Mentang-Mentang Anak Cikgu

Assalamualaikum pembaca, namaku Tulip, seorang wanita, ibu dan isteri. Umurku lingkungan 30an dan mempunyai 4 anak. 3 lelaki dan 1 perempuan.

Kehidupanku biasa- biasa saja di Selatan Tanah Air. Mewah tetapi hidup ala kadar. Cukup setakat itu pengenalan tentang diriku.

Aku seorang ibu yang berkerjaya, menguruskan semua tentang anak-anak daripada tempat belajar sehinggalah makan, pakai dah sebagainya.

Kebanyakan hampir 90% tentang anak-anak aku yang atur. Suamiku? Terlalu sibuk dengan perniagaan beliau. Namun aku tak kisah, kerana memang itu mahuku.

Anak-anakku bersekolah di sekolah kerajaan yang biasa-biasa saja tetapi selayaknya masuk banyak jenis pertandingan termasuklah sukan di padang ataupun persembahan di pentas.

Anak-anakku juga terlibat dalam banyak pertandingan yang diadakan di sekolah termasuk olahraga.

Aku dah lama perasan, di dalam kelas anak aku, ramai anak cikgu. Kenapa? Sebab kelas anak aku adalah kelas teratas berbanding 3 kelas-kelas yang lain.

Anak-anak aku kesemuanya dapat kelas yang teratas, Alhamdulillah dapat masuk walaupun terpaksa melalui peperiksaan terlebih dahulu dan kami tidak menggunakan sebarang kabel.

Apa yang pelik di sini, satu ketidakadilan bila ada anak cikgu yang tidak layak turut dimasukkan?

Macam mana aku tahu? Anak itu sendiri yang menceritakan pada anakku. Korang rasa adilkah? Tak rasa seperti ambil hak orang lain ke?

Kenapa aku ceritakan tentang pertandingan tadi? Ye betul, kebanyakannya yang dapat masuk pertandingan juga anak cikgu. Wakil sekolah juga anak cikgu.

Seolah-olah tidak mahu berikan peluang pada pelajar lain. Macam dah tiada pelajar lain di sekolah itu. Asyik-asyik muka yang sama. Menangnya tidak.

Bagaimana pula dengan perlawanan di padang? Ye, juga anak cikgu yang ramai. Malahan, pemilihan keperingkat MSSD, MSSN dan MSSM juga ada anak cikgu. Maaf cakap ye, kami lihat, anak cikgu tu memang tak layak.

Tapi, dia anak cikgu, kan? Lagi-lagi sekarang, markah PAJSK amat penting untuk masuk ke asrama. Lagilah mereka berebut masukkan anak masing-masing. Tak malu ke?

Maaf ye, saya bukan cemburu, tujuan saya buat luahan di sini agar, tolonglah cikgu-cikgu di luar sana, bersikaplah adil pada anak-anak.

Bukan saja pada anak murid, tapi juga pada anak sendiri.

Perlukah memaksa mereka membuat perkara yang mereka tidak suka. Anak-anak yang nak membesar, tugas kita memang mencorak, tapi bentuk corakan bukan juga kita tentukan.

Fikirkanlah wahai cikgu-cikgu di luar sana, jangan menggunakan kelebihan yang anda ada sebagai batu loncatan untuk kesenangan anak-anak.

Berlakulah adil. Bukankah itu sepatutnya yang ditunjukkan oleh para guru di luar sana? Jangan kerana hanya segelintir cikgu bertindak begitu, semua cikgu dipandang tidak jujur melaksanakan amanah.

Beringatlah, Allah tidak tidur, dari saya yang anaknya juga sepatutnya layak ke MSSN turut tersingkir kerana anak cikgu. Terima kasih.

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *