Salam pembaca iium. Page ni macam public confession so alang-alang ramai pembaca yang suka baca orang membebel aku pun nak bebel gak.
Hehe.
Aku tak tahu korang rasa ke tak, tapi aku panas betul kalau ada orang komen, “nilah perangai orang Malaysia”, “meleis memang camni”, “Biasalah lambat ikut waktu Melayu”, dan mesej seangkatan dan sewaktu dengannya.
Okay memang aku tak nafi benda ni memang tertanam dan cerminan kasar untuk orang Melayu khasnya tapi aku harap yang suka sebut dan tulis macam ni pikirlah sikit, tu pun doa dan tulis benda macam ni hanya buat idea ni jadi perpetual.
Entahlah, aku hidup oversea ni selalu nak update pasal Malaysia memang dari fb, makin lama makin meluat pulak tengok komen kat post artikel atau berita Malaysia yang ke arah macam ni.
Dahlah komen selalu takde kena mengena ngan artikel, kalau ada pun tak berkembang betul. Jarang nampak komen yang bincang kenapa isu macam tu, bagi pendapat yang mengupas isu ke, tak habis2 salahkan Umno, BN, komen macai tak macai, DAP dan Najib.
Aku tau salah satu sebab paling senang ialah orang kita kurang membaca dan sistem pendidikan kita pun umm strict sangat ke arah peperiksaan jadinya orang kita kurang berfikir. Kita takut jawapan kita salah atau bila ada orang bagi pendapat yang lain dari kita kita rasa tercabar dan sangat suka attack personaliti orang dari isu. Aku tak kata orang oversea tak macam tu, tapi kalau kat portal artikel malaysia benda ni ketara sangat.
Artikel pasal ekonomi kau salahkan Najib, pasal pengangkutan awam dinaik taraf kau pertikai, orang cerita pasal sains dan sejarah kau banding ilmu tu lagi penting dari ilmu ni, apa2 isu pun majoritinya nak pandang keburukan.
Sila ingat ya, sebab kenapa ekonomi dan keadaan politik kita ni kucar kacir pun ada kena mengena dengan pilihan yang kita buat. Perasan tak orang kita ni suka bising satu malam je untuk isu dan tup tup senyap tanpa tau isu tu resolve ke tak. Selagi tak ada individu atau kumpulan ke depan untuk commit sesuatu isu, kau jangan harap sangat kerajaan je bertindak. Kau pun tau sistem kerajaan banyak biokrasi jadi usaha sendiri pun penting.
kat sini aku nak highlight kuasa individu dan pengguna tapi aku tau makin berjela kalau nak kupas benda ni.
Makin aku nak tulis makin melalut pulak, so tulah confession aku. Aku harap orang Malaysia sedar yang dia tengah duduk atas tanah penuh potensi, raikan orang keliling, buat kerja sesungguh dan bukan hanya pandang keburukan negara.
Aku nak kata tuntutlah ilmu, aku pun budak baru belajar, cuma aku nak ramai tahu, bersyukurnya dapat duduk Malaysia yang rakyat dia tak lokek membantu orang susah dalam dan luar negara. Kita ni lebih dari masyarakat yang hanya membebel bila minyak turun naik, dalam setiap hari fikirkan cara untuk perbaiki nilai diri.
Bacalah lebih banyak artikel, surat khabar pun banyak benda ilmiah kat seksyen tengah (bukan artis tu). Ambil tahu pasal inovasi lokal, impak kat orang keliling dan buat benda yg bagi kau rasa lebih hidup, mula join group lokal yang nak bagi manfaat kat masyarakat-geng bersih surau, taman permainan, ajar anak kecil membaca atau apa-apa saja yang ada impak kat kau dan orang keliling.
Aku bangga ada makin banyak sambutan kat page yang fokus kat sejarah dan sains dan makin banyak orang mula baca karya kritis dari publisher indie.
Anak muda Malaysia banyak potensi, break the stereotype of old generations yang kata orang berjaya hanya spesifik kerjaya atau title atau bangsa. Bila aku cakap macam ni bukan nak salahkan orang tua tapi kita pun tahu, dulu belajar sampai uni ni satu peluang besar untuk anak kampung dan tak semua dapat, idea tu menurun mulut ke mulut tu kekadang masih terlepas dalam mulut orang sekeliling. Kau boleh berjaya, rasa bangga dengan apa yang kau buat.
Support each other and learn more things about other cultures.Malaysiakan berbilang bangsa. Love your neighbor.
Semangatlak aku, kay tu jelah.
-Nak balik Malaysia
– Budak Gombak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit