Assalamualaikum semua. Saya sebenarnya dah beberapa kali cuba untuk kongsi cerita berkenaan keluarga suami saya, lebih lebih lagi tentang ayah mertua.
Keluarga suami boleh dikatakan warak bila tengok dari luaran, solat 5 waktu tiptop takkan ada yang culas.
Ayah dan Ibu mertua pon duha dan tahajud setiap hari tak tinggal walau pergi travel mana mana pon. Solat 5 waktu on time. Tak boleh lambat. Bab yang ni saya cukup salute.
Tapi malangnya bapak mertua saya sejenis yang panas baran, ego tak bertempat. Dengan anak anak pon ego suka nak bergaduh. Ada sahaja tak kena itu ini.
Saya bagi beberapa contoh, Emak mertua saya tu dibuat macam hamba, tak ikut cakap kena marah. Kadang moody tak tentu pasal.
Dengan anak anak pon dia nak jeles tak boleh anak anak yang lelaki ni nak rapat dengan mak mertua nak baring sebelah nak peluk. Nanti dia akan cakap yang kau peluk tu bini abah tau.
Padahal dia bukan jenis menolong emak pon. Beli barang dapur pon bini yang beratur sorang pergi bayar. Bukan tolong angkatkan barang. Tunggu duduk dalam kereta. Betul perangai macam tuan.
Kalau dapat bantuan apa apa bini yang beratur pergi ambil dia tak turun kereta, malu dia kata. Ayah mertua dah bersara, duit dalam simpankan bukan sikit, berpuluh ribu ada. Kalau bantuan dia sibuk pulun sama nak ambil. Anak anak bukan calang calang kerja.
Menantu perempuan pon memilih, ada je yang tak kena. Nak menantu gaji besar nak tunjuk dekat orang menantu kerja bagus konon. Kalau tak malu nak cerita dengan orang menantu kalau kerja swasta ni, hahaha.
Apa dia ingat semua kerja gomen gaji ribu riban sangat ke. Kadang mulut pedas cakap pakai lepas. Suka bercerita Hal menantu perempuan. Menantu tak bagi duit bila balik pon nak bercakap.
Bukan kewajipan ye menantu perempuan kena bagi mak bapak mertua duit. Itu pon nak pertikaikan. Kang bagi sikit dia cakap duit dia lagi banyak. Bagi berbunyi tak bagi pon berbunyi.
Tak paham aku orang tua ni lah. Dia pon jenis tak boleh ditegur. Kalau anak bagi nasihat pon tak boleh terima. Asyik nak dengar cakap dia je.
Anak anak kadang balik nak bawak mak berjalan nak bawak keluar pon dia tak bagi. Kesian. Mak mertua pulak baik memang jenis tak melawan. Kena pukul pon diam jer.
Bila balik rumah mertua macam terkongkong. Nak buat itu ini pon rasa terbatas. Tak rasa macam balik rumah keluarga sendiri. Macam balik rumah orang luar pulak. Ada je benda tak kena.
Sampaikan anak anak aku pon dah tawar hati nak balik sana. Buat apa pon tak boleh. Tak bebas.
Selalu budak budak seronok balik kampung tapi bukan anak anak aku. Kalau kami balik rumah mertua, bila kami balik jer dia pon buat pantauan dalam bilik semua apa yang rosak apa yang tak kena. Hahaha.. Bosan sungguhlah.
Laki aku pon macam takde bonding sangat dengan bapak dia. Bapak dia Dari diorang kecik dah memang garang. Sekarang masing2 dah kahwin pon masih lagi macam mengongkong. Ada je benda nak marah ada je benda tak kena.
Kadang2 balik kampung pon memerap duduk dalam bilik. Takadelah nak bermesra dengan anak2 cucu2 semua. Rumah hari2 mengaji hari2 solat pon tapi macam takde seri.
Peraturan dia bilik parent tak boleh masuk sesuka hati. Oklah, itu aku boleh terima. Memang betul pon dalam Islam kena ajar anak anak adab masuk bilik mak ayah.
Cuma yang aku tak boleh kompromi masa aku mengandung balik ramai2 masa Raya apa salahnya benarkan anak2 dia sahaja masuk bilik just tumpang mandi ke.
Aku yang berbadan Dua masa tu dah sarat tunggu nak bersalin jer kena buang air guna tandas cangkung kot. Takadelah nak offer bilik air dia.
Laki aku pon tak berani nak tanyakan. Punyalah aku bengang. Nak tunggu bilik air kosong bila ramai2 tu. Kalau memang dah rumah tu ada 1 bilik air jer aku boleh terima. Ni ada 2 bilik air kot. Lepas ni aku nekad dah time balik ramai2 aku malas dah nak balik sekali.
Laki aku pon adik beradik dia bukan jenis yang bersatu. Tak rapat. Masing2 banyak buat hal masing2. Laki aku pon dah tua bangka ni bukan hormat dengan bapak dia tapi lebih pada takut.
Aku sekarang ni kalau laki aku plan nak balik baru aku balik. Kalau tak dulu aku yang plan nak balik kampung. Tapi bila lama lama dah bosan dengan perangai bapak mertua aku, aku pon malas dah rasa nak balik selalu.
Emak mertua aku tak banyak songeh sangat. Cuma kuat komplen tu je lah. Contoh Bab masakan dia pon mengaku dia tak pandai masak sangat.
Memang dia masak pon tak berapa sangat, sampaikan anak aku makan dia cakap nenek masak takde rasa apa. Tapi bab komplen masakan orang lain nombor satu. Hahaha.
Jadinya sekarang ni aku malas nak ambil hati sangat dah. Buat bodoh je lah. Aku jaga family aku. Jaga mak ayah aku. Family aku pon bukan yang warak sangat. Bukan keturunan alim alim semua. Tapi bonding mak ayah adik beradik memang rapat.
Kalau sakit ke ada masalah apa apa ke laju nak tolong. Beza dengan family dia, nak offer pinjam duit ke kalau time susah memang mimpilah tu semua. Alhamdulillah adik beradik aku jenis supportive.
Jadi sekarang ni aku akan balik kampung bila rasa perlu Dan bila laki aku ajak jer. Dah takde lagi aku yang rancangkan. Dah bosan dengan perangai bapak mertua aku. Moody manjang ada jer benda nak marah tak kena.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit