Mentaliti Kakak Iparku

Assalamualaikum warga IIUM Confession,

Saya seorang isteri berumur 27 tahun, suri rumah sepenuh masa, dikurniakan 3 orang cahaya mata, dan mempunyai suami yang sangat baik bekerja sebagai penjawat awam.

Suami saya berasal dari Sabah, telah kematian ibu bapa tersayang.

Walaupun arwah ibu bapa mertua sudah tiada, kami tetap pulang untuk menjenguk saudara mara, adik beradik.

Jadi setahun sekali, kami akan pulang ke sabah selama 2 minggu atau lebih.

Setiap kali kami planning untuk balik kampung, sudah semestinya saya yang akan merancang segala perbelanjaan selama 2 minggu keberadaan di sabah dan sediakan tabung.

Saya sangat sakit kepala setiap kali merancang budget balik ke sana kerana seminggu saja sudah 5k, apatah lagi 2 minggu. 10k paling kurang.

Untuk pengetahuan, rumah ibu bapa mertua didiami oleh kakak ipar saya.

Perbelanjaan termasuk barang dapur, belanja makan sepanjang 2 minggu, makan luar, jalan jalan di sponsor sepenuhnya oleh kami. Bukan 1 keluarga, tetapi kadang kadang 4 keluarga.

Kami pernah menolak ajakan untuk keluar berjalan jalan atas kekangan duit, tetapi mereka akan menggunakan alasan setahun sekali, adik beradik pun nak berkira.

Kami tersepit. Mereka sangka kami yang berkerja di semenanjung sangat kaya, dan bila kami balik umpama lubuk emas, minta apa sahaja.

Dengan kegawatan ekonomi, kos barang pun akan naik, saya bertambah risau.

Mereka seakan tidak faham, dengan perbelanjaan anak, sekolah, komitmen bulanan, kami pun baru nak masuk rumah.

Saya takut benda ini boleh buat saya bergaduh dengan keluarga di sana.

Walaupun ibu bapa mertua sudah tiada, kami akan hantar duit bulanan kepada kakak ipar saya.

Jikalau ikutkan kami tidak perlu bagi belanja bulanan, kerana itu tanggungjawab suaminya, tetapi kerana mengingatkan itu kakak, dan agak susah, kami bagi.

Dahulu sebelum ada anak, kami peruntukkan RM700 sebulan ke kampung. Semakin ada anak semakin kurang, sekarang ada 3 oraang anak, kami mampu bagi RM200 sebulan.

Itu pun mereka kata saya control suami, tak nak bagi ke kampung. Itu belum mereka nak duit nak sambung rumah.

Saya faham itu rumah arwah mak/ayah mertua. Tapi cuba faham akan komitmen kami.

Bila suami saya kata tiada duit, mula la semua kakak kakak akan post di group whatsapp, fb segala ceramah tentang tolong adik beradik.

Saya sangat buntu dengan keadaan mereka yang mengangap kami kaya. Sedangkan kami pernah ceritakan segala perbelanjaan kepada mereka. Mereka angguk faham, tapi masih sama.

Kepada family suamiku, percayalah, kami yang bekerja di semenanjung tidak la kaya seperti anda gambarkan. Walaupun ada gaji tetap, kami ada komitment perlu dilangsaikan.

Sekian,

– Atika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *