Mentua, Privacy dan Common Sense

Salam semua. Sudah lama rasa nak meluah. Saya Bunga. Telah berumahtangga selama 6 tahun. Anak 2 orang. bekerja di ibu kota.

Sejak berkahwin saya dan suami pjj. Anak sepenuhnya dengan saya.

Baru-baru ini saya baru selamat melahirkan anak. Suami kerana tuntutan kerja, dapat menjenguk sekejap kami sebelum kembali bertugas.

Saya pun meneruskan pantang sendirian dengan mengupah pembantu. Anak yang sulung pergi ke tadika seperti biasa.

Setelah agak stable dan pulih dari bersalin baru saya dan anak-anak akan mengikuti ke rumah suami. Begitulah perancangan kami suami isteri

Selepas lebih 3 minggu berpantang di rumah sendiri, saya ke rumah suami untuk menghabiskan cuti bersalin berbaki sebulan kurang lebih.

Apa yang paling saya kurang senangi sekali lagi terjadi.

Rupanya kedua ibubapa mertua sudah merancang untuk ke rumah suami.

Mereka telah pun menempah tiket dan akan tinggal selama 2 minggu di rumah suami. perkara ini tidak dimaklumkan awal kepada suami.

Hal ini sering terjadi dan dianggap biasa lagaknya bagi mereka. Semenjak anak kedua ini lahir, mereka juga sering datang ke rumah saya.

Sekejap-sekejap muncul, kadang kala tanpa beritahu.

Saya ok tapi kadang kala rimas. Dengan keadaan diri yang baru pulih dari bersalin dan juga tak cukup tidur menjaga bayi sendirian, perlu layan sembang orang yang datang.

Saya telah 3 bulan tidak bertemu suami selain daripada berjumpa semasa saya bersalin.

Jadi, saya merasakan waktu cuti bersalin inilah saya nak spend quality time bersama suami. Tetapi fokus harus berbahagi. Saya tidak marah cuma rasa kasihan juga dengan suami.

Dengan keadaan rumah suami yang baru diduduki, tidak lengkap serba serbi.

Dia agak stress pada awalnya nak menyiapkan keperluan rumah. Maka, kami yang juga baru tiba di rumah suami sama-sama membeli keperluan rumah.

Saya melayan mertua seperti biasa. masak, makan bersama, membasuh kain baju dan melayan borak sembang lagak tiada apa-apa.

Tidak mahu suami rasa susah hati, jadi saya simpan sahaja semua rasa sendiri. Tapi rasa stress juga bila nak menyusu baby hanya di bilik sahaja. Rasa tidak bebas.

Suami pula melayan mertua untuk berjalan-jalan. Yelah kali pertama sampai ke negeri ini. Takkan nak duduk di rumah sahaja.

Suami anak yang baik. Dia tak mengeluh dan hormat ibu bapanya. Walaupun jauh di sudut hatinya penat dan banyak perancangan kami tergendala dan berubah.

Kadang-kadang rasa diri ini tidak baik kerana punya perasaan sebegini. Tak lama lagi cuti bersalin saya akan habis dan akan kembali pjj.

Suami pula akan mula sibuk semula dengan tugas hakikinya. Rasa tak sempat nak betul-betul ada masa suami-isteri.

Saya berpesan pada diri sendiri dan berdoa apabila tua dan bersara nanti untuk mempunyai hobi/aktiviti sendiri supaya tidak merimaskan anak menantu saya.

Mungkin berkebun, melancong, pergi majlis ilmu atau mendaftar kelas tafsir sebagai langkah untuk memenuhi masa.

Menziarahi anak cucu itu berpada-pada dan ikutlah kesesuaian.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *