Mentua Nak Makan Menantu

Assalamualaikum semua… Tak tahu nak mula dari mana. Saya dan suami dah berkahwin hampir 9 tahun. Semuanya indah baik2 sahaja.. baik dengan family saya dan mertua..

Kami semua rapat mesra, mak dan ayah mertua layan saya seperti anak sendiri, sungguh indah bahagia. Namun harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Kisahnya bermula bila saya dan suami membawa ayah dan ibu mertua ke rumah. Semuanya baik-baik sahaja.

Selepas itu kami membawa mereka ke negeri di selatan tanah air ke rumah biras. Di sana lah terjadinya titik hitam dalam hidup saya.

Ketika itu saya tidur bersama anak sekitar 6 petang. Tiba2 ayah mertua masuk mencium pipi saya dan memeluk saya yang tengah tidur.

Saya yang masih mamai terkejut terus bangun menolaknya. Dia yang terkejut senyum dan terus keluar seperti tiada apa-apa.

Demi Allah saya tidak menyangka ayah mertua yang nampak alim, berkopiah baik yang saya anggap macam ayah saya sanggup buat macam tu.

Kemudian saya bangun kejut anak dan bila saya keluar, ada ibu mertua dan ipar di ruang tamu.

Berani nya dengan orang ramai begitu di hadapan pintu bilik dia cuba ambil kesempatan. Saya tidak berani untuk menceritakan perkara tersebut kepada mertua.

Kerana mertua ada penyakit serangan jantung mengejut, darah tinggi dan kencing manis. Berkemungkinan ibu mertua akan kena serangan jantung mengejut dan boleh mati.

Saya terus call suami dan meminta suami terus balik ke rumah ipar dengan segera. Suami dan adiknya keluar dari tengah hari (ada kerja).

Sejurus pulang suami macam tak percaya dan banyak mendiamkan diri. Dia hendak marah tapi takut ibunya dapat tahu dan terkejut. Malam tu ayah dan ibu nya pulang ke rumah mereka.. iaitu di negeri yang lain.

Saya dan suami masih bersalam dengan ayah mertua kerana tak nak orang curiga.

Esoknya saya dan suami pulang ke rumah kami yang juga di negeri lain dan agak jauh. Saya berpakaian baju lengan panjang dan seluar panjang.

Saya tidak tahu kenapa saya boleh jadi mangsa. Kalau la saya tidak tidur dan mamai masa tu saya pasti akan melawan menumbuk ke menendang bapa mertua.

Suami minta saya lupakan.. dan mohon maaf.. dia kata tidak perlu balik ke kampung sehingga saya betul-betul ok. Dia pon nampak marah ayahnya tetapi di tahan sebab memikirkan ibunya..

Saya trauma.. tiap2 malam nak tidur saya teringat2 ayah mertua datang cium dan peluk saya rasa takut dan jijik.

Tolong bagi kata-kata semangat untuk saya.. supaya saya ok dan ceria semula.. saya takut saya kemurungan.

Andai satu hari nanti saya perlu berhadapan dengan si tua kutuk tu apa yang patut saya lakukan supaya beliau tidak berani ulangi.

Terima kasih dia atas maklum balas dan semua pembaca..doakan saya kuat dan dapat melupakan. Saya percaya Allah uji saya sebab sayang saya.. saya cuba kuat walau hati saya kecewa dan sakit..

P/s : Minta kata-kata semangat untuk ubati mental dan hati saya..

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *