Mentaliti Orang Kita

Assalamualaikum, Ini kali kedua saya menulis di laman IIUM. Previous post, saya telah berkongsi pengalaman saya sebagai postgrad yang salah pilih SV. Kalini pula, saya akan share mengenai mentaliti orang kita dia alam pekerjaan.

Saya ditawarkan terlebih dahulu untuk bekerja sebagai pembantu makmal (kontrak) di salah sebuah universiti tempatan. Gaji tidak lah banyak. Sementara menunggu pekerjaan tetap, saya bekerja dahulu. Di setiap jabatan di universiti, pasti ada pembantu tadbir, ketua-ketua jabatan, dan baru lah saya dan lain-lain sebagai pembantu.Senang cakap, kuli lah. Pembantu tadbir bergred diploma sangat lah sombong dan memandang rendah terhadap kami. Saya tidak lah merasa kecil hati terhadap layanan, tetapi saya lebih bersimpati dengan pakcik-pakcik yang berjawatan rendah seperti pembantu dan tukang kebun. Mereka umpama sudah lali dengan cacian makian orang-orang atasan. Belum lagi para gadis-gadis, akak-akak, makcik-makcik yang mencuri tulang pergi ke mall untuk membeli tudung. Yang mereka tahu memberi arahan, complain dan mengumpat sesama mereka. Habis.

4 bulan saya bekerja, alhamdullilah saya ditawarkan bekerja di salah sebuah well-known company.Jawatan yang ditawarkan sangat bertepatan dengan landasan saya selama ini. Suasana bekerja di international company sangat lah berbeza berbanding sebelum ini. Mereka lebih terbuka, tetapi menghormati budaya timur kita. Disini saya bergaul dengan different races from different country. Langsung mereka tidak bertanya mengapa bertudung, mengapa pakai macamni. Tak seperti yang readers fikirkan. Tak semua company macamtu. Kami lebih berbincang mengenai kerja dan perkembangan semasa. Jauh berbeza di tempat dahulu. Yang saya dengar, asyik complain dan mengumpat. Bayangkan pasal tudung pon makcik-makcik boleh complain.

Rakan-rakan kerja sangat membantu. Saya fresh grad. Pengalaman bekerja hanya di lab. Saya tidak terdedah dengan suasana luar yang dimana kita akan berhadapan, berkomunikasi dengan CEO, Manager, Assistant. Semua membantu. Cita-cita saya untuk masuk government lepas grad dah pon lenyap. Mungkin kalau ada rezeki di kemudian hari, saya akan consider. Hehe.

Apa yang saya cuba ceritakan disini, banyak pengalaman yang rakan-rakan boleh peroleh di syarikat swasta. Dan anda lebih berfikiran terbuka apabila bercampur dengan bangsa-bangsa lain. Dan mereka lebih mengutamakan courtesy berbanding orang kita. Dan saya banyak belajar dari mereka. Dan mereka sebenarnya sangat menghormati budaya dan agama kita.

Sekian.
Orkid

– Orkid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit