Salam semua, sekadar nak meluah dan nak minta pandangan bukan kecaman please.
Selalu tengok confession suami lebihkan ibu daripada isteri dan isteri kecil hati. Suami belanja/tanggung parent dan family, isteri kecil hati. Bagaimana pula dengan cerita suami yang tersakiti pula.
Alhamdulillah saya dan isteri dah 5 tahun usia perkahwinan dan memiliki sepasang kembar yang comel. Pendapat saya, kehidupan kami sempurna dari segala segi alhamdulillah.
Isteri sangat memahami dan memang seorang yang sanggup susah senang bersama. Masalahnya, dari awal sebelum kahwin saya dah mula rasa kurang selesa dengan mertua.
Nampak macam susah nak masuk walaupun saya seorang yang happy go lucky.
Pergi la rumah kawan-kawan perempuan mahupun lelaki, parent mereka dengan senangnya melayan dan nampak mudah mesra dengan kehadiran saya.
Ada juga yang bagi hint nak buat menantu katanya sorry la pembaca ter up diri sendiri hehe. Itu cerita 10 tahun dulu zaman bujang hehe.
Tapi tidak dengan keluarga mertua yang mana kita boleh nampak nak terima tak terima sahaja perlakuannya itu.
Semasa persiapan perkahwinan, saya dihubungi parent bakal isteri menyuruh saya berfikir masak-masak dengan perkahwinan ini.
Mungkin kerana pekerjaan saya biasa-biasa sahaja waktu itu, mereka takut nak lepaskan anak mereka.
Saya tidak memberitahu bakal isteri perkara ini untuk tidak mengganggu moodnya.
Saya cuba yakinkan bahawa perkahwinan ini tidak akan mengubah apa-apa keadaan sebelum ini dimana saya tahu bahawa bakal isteri menyara keluarganya.
Saya pula daripada keluarga sederhana yang mana parent hanya mahukan kebahagiaan anak-anak. Tidak pernah sekali pun kami disusahkan dengan wang ringgit tetapi tidak bagi pihak isteri.
Adik beradik isteri memang dari kecil dididik supaya kembali berbakti kepada ibu bapa. Banyak kalau ingin diceritakan tapi cukup la sekadar itu. Anak-anak dikerah membuat loan itu biasa bagi mereka.
Permintaan bercuti di luar negara, kereta baru, itu pun biasa bagi mereka.
Bukan semua permintaan mereka dituruti dek kerana kekangan kewangan anak-anak, tetapi mungkin mereka puas dapat menyatakan keinginan mereka?
Mereka tanpa rasa bersalah melakukannya tanpa perlu memikirkan masa depan anak-anak untuk menempuh dunia yang makin hari makin mencabar daripada segi ekonominya.
Selalu orang cakap kau jadi parent dulu baru kau tahu susah payah perit jerih membesarkan anak-anak.
Sekarang saya dan isteri dah pun menjadi parent dan kami tidak sedetik pun pernah terfikir untuk menyusahkan anak-anak.
Apa adakah anak-anak tidak berhak bahagia setelah mereka meningkat dewasa? Kenapa kita perlu mengikut hawa nafsu untuk berbelanja tanpa memikirkan tahap kemampuan sendiri?
Adakah menjadi kewajipan untuk parent menyusahkan anak-anak setelah kononnya susah payah membesarkan mereka?
Anak-anak adalah anugerah dan rezeki dari Allah, bukan tabung pencen untuk melampiaskan segala hawa nafsu untuk berbelanja.
Banyak sangat perkara yang berlaku yang hanya dipendamkan tanpa mampu diungkapkan.
Itu belum masuk lagi bab ipar duai pun kadang-kadang join sekaki susahkan isteri. Don’t get me start on that, takut terjadi novel bersiri pula, hehe.
Kemuncaknya apabila kami suami isteri dilanda musibah melibatkan kewangan baru-baru ini.
Mereka menunjukkan bahawa mereka kasihan akan nasib yang menimpa kami tetapi berbelanja seperti biasa borosnya seperti tiada apa yang berlaku.
Saya tidak kisah jika mampu berboros, berboroslah tetapi semuanya menggunakan hasil titik peluh isteri.
Dan setelah banyak yang dihabiskan, masih lagi selalu mengadu kepada isteri bahawa segalanya tidak cukup.
Macam lagu pula itu tak cukup ini tak cukup. Segala pengaduan menjurus kepada kisah sedih ketidakcukupan daripada segala segi.
Sebagai anak, saya boleh simpulkan bahawa isteri masih berasa bahawa beliau masih tidak mampu membuatkan parentnya bahagia. Selepas satu, satu dan tak pernah berakhir.
Sebagai parent, cuba bagi ruang untuk anak menantu mengecapi kebahagiaan tanpa perlu memeningkan kepala memikirkan masalah yang melibatkan kewangan parent.
Ayah mertua masih hidup, itu tugas wajibnya untuk mencukupkan keperluan isterinya.
Pendapat saya, anak-anak hanya perlu topup ketidakcukupan parent mereka, bukanlah berbelanja daripada A-Z kerana anak-anak juga ada keluarga masing-masing dan berhak untuk bahagia.
Bagi lah ruang kepada mereka untuk bernafas seketika. Jika mengikut segala hawa nafsu, segalanya takkan berakhir sehingga habis nyawa, tuan puan parent-parent sekalian.
P/s: Diharap pembaca tidak menghukum Mr Tercakiti bahawa saya makan duit isteri, biawak hidup dan sebagainya. Kami alhamdulillah suami isteri mempunyai pekerjaan yang boleh dikatakan baik.
Saya tidak menidakkan rezeki juga hasil daripada perlakuan isteri kepada parentnya tetapi saya ingin membuka mata semua terutamanya parent yang begitu senang menyusahkan anak-anak, tolonglah merenung sebentar dan pikirkannya semula.
Adakah berbaloi segala hawa nafsu dituruti tetapi pada masa yang sama menyusahkan orang yang kita sayangi?
Saya cuma berharap isteri dapat membuat simpanan sendiri kerana ianya sangat sukar dilakukan dek kerana hawa nafsu manusia.
Sebagai peringatan, para isteri sekalian perlu ada simpanan sendiri untuk masa kecemasan. Bak kata pepatah, suami jika tidak diambil Tuhan, diambil perempuan lain *gurau…
Yang Benar,
– Mr Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit