Assalamualaikum. Nama aku Haura, hehehe. Terima kasih kerana siarkan cerita yang tak seberapa ini. Melalui sini saja dapat aku luahan isi hati aku yang terpendam lama ini.
Aku sudah berkahwin 1 tahun 1 bulan dan mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel berusia 4 bulan hehehe. Alhamdulillah Allah bagi rezeki awal untuk eratkan lagi kasih sayang rumahtangga kami.
Berbalik pada tajuk di atas, aku rasa aku perlu luahan tapi dapat bentuk tulisan dan bukan secara lisan sebab bukan semua orang boleh dengar dan faham apa yang kita rasa.
Rumahtangga aku bahagia tak ada yang menganggu sepanjang perkahwinan kami. Tapi……. jeng jeng jeng.
Situasi ini berlaku semalam aku tengah “berpantang”. Aku rasa macam nak meroyan sebab aku rasa tak ada sapa sapa pun yang faham aku.
Suami aku mungkin baru pertama kali mempunyai cahaya mata dan tidak biasa dengan perubahan ini. Aku faham dan sama sama kita perbaiki untuk menjaga amanah Allah ini.
Semasa pantang aku selalu mimpi makhluk makhluk halus. Kerap kali.
Aku ada menceritakan pada suami ku tapi tak ada perubahan hanya mampu main game sahaja,
Dan kalau aku cerita dan mengadu aku sakit di bawah luka jahitan pun sama hanya cakap “nanti ok la tu, sabar sikit” Allah……. sedih sangat.
Makanan pantang yang mentua aku masak sedap sangat, walaupun selama 44 hari menu yang sama hahahahaha.
Okay, masa aku mimpi tu biasalah orang kampung cakap cakap pasal kita.
Sebab aku dilahirkan di bandar tidak terbiasa dengan kehidupan kampung yang siangnya bahang, malamnya sejuk. Sampai satu tempoh berpantang rasa nak mandi 10 kali.
Kesian anak aku, dah la bahang satu hal, bedung satu hal. Tak pasal lah anakku menangis lepas itu cakap anak aku kuat nangis. Aku stress….
Dan susu aku dari banyak terus drop dan tak ada susu.
Aku sedih, anak aku tak dapat minum susu badan sebab ibunya stress…… Dan mengadu jugak pada suami aku, tapi macam biasa. Takda apa apa perubahan demi menjaga hati ibunya dan bukan hati aku.
Rasa tempoh 44 hari itu, sangat lama dan tak sabar nak habiskan masa di rumah sendiri. Aku dah terbiasa dengan bayi sebab anak saudara ramai, memang dah terbiasa.
Jadi aku rasa tak ada masalah apa apa untuk aku uruskan anak aku kalau dia rumah sendiri. Lepas je habis pantang, hari ke 45 terus pack baju balik rumah sendiri. Fuh… lega beb.
Dah habis cuti, aku pun masuk bekerja semula dan anak aku dihantar dikampung mentua tolong jagakan.
Tapi aku cukup tak bekenan bila mentua aku asyik cakap “tinggal jelah sini seminggu sekali datang ambil” hmm ibu mana yang sanggup tidur tanpa anak dekat sisi.
Aku tak nak, dah berbuih kot mulut mentua aku cakap aku tak hirau dan sekarang dah tak sebut lagi sebab aku tak suka.
Alah, aku tak ada masalah apa apa pun untuk hantar anak aku pagi pagi sebab rumah 10 minit je… aku sanggup janji anak aku tak berjauhan dengan Ibu & Baba dia.
Aku akui semua rumahtangga mesti ada asam garam kewangan. Yes, kami berdua suami isteri memang mempunyai masalah kewangan, tambahan aku pulak bekerja lebih kurang 50km setiap hari pergi dan balik.
Cuma bayangkan tol & petrol aku perlu simpan lepas dapat gaji RM400 sedangkan gaji aku RM1500 sahaja lepas dah tolak epf semua tu.
Haaa tu belum masuk lagi bayar bil kereta, susu pampers anak, makan dekat office.
Tapi mentua dan ipar aku tak faham. Depa ingat aku pi kerja pakai air kencing tak pakai duit pun. Depa ni anggap aku selalu habiskan duit suami aku. Wal hal, semua keperluan kos aku ke tempat kerja 100% guna duit aku.
Suami aku ada tanggungjawab nya sendiri, nak bagi nafkah, duit untuk makabah dan macam komitmen lain.
Bayangkan, lagi dua minggu kami berdua catu makan semata mata nak berjimat sementara tunggu gaji pada bulan seterusnya.
Sampai satu tahap, suami aku terpaksa kerja part-time f&b selepas habis kerja semata mata untuk ada saving sedikit, sebab gaji kami hanya cukup cukup makan sampai sebulan.
Aku terkilan mentua dan ipar aku yang kepoci ni selalu aku tanya “adik kerja part-time lagi?” “2 orang kerja takkan tak cukup”
Allah… sampai satu tahap tu, mentua sendiri tanya aku pasal kewangan kami, aku dan suami pernah berjanji, jangan sesekali cerita hal masalah kita dengan orang luar.
Tapi silap, suami aku yang sendiri cerita pasal masalah kewangan kami dan selepas itu mentua ipar aku yang kopoci ini pandang serong dekat aku.
Dan mula cerita dengan saudara yang lain, “Eh, Ali kerja part-time dekat mana?” “Kesian dia, penat penat balik kerja, kerja lagi”
Aku dah larang suami aku untuk berhenti kerja itu dan fokus ada full-time sahaja, sebab aku rasa kami cukup cuma tiada saving.
Dan suami aku pun behenti sebab hari hari kalau aku pergi ambil anak dekat kampung, selalu sangat tanya sampai aku hari hari stress, murung, tak boleh tidur malam sebab aku terlalu banyak berfikir, macam mana nak banyak duit.
Dan kepala aku selalu pening sampai satu faham nak pergi ambil ujian DASS dah.
Aku selalu berdoa, semoga Allah beri jalan penyelesaian pada kami. Dan aku juga ada hantar seratus ratus resume untuk tukar kerja berdekatan dengan rumah. So aku boleh ambil anak aku awal sikit tanpa hadap jam yang 50km nak sampai rumah tu.
Dan Alhamdulillah Allah makbul doa ku- Bulan Mei ini aku dah masuk kerja baru, sebagai HR Oficer berdekatan dengan office suami aku.
Dah boleh rempit sama sama pergi kerja dan boleh save RM400 yang aku bazirkan atas jalan selama setahun perjalanan aku. Gaji aku naik sikit sebab aku demand. Doakan aku tau kerja baru nanti hehe.
Haaa terbeliak biji mata ipar aku, dia tu selalu sangat nampak dengki dengan aku. Apa apa aku beli, aku buat semua nak pertikai. Apa aku buat semua salah dekat mata dia. Dia jalah betul. Hahahha nasib dia tu tak jadi andartu dan nak kahwin dah.
Tapi satu jalah, dia lepas kahwin akan keluar pada rumah mentua aku. So nak taknak, kami lah kena pindah. Nope!!! Aku akan bangkang sekeras kerasnya. Aku pun ada me-time aku sendiri. Tak sanggup wei….. tolonglahhhhhhhhhh.
Aku cuba untuk baik dengan mentua dan ipar. Tapi ini yang aku dapat, kata kata dibelakang aku. Kita ni perempuan sama perempuan faham sangat dah mimik muka, jelingan maut semua tu.
Aku macam nak maki ja, tapi suami aku suruh sabar sebab dia cakap, kita takboleh nak puaskan hati orang.
Betullah orang cakap, dengan mentua dan ipar ni kita takboleh nak open sangat. So sekarang bila dah kena dekat batang hidung sendiri, baru aku faham.
Orang tak ada dalam “situasi” kita dan orang hanya mampu bercakap. Aku dan suami walaupun macam ini tapi kami okay, tak ada nak gaduh teruk cuma merajuk jelah.
Tapi suami aku tak reti pujuk, dia biar aku tidur dalam keadaan aku merajuk… TAK SWEET LANGSUNG.
Banyak lagi aku nak luah dan cerita sebab hampir setiap hari aku akan baca semua confession dalam ni, tapi macam dah panjang sangat dah.
Ada rezeki aku cerita lagi. Doakan kami sekeluarga dan aku dapat hadap si kepoci tu…
– Haura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit