Mentua Satu Dalam Sejuta

Saya Mona, berumur 50-an. Berkahwin hampir 25 tahun, sangat bahagia dengan suami dan anak-anak yang dicintai.

Suami adalah suami yang sangat baik. Berlemah lembut kepada saya dan anak-anak. Beliau juga sangat menjaga kebajikan ibunya (saya gelarkan mil).

Mil pernah menyuarakan supaya suami berkahwin lain, tanpa sebab yang yang jelas. Menurut teman rapat mil, mil tidak suka cara saya berjalan, maka mil mahu suami berkahwin lain.

Nampak mengarut namun ini yang telah terjadi. Mil takut menyatakan perkara ini di hadapan suami, hanya bercakap perkara ini di kalangan adik-beradik dan rakan baiknya.

Namun syukur suami menolak mentah-mentah pandangan tersebut.

Ujian untuk suami dan adik-beradiknya, mil mempunyai banyak masalah yang tak patut bagi seorang wanita berumur lakukan.

Dan klimaks nya mil yang berumur lebih 75 tahun kahwin lari dengan lelaki lebih kurang seusia di Thailand.

Semua anak terkejut. Anak-anak tiada sebarang masalah untuk menerima ayah baru secara terhormat, mengikut lunas agama dan budaya masyarakat Melayu Islam yang bermaruah. Namun jalan ini yang dipilih.

Sampai ke hari ini mil tidak pernah berterus terang berkenaan hal yang sangat pelik ini serta ia telah mengaibkan keluarga. Kami tertanya-tanya mengapa mil mengambil langkah ini.

Untuk mengkaburkan kesalahannya berkahwin di Thailand, mil telah cuba menfitnah saya, dengan pelbagai tohmahan buruk.

Saya sangat konfius dan sedih, begitu sekali red-herring mil untuk mengalihkan kesalahannya pada saya.

Namun suami sangat mempertahankan saya, beliau kenal isterinya, begitu juga adik-beradik suami. Alhamdulillah.

Untuk rekod, mil merupakan isteri yang keempat, kahwin lari juga untuk perkahwinan pertama.

Mil bergaduh dan dipulau oleh keluarga, secara perlahan-lahan mil diterima kembali terutama setelah suami dan adik-beradiknya lahir.

Madu mil yang lain diceraikan setelah beberapa tahun mil berkahwin. Jadi mil satu-satunya isteri hingga ayah mentua meninggal.

Anak-anak mil semuanya orang yang baik-baik dengan kerjaya yang kukuh.

Namun perbuatan mil sangat memalukan maruah keluarga terutama anak-anak. Anaknya ada menjadi tokoh agama, bayangkan bagaimana hancur hati dan perasaan anaknya ini.

Mil membawa balik suami barunya tanpa apa2 permohonan maaf kepada anak-anak. Dan menjalankan hidup seperti biasa, seolah-olah tiada apa berlaku.

Suami seperti biasa menelan semua yang pahit ini dengan sabar. Kami balik menziarahi, menjaga kesihatannya dan makan minum dan beraya seperti biasa walaupun di dalam hati, hanya Allah yang tahu.

Suami baru mil jauh sekali perwatakannya berbanding Allahyarham ayah mentua saya. Suami barunya saya gelar Sin.

Sin tidak pernah membantu membeli barang dapur di rumah mil. Hanya keluar makan dan masuk ke bilik seperti orang asing. Tiada sumbangan tenaga atau apa2.

Jauh dengan dengan ayah mentua, yang suka membantu urusan rumahtangga dan mengeluarkan duit belanja.

Namun apalah expectation yang boleh dijangka, Sin masuk ke rumah kami ibarat memecah pintu kaca, yang melukakan ahli keluarga.

Namun ke semua anak masih cuba beradab sopan terhadap Sin. Saya kagum dengan kesabaran anak-anak mil.

Baru-baru ini Sin tidak sihat. Mil mahu anak-anak terutama saya menguruskan kesihatan Sin. Mil kata, anak-anak Sin ke semuanya tidak dapat membantu. Saya terkesima.

Mil memikirkan saya perlu bantu kerana saya tahu bidang kesihatan (jururawat kanan), di dalam masa yang sama, suami mahu anak-anak sin yang kebanyakannya lelaki tidak bekerja bertanggungjawab dengan kesihatan Sin.

Mil tahu kelemahan saya yang akan mengalah dengan orang sakit dan merawat dengan sepenuh hati.

Namun kali ini suami nampak sangat tegas berbanding sebelum ini. Dan mil nampak agak terkesan dan sedih dengan ketegasan suami.

Namun adakah mil sedar bahawa suami menanggung kesedihan yang amat dahsyat selama ini akibat perbuatan ibunya?

Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan mil yang tidak masuk akal yang dilakukan oleh wanita berusia lebih 75 tahun. Namun biar fokus satu per satu dahulu.

Pernah dengar wanita tua kahwin lari di Thailand? Mil adalah sangat rare, satu dalam sejuta.

Jika pembaca berada di kasut saya, apa pandangan pembaca semua? Mohon pandangan.

Menantu Yang Terluka,

– Mona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *