Mentua Idaman

Hi semua. Selalu kita dengar mentua suruh menantu buat itu ini kan? Kalau tak buat, akan dikutuk belakang.

Tapi, itu bukanlah mak ayah saya. Saya boleh katakan mereka adalah mentua idaman..

Sejak awal anak-anaknya kahwin, apa yang saya perhatikan tak pernah walau sekali mak ayah menyuruh menantu-menantunya sentuh penyapu, mop ke, bersihkan rumah atau memasak.

Semuanya makan siap berhidang. Bangun lewat terus makan, layan handphone atau bersantai depan tv, no problem. Menantu mengandung, mengidam nak apa bagitau saja, mak ayah masakkan atau tolong carikan.

Tiptop layanan mak ayah pada menantu-menantunya.

Menantu berpantang, mak ayah tolong jagakan sampai betul-betul sihat, disuruh menantu rehat saja tak perlu buat apa-apa dalam rumah, anak-anak yang siapkan semuanya berhidang sampai ke bilik.

Sampai ke harini, kalau menantu-menantu balik, mak ayah main & jagakan cucu-cucunya layan sama rata semua cucu.

Mak ayah tak pernah sekali bising atau kutuk belakang menantunya. Sebab itulah menantu-menantunya sentiasa balik melawat, balik dengan gembira & tenang tak perlu risau mentua tak suka ke apa ke.

Cuba kalau kami anak-anak yang bangun lambat, tak tolong di dapur, alamatnya kena tazkirah laa haha..

Tapi mak ayah agak strict berkaitan solat & ibadah harian.. Rumah mak ayah ada 7 bilik. Setiap kali waktu solat especially Subuh, mereka akan bangun awal & akan pastikan semua anak menantu bangun solat.

Selagi tak bangun, akan diketuk berkali-kali pintu bilik sampai semua bangun tunaikan kewajipan. Sentiasa dipesan jangan lupa solat, jangan lupa baca Al-Quran.

Mungkin asbab mak ayah melayan menantu dengan baik, menantu ada yang asalnya tidak bertudung, kurang ilmu agama berhijrah menjadi lebih baik & adik beradik saya yang telah berkahwin juga dapat mentua yang baik.

Doakan saya juga ya. Semoga suatu hari nanti, saya juga dikurniakan keluarga mentua yang baik seperti mak ayah saya & ipar duai yang menerima saya seadanya.

Siapa tak risau bila ramai kawan-kawan sekeliling dapat mentua pilih kasih, sengsara hidup mereka, ada yang bercerai kerana campur tangan mentua..

Bila kita dapat rezeki mentua & keluarga mentua yang baik. Dapat orang yang layan kita baik, kita balas kebaikan dengan sebaiknya.

Pandailah membawa diri, bantu tugasan rumah tanpa disuruh. Jangan cuba-cuba ambil kesempatan atas kebaikan pula ya.

Semoga keluarga kami & semua orang sentiasa harmoni dalam menjalani kehidupan seharian serta sama-sama dapat berpimpin tangan ke Syurga Allah. Aamiin.

– Shafiqah Binti Sapian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *