bila kami bergaduh. Ya, rumah aku tak harmoni ye. Setiap perbalahan je mesti bergaduh terutama bila dah pendam lama tapi ini punca datang dari ayah aku yang ego, hipokrit dan narsistik tu juga. Jadi berbalik kepada pergaduhan tadi.
Bila mak aku bergaduh je dengan ayah aku, ayah aku mesti tak mengaku salah dan buat pasif aggresif iaitu pertiakaikan yang sebab mak aku selalu salahkan dia ialah sebab mak aku nak dia (ayah) aku cepat m4ti. Itulah namanya narsistik.
Bila mak aku sedih pula lepas gaduh dengan ayah aku, mak aku pula akan cakap yang ayah aku buat perangai macam tu sebab nak dia (mak) aku cepat m4ti kan. Mak aku kata kalau dia dah m4ti, senanglah ayah kawin baru.
Bila aku mempertikaikan dan meninggi suara terhadap ayah aku, ayah aku akan kata aku biadap dan dia selalunya mendiamkan diri di bilik ataupun keluar rumah. Tak pernah pun sekali dia mengaku salah dia. Ego betul.
Tapi hakikat yang sebenarnya 80% aku selalu bergaduh dan bertekak dengan mak aku sebab aku sentiasa yang paling rapat dengan aku.
Aku benci kenapa dia tiada pendirian. Kenapa dia tak boleh bersuara depan ayah. Kenapa dia rela kalah di depan ayah. Kenapa dia berpihak kepada ayah melebihi diri aku walaupun aku betul.
Aku punya kemarahan dan mengamuk aku bukan biasa2 ya. Aku bukannya bangga tetapi memang teruk.
Setiap kali aku marah, suara aku akan tinggi, menyumpah2 dan aku akan baling barang apa2 sahaja. Dah banyak makanan dan minuman jadi mangsa pembalingan aku. Bila aku geram aku tak ingat apa dah. Habis berselerak bilik aku.
Dulunya masa aku kecil2 aku cuma ingat yang aku ni biadab dan memberontak tetapi bila aku dah besar baru aku tahu kenapa aku jadi macam ni. Semua ni hasil ‘didikan’ mak ayah aku sendiri.
Masa aku kecil mak aku selalu pukul aku walaupun aku tak salah sebab nak jadikan aku tempat lepas geram dari ayah aku.
Dulu masa aku kecil mak aku pernah baling donut kesayangan aku sebab dia malu ditegur oleh seorang jemaah perempuan masa solat terawih sebab aku bising. Dia heret aku dari masjid sampai kereta ada dalam 1 km ke 2 km ke kereta.
Begitu juga bila dekat rumah dia akan rotan aku, lempang aku, ketuk kepala aku dan baling makanan ke muka aku.
Memang mak ayah aku seorang yang panas baran dan hasilnya membuatkan aku seorang yang panas baran tetapi malah teruk lagi. Ditambah pula perangai tegas dan garang aku macam opah2 dan atuk2 aku. Aku sendiri pun takut dan malu dengan diri aku tapi aku tak boleh buat apa.
Selagi ayah dan mak aku bersikap macam tu selagi tulah aku jadi anak yang derhaka dan biadab. Malangnya ego ayah aku masih tinggi dan mak aku pula tak nak bebas dari cengkaman ayah dan sentiasa ikut nasihat ayah sebabnya ayah tu ‘ketua keluarga’.
Kalau nak cerita tentang sengsara mental aku dan sikap keluarga aku, sampai bila2 pun tak akan habis. Sakit dan merana hidup dalam keluarga macam ni walaupun kami hanya bertiga sahaja.
Aku malu dan benci dengan diri aku. Sebabkan keluarga aku aku sentiasa dilanda stress dan anxiety. Ujian dass aku sentiasa tunjuk yang stress dan anxiety aku ditahap yang tinggi.
Aku malu suatu hari nanti kalau ada lelaki yang nak jadikan aku sebagai isteri. Aku tak rasa dia sanggup nak jaga aku. Aku lemah fizikal dan mental aku tak sihat. Hari2 mengamuk, menjerit, marah2 sampai jiran2 dengar. Aku tak nak bakal anak2 aku ada sikap dan penyakit macam aku.
Aku rasa dah banyak aku luahkan ni. Cukuplah sampai disini. Diharapnya confession aku diterima walaupun berjela2 sebab kalau tak diterima aku akan sedih dah tulis panjang2 ni.
Inilah kali pertama aku tulis dalam keadaan sabar walaupun aku baru je bergaduh dengan mak aku tadi. Habis pecah bekas kek dan terbalik kek yang aku baling dalam bilik aku. Baru aku tahu kenapa mak aku tak tegur jiran atas yang bising ni sebab ayah aku tak nak bermasam muka dan nak jaga air muka dia.
Padahal aku mengamuk2 tadi, aku rasa jiran atas aku dengar je sebab tiba2 dia diam pulak, sebelum tu dia bising2. Aku tak sabar nak tunggu dia pindah setahun lagi.
Jika kalau ramai yang kecam aku, aku mungkin akan buat confession kedua kalau ada yang tanya soalan pada aku.
– ~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit