Mentua Narsistik

Hi assalamualaikum. Nama saya H. Saya seorang anak perempuan, seorang menantu perempuan dan seorang ibu kepada 2 anak comel saya.

Saya ada seorang ibu mertua yang mempunyai pelbagai watak. Kadang dia baik seperti malaikat, kadang2 dia bertukar jadi jahat.

Dia kalau mood baik, dia akan bagi macam2 even saya tak mintak. Pergi beli barang2 kadang dia yang offer bayar padahal saya boleh bayar sendiri. Tapiiii….

Bila angin kus2 dia datang, perwatakan baik dia hilang sekelip mata…mdia akan bercakap pasal duit, contoh dia beli barang online by COD lepas tu saya akan bayarkan dulu.

Nanti dia akan cakap ‘Tak apa. Nanti aku akan bayar duit kau’ duit aku banyak anak2 kasih tapi aku tak bawak sini semua aku tinggalkan. Nanti aku bayarkan balik semua. Tiba2 dia tak bercakap diam seribu bahasa.

Fyi, dia datang ke rumah kami tiap 6 bulan sekali. Sesekali tu, family saya akan bertandang ke rumah saya jugak. Kadang2 dengan family saya pun dia takkan bercakap sikit pun klau dia datang angin kus2 dia.

Kalau datang angin baik dia, dari celik mata sampai pejam mata dia tak henti2 berbual dengan family saya.. ni sudah kali keberapa dia buat macam ni even dengan mami saya..

Saya sampai segan dengan mami saya sebab perangai mertua macam tu. Seolah2 dia anggap mami saya ni apa?? Tak tau masalahnya dimana masalahnya apa tiba2 macam ni…..

Dia pernah kata, dia tak pernah mengata orang. Dia cuma duduk rumah je sembahyang itu ini la kononnya. Walhal semua hal orang dia kata jugak. Apa yang orang cakap semua salah. Dia je yang betul, dia je yang tahu semuanya.

Pernah mami saya terangkan ssuatu hal tu, dia bidas. Dia kata dia pun belajar agama dengan ustaz. Jadi dia tahulah. Mami saya sampai tak terkata dah. Padahal banyak jugak benda yang dia cakap tu tak betul sebenarnya.

Apa perasaan korang bila tinggal serumah tapi dia diam seribu bahasa. Ajak makan tak menyahut, ajak itu ini sekadar angguk2.. takkan dia marah dengan anak saya 5/6 tahun? sebab sebelum ni anak2 saya bermain2 dengan sepupu2 dia.

Selepas itu dia dok larang2, tapi anak saya sejenis yang kalau dah seronok bermain mungkin dia da tak dapat nak kawal keseronokkan dia.

Selepas daripada dia tegur anak saya tu, dia dah diam seribu bahasa. Dengan sesiapa pun dia da tak bertegur even dengan mami saya. Salahkah anak2 kecil berseronok bermain? Memang orang tua ni akan terasa ke dengan budak2 sekecil 5 tahun?….

Bukan sekali eh, berkali2 dah dia buat perangai macam ni..  Berkali2 dengan family saya. Saya malu saya segan dengan mami saya. Sampaikan dalam kepala otak saya ni terfikir kenapa la saya dapat mertua macam ni. Malangnyaaaaa hidup saya.

Saya sampai berdoa yang tak baik. Mintak dia cepat2 meninggal supaya saya tak stress saya tak tertekan. Bila je saya balik rumah dia atau dia datang rumah saya, perasaan tak suka saya tu memang selalu ada. Mula la saya stress, mula la saya tertekan fikir perangai dia.

Salah ka saya bila saya mula berfikir macam ni? Salahkah? Sampai 1 tahap tu, saya da terbayang, bila saya betul2 da tak tahan nak hadap perangai dia, saya nak mintak cerai je dengan suami. Allahu….

Saya tak pernah ceritakan hal ni dengan suami sebab saya tak nak merosakkan hubungan kami berdua. Kami hidup baik2 je jauh dari dia.

Patutlah semua orang tak sukakan dia. Dari dulu dia cerita dia baik.. Orang tiba2 tak suka dia. Orang tiba2 tak tegur dia. Rupa2nya mungkin ada sebab kenapa orang buat macam tu.

Saya sedih. Mami saya da nak balik sebab dia tak nak lagi bila mertua saya tak layan dan tak bercakap dengan dia. Mami saya segan bila dia buat macam tu.

Saya jadi tertekan saya jadi stress bila benda ni jadi! Ada sesiapakah yang hadap mertua macam ni? Macam mana ya nak buat saya tak stress dengan dia.

Kawan2 saya kata, takpe layan je sebab dia bukan tinggal selama2 nya dengan kami. Lagipun dia da tua. Umur dia tak lama. Tapi saya yang hadap ni, saya yang rasa tertekan. Jahat ke saya bila saya doa dia spaya cepat2 pergi.

Saya macam dah trauma gila bila dia datang rumah saya bila ada mami or family saya! Allahu. Boleh tak kawan2 bagi saya nasihat? Pandangan atau apa2? Saya malu dan segan dengan family saya.

– Capital H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. nasihat saya, sama macam nasihat kawan awk. awk pun kata jumpa dia 6 bulan sekali. lama juga tu tak jumpa. anggap je lah tempoh pendek yang jumpa tu tempoh awak berbakti kepada mertua awak & suami awak. setahun ada 12 bulan, jadi setahun 2 kali je kan jumpa kalau 6 bulan sekali. pendek ja tempoh tu. orang kata semakin tua perangai kita jadi macam budak-budak balik. jadi layan kan je lah. tak payah amek hati sangat perangai atau kata-kata dia. masuk kiri keluar kanan je. awak pun dah tahu kan perangai dia macam tu, ada angin baik ada angin kus-kus. jadi time angin kus-kus tu tak payah amek hati sangat apa dia cakap. saya buat mcm tu je. saya pun balik kg suami 6 bulan sekali. jadi time dkt kg suami mmg saya pekak kan telinga, buta kan mata. sy fikir bukan selalu jumpa, jadi layan je lah baik-baik. benda tak sedap kita pekak kan je. gitu lah untuk ketenangan hati sendiri. okay.

    harap membantu.

  2. confession bukan main Allahu Allahu. tapi cuma sebab ko tak suka perangai mak mentua ko yang datang 6 bulan sekali tu sanggup kau doakan dia mati? Apa benda ni woi. Bawak2 istighfar banyak2.

  3. Nasihat sy….carilah ilmu ttg narsistik dan fahamilah betul2 ciri2 dan sebab2 narsisis berkelakuan begitu. Drngan cara itu puan akan dapat kawal respon emosi puan bila berhadapan dgn dia nanti dan mental puan akan kurang stress. Segala kelakuan narsisis adalah utk dapatkan perhatian dgn bermain emosi org lain. Puan tak akan dapat ubah mereka. Puan hanya mampu brrsabar dan kawal respon puan sahaja.

    Apa yg sy katakan ini semuanya berdasarkan pengalaman sy semata2. Sy juga baru faham ttg ini setelah dibuang bekas isteri narsistik setelah 15 tahun hidup bersama dan juga baru sedar yg ibu sy juga begini setelah dibesarkan olehnya selama 47 tahun .

    Hanya itu sahaja caranya puan dapat harungi masalah puan ini. Cuma satu lagi masalah besar yg puan belum hadapi. Ia masalah dgn suami puan sendiri. Puan mesti pastikan yg suami puan bukanlah jenis ini kerana narsisis ini byk jenis dan sekiranya suami puan bebas dari ciri2 narsisis, dia juga wajib faham kebenaran ttg ibunya ini.

    Semoga rumahtangga puan kekal hingga akhir hayat.

  4. Kamu terlalu banyak luka dlm dada yg belum dirawat…sebab tu pandang segala apa yg berlaku sbg masalah.

    Pd saya kamu yg sebenarnya ada masalah…

    Belajarlah muhasabah diri bersihkan hati..bkn mudah..tp mulakan sliw2 tulis apa kebaikan mertua apa keburukan dia..kalau kebaikan lg banyak bermakna kamu tak patut doa buruk utk dia..

    Mungkin kamu stress dgn rumah tangga sendiri …anak lelaki dia kau nak tp mak nya kau mcm nak bermusuh..

    Muhasabah

    • setuju. sedih kalau suami dapat tahu isteri mendoakan yang tidak baik kepada ibu nya. jumpa pun 6 bulan sekali. bukan selalu. kalau jumpa hari-hari saya faham lah stress. tapi 6 bulan sekali. cuba terbalikkan kalau suami doakan mak dia macam tu, tak sedih ke? hmmmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *