Mentaliti Remaja Akhir Zaman

Asssalamu’alaikum,

Ini merupakan luahan peribadi yang apa saya telah alami kebelakangan ini. Remaja zaman sekarang sememangnya banyak dipengaruhi dengan unsur – unsur luar yang kebanyakannya bersifat negatif. Secara tidak langsung minda mereka telah di “brainwash” dan diketepikan kepentingan agama yang jauh lebih utama.

Mereka lebih mengutamakan hal ehwal dunia berbanding dengan soal akhirat dan Islam tersendiri. Sebagai contoh, apabila mereka diajak atau dipanggil untuk menyertai program – program agama pelbagai alasan yang mereka luahkan semata – mata untuk ‘menyelamatkan’ diri dari terlibat dengan aktivit agama.

Antara alasan yang mereka luahkan,

“hmm,program agama?? Taknak lahhh,nanti tak pasal – pasal aku jadi ustaz/ustazah, nanti kena bahan dengan gelaran ustaz/ustazah pulakkk.”

“Eee,tak nak wehh,aku ni bukannya jenis yang alim – alim punn, lagipun tak best laaa program – program macam tuu, aku tak minat sangat, kalau event ke, pertandingan ke, fest ke, aku join laaa, star point pun takde.”

“Ehhh,malas laa,buat ape pergi?? Bukannya ada faedah punn, baik aku tidur jee, aktiviti yang sama jee setiap kali program agama macam tuu, insaf sekejap, lepas keluar dari program buat balik.”

Nak dikatakan alasan, sememangnya tidak terkira alasan yang mereka akan bagi. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? Sedangkan yang dahulunya berlatar belakangkan sekolah – sekolah agama, mereka pun tidak mahu turut serta sedangkan inilah salah satu titik tolak untuk Islam bangkit di kalangan generasi muda.

Selain itu, tidak ada langsung kecaknaan mereka terhadap Islam, yang sudah tahu faedah dan implikasi darinya pula buat – buat tidak tahu dan bertindak seperti orang yang ‘jahil’ dengan ilmu. “Program agama kau taknak join???!!! Tapi program – program duniawi lain boleh jee kau join!!! Satu alasan pun tak terkeluar kalau bab – bab hiburan.”

Apabila ditanya,

“Boleh jee,bila kita nak pergi? Aku dah tak sabar nak jumpa artis tuu.”

“Haah, aku on jee, asalkan tak boring.”

Kemanakah dibuangnya sifat Islam di dalam diri yang ditanam dari kecil??? Nama sahaja Islam, tetapi akhlak dan perwatakan jaub sekali bercanggah dengan syariah. MasyaAllah, SubhanaAllah, Allahuakhbar!!!

Saya mohon luahan ini disampaikan kepada setiap Remaja Islam yang membawa identiti Islam, nama Islam, maruah Islam dan yang paling penting, “ALLAHUAKHBAR” Allah yang Maha Besar. Kamu menjaga Agama Allah nescaya Allah akan menjaga kamu.

Sekali lagi saya merayu, sampaikan mesej ini ke setiap saluran media sosial ,kongsikan kepada Remaja Islam yang tengah asyik online di laman sosial agar mereka sedar dan muhasabah diri kerana dunia sedang berada pada peringkat pengakhirannya.

Forward dan Share mesej ini, in syaa Allah banyak faedah yang akan sama – sama kita perolehi. Ameenn.

– MRSMS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit